Mindset untuk berjaya dan membangkitkan semangat hidup..| Kehidupan ini penuh dengan duri dan liku-liku yang perlu kita lalui. Tiada satu pun kehidupan yang boleh hidup dengan tenang sepanjang hidup nya.

Kehidupan kita boleh dibahagikan kepada dua sisi kehidupan. Iaitu sisi kesedihan dan sisi kebahagian.
Bahagian sisi kehidupan yang paling sulit untuk dipertahankan ialah kebahagian. Kerana ditengah-tengah kebahagian itu pasti terdapat sisi kesedihan.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 5 mindset untuk berjaya dan membangkitkan semangat hidup yang dipetik daripada laman salam inspirasi.
5 Mindset untuk berjaya dan membangkitkan semangat
Minda kita memerlukan satu agen yang kuat dan positif bagi membentengkan diri daripada perkara dan fikiran yang negatif.
1- Ketidakmampuan diri kita hanyalah suatu imaginasi
Ketidakmampuan diri kita untuk melakukan sesuatu perkara yang dirasakan berat sebenarnya terkait dengan beberapa penyakit yang dalam diri kita.
3 penyakit yang menyebabkan keterbatasan diri ialah :
- Terlalu malas untuk berusaha
- Akan menolak sesuatu perubahan kerana sudah selesa dalam satu keadaan
- Pernah gagal sekali membuatkan mereka takut nak mencuba lagi.
Kegagalan yang ada dalam diri hanyalah sebuah imaginasi semata-mata. Ia belum tentu benar atau akan berlaku.
Sebelum anda belum mencuba semaksimal mungkin, anda tidak akan pernah tahu sampai mana kemampuan diri anda yang sebenar.
Jadi anda perlulah membiasakan diri untuk terus melakukan sesuatu dan bertindak.
2- Dorong diri anda sendiri kerana tidak ada orang lain yang akan membantu anda
Tidak boleh dinafikan, setiap individu hanya akan mengganggap pentingnya diri sendiri. Mereka hanya akan pedulik dengan diri mereka sendiri.
Berbeza dengan ibu bapa, rasa belas kasihan dan pertolongan daripada ibu bapa itu adalah sesuatu yang sangat ikhlas untuk melihat anak mereka berjaya.
Perlu diingat bahawa setiap orang memerlukan pendengar yang baik. Mereka boleh menjadi pendengar yang baik tetapi ia hanya terhad pada pendengar sahaja.
3- Perkataan “nanti” itu mungkin tidak akan terjadi langsung
Kebiasaan menggunakan kata “nanti” adalah sesuatu yang kurang baik tetapi dilakukan oleh kebanyakan orang.
Kebiasaannya, amalan “nanti” itu akan diakhiri dengan kata lupa dan tidak dilakukan langsung.
Menunda-nunda suatu pekerjaan hanya akan menambah beban kerja anda dikemudian hari.
Cuba untuk anda terapkan sikap untuk cepat memulai pekerjaan anda. Sikap positif ini perlu diaktifkan kerana ia boleh meringankakn hidup anda sekaligus membuatkan hidup anda lebih tenang.
4- Tidak berhenti ketika anda kepenatan, tetapi berhentilah ketika anda sudah selesai
“Selama anda masih mampu berjalan, maka sebenarnya anda masih belum dikatakan gagal”
Kata positif
Kata positif ini bertepatan untuk kita yang sering mengalami masaalah dalam proses untuk mendaki kepuncak.
Kegagalan itu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku. Tidak berputus asa dan tetap terus melangkah tanpa henti pasti dapat menangkis kegagalan.
5- Ujian sebenarnya bukanlah untuk menunjukkan kelemahan diri, tetapi untuk menemukan kekuatan diri yang sebenar
Tahukah anda, kebanyakan mereka yang berjaya diluar sana, menemukan kekuatan mereka pada titik kelemahan mereka yang paling rendah.
Dalam keadaan yang paling sulit sekalipun, diri anda sebenarnya dipaksa untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Mungkin anda sendiri tidak sangka anda mampu melakukan ia.
baca juga :
sumber info : https://www.youtube.com/channel/UCShBGyyxlxuJEAx0XmEGDEw