Motivasi

Covid 19 sebagai ujian kepada manusia – ujian tanda Allah sayang

Ujian tanda Allah sayang..| Setiap hidupan didunia ini tidak akan dapat lari daripada ujian Allah. Bermula pada bulan November 2019, negara kita mula disering dengan pandemik covid 19.

Saban hari, sejak bermulanya penularan virus ini, ekonomi negara semakin merundum. Bahkn ekonomi duunia sekalipun jatuh denga teruk. Kes aktif yang semakin meningkatnya, kes kematian yang semakin banyak.

Pada ketika ini, masih banyak diantara kita yang masih diuji dengan kehilangan orang yang tersayang disebabkakn virus ini. Termasuklah diri saya sendiri yang kehilangan ayah pada beberapa bulan yang lepas.

Ada pula yang diuji dengan kesakitan yang tidak tersayang. Ada juga yang diuji kesempitan wang kerana dibuang kerja atau tidak lagi dapat berniaga.

Ujian tanda allah sayang
Sumber gambar : tempat menarik.my

Sabar dan redha bukanlah sesuatu yang mudah namun…

Perasaan setiap mereka yangn diuji itu pasti datang rasa marah, sedih, kecewa dan kepenatan. Sehingga merasakan tiada lagi dahan untuk berpaut mahupu daun untuk bertelur.

Namun, sebagai seorang muslim yang sejati, sifat redha dan sabar itu perlu disemai dan ditatam dalam jiwa.

Siapa sahaja yang cakap untuk menanam redha dan sabar dalam jiwa itu adalah sesuatu yang mudah? Sedangkan diri kita sedar betama lemahnya jiwa ini untuk terus melangkah.

Tetapi percayalah, segala ketentuan dan keputuusan yang Allah berikan itu adalah untuk memberi kebaikan kepada diri kita. Maka tetaplah untuk terus mendidik diri terus bersabar dan redha.

“Boleh jadi kamu bencikan sesuatu. Sedang Allah hendak menjadikan apa yang kamu benci itu, suatu kebaikan yang banyak (untuk kamu)”

Surah An-Nisa : ayat 19
Nukilan – ujian tanda Allah sayang

Nukilan – ujian tanda Allah sayang ini telah dipetik daripada https://youtu.be/AjF7fgR6PaY (AIM Media)

Saat Allah menguji mu..

Adakah kita sangka didalam hidup ini akan sentiasa tenang dan lancar..?

..tanpa ujian..?

Bukankah Allah ada berfirman dalam Surah al-Ankabut ayat 2-3..

..yang bermaksud..

“patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata :

“kami beriman”..

Sedangkan merekka tidak diuji?

Dan demi sesungguhnya.. Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka..

maka (Dengan ujian yang demikian)…

Nyata diketahui Allah tentangn orang yang sebenar-benarnya beriman..

Dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orangn-orang yang berdusta.”

Justteru itu…

Ketika Allah memberikanmu ujian..

Maka BERSABARlAH..

Janganlah dikau terus hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan..

Kerana ketika Allah telah memberikan ujian itu kepadamu ..

maka itu petanda..

Allah telah memilihmu..

dan Allah ya ‘Alim Yang Maha Mengetahui..

Tidak akan pernah menguji..

kecualii DIA yakin dan tahu..

bahawa kamu mampu untuk melaluinya..

Allah tidak akan sekali-kali menitipkan ujian kepada insan yang tidak mampu menanggungnya..

SABARR memang susah tetapi pengakhirannya pasti INDAH..

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Surah al-Baqarah : ayat 155-157
Lihat video

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like