Cara Mudah Mengurus Rambut Berminyak | Rambut yang berminyak boleh menjadi satu masalah yang menjengkelkan, terutamanya apabila ia membuatkan penampilan amda kelihatan tidak segar, lesu, dan kusan.

Kelenjar sebum di kulit kepala menghasilkan minyak semulajadi untuk melindungi dan melembapkan rambut, namun pengeluaran minyak yang berlebihan boleh menyebabkan rambut kelihatan berminyak dan tidak terurus.

Namun anda masih perlu bersyukur, kerana terdapat beberapa cara yang mudah dan berkesan untuk mengurus rambut berminyak tanpa perlu menggunakan shampoo setiap hari.

Berikut adalah 6 cara mudah untuk menjaga rambut berminyak anda.

mengurus rambut yang berminyak

Gambar sekadar hiasan | sumber : Google Image

Pengalaman diri

Mengurus rambut yang berminyak. Sesiapa sahaja yang mempunyai rambut halus pasti perasan hal ini. Rambut yang kelihatan sihat, cantik, dan berkilau, itu semua cuma khayalan semata! Mereka yang berambut halus dapat menikmati rambut yang ringan dan bersih selama sehari sahaja, kemudian esoknya rambut anda pasti akan kelihatan sangat berminyak bukan?

Punca rambut berminyak

Rambut berminyak berpunca daripada sebum dan zat yang dihasilkan oleh wajah, badan, dan kulit kepala.
Ia berfungsi untuk melincirkan kulit dan rambut. Semua orang pasti memiliki dua benda ini, tetapi mereka yang berambut halus umumnya mempunyai jumlah sebum yang lebih banyak di kulit kepala mereka. Akibatnya, apabila anda menyisir rambut ke bawah, minyak daripada kulit kepala akan terikut sekali. Ini membuatkan anda terasa untuk mencuci rambut setiap hari.
Sekiranya perjuangan anda sama seperti kami, anda berada ditempat yang betul!

1# Perbaiki teknik membasuh rambut anda

Anda pasti sudah mengetahui bahawa anda perlu menggunakan syampu yang ringan yang digunakan untuk menghilangkan minyak pada rambut, tetapi adakah anda yakin anda menggunakannya dengan betul? Tujuan utama bersyampu adalah membersihkan kulit kepala. Perkara pertama yang anda perlu elakkan ialah tidak menumpukkan semua rambut anda di atas kepala dan mencuba membersihkannya sekali gus.

Cara yang betul, sapukan bahagian tengah hingga hujung rambut dengan syampu anda seterusnya gosokkan kulit kepala anda (secara lembut) sekurang-kurangnya 1 minit. Dengan cara ini, anda dapat membersihkan pada kulit kepala anda secara meluas sekali gus dapat membuang sel kulit mati diatas kepala.

2# Tidak mencuci berlebihan

Salah satu punca rambut anda berminyak dengan sangat menjengkelkan adalah berpunca dari diri anda sendiri.

Semakin kerap anda mencuci rambut dan menghilangkan sebum semula jadi dari kulit kepala, semakin banyak ia menghasilkannya. Kitaran yang menyakitkan, bukan? Terserah kepada diri anda untuk mencari keimbangan antara menjaga kulit kepala yang sihat dan tidak mencuci berlebihan. Tahan dorongan untuk mencuci rambut setiap hari dan sebaliknya cuba untuk melakukannya antara dua hingga tiga hari sekali.

3# Gunakan produk penggayaan rambut secara berhemah atau yang lebih ringan

Memiliki rambut berminyak tidak bermaksud anda tidak boleh menggunakan produk penggayaan rambut – anda mungkin tidak perlu pakai tiga produk dalam satu masa. Cuba gunakan produk ‘multifunction’ seperti Sally Hershberger’s Major Body 3 In 1 Volumizing Spray, yang merupakan syampu kering, penggalak kelebatan, dan penyembur rambut semuanya dalam satu. Atau, jika anda masih bertarung untuk rambut yang kering dan berminat menggunakan pelembap rambut, cuba gunakan versi ringan, seperti Morocconoil Light.

*lihat produk di Lazada Malaysia & Shopee Malaysia

4# Gunakan syampo powder, bukan spray

Salah satu masalah utama rambut berminyak ialah anda akan selalu menghadapi masalah rambut melekit kerana minyak berlebihan memberatkan rambut anda. Syampu kering sangat bagus untuk menyerap lebihan minyak, tetapi ia tidak mengandungi bahan melebatkan rambut. Shampo powder adalah pilihan yang tepat kerana walaupun ia menyerap minyak, ia juga mengandungi silika, dimana ia menambah kelebatan pada rambut dengan meningkatkan ruang antara serat rambut.

5# Memilih alat yang betul

Anda seringkali mendengar yang mana jenis rambut berminyak tidak boleh kerap menyikat rambut. Kerana ia boleh menyebabkan minyak tersebar lebih banyak. Tetapi, heyy, anda pasti perlu menyikat rambut setiap hari … Sikat yang bergigi lebar akan lebih berkesan mengurangkan penyebaran minyak berbanding sikat yang bergigi halus.

6# Buatkan ia bertahan lama

Oleh kerana anda yang mempunyai rambut berminyak tidak dapat menggunakan terlalu banyak produk penggaya rambut, membuatkan anda sukar untuk menggayakan rambut. Untuk lebih baik, cubalah Living Style Proof Prime Extender, produk ‘pre-blow mousse style’ ini dapat memanjangkan jangka hayat gaya rambut anda selama dua kali lebih dari waktu biasa sehingga anda tidak perlu melakukan sentuhan.

Kesimpulan

Rambut berminyak boleh menjadi masalah yang bosan dan menjengkelkan, tetapi dengan beberapa perubahan mudah dalam rutin penjagaan rambut, anda boleh menguruskannya dengan lebih berkesan.

Mulakan dengan memilih shampo rambut yang sesuai, mengurangkan sentuhan pada rambut, dan mengelakkan produk rambut yang berat.

Pastikan anda tidak lupa untuk menjaga diet yang sihat, minum air secukupnya, dan menggunakan dry shampoo untuk menyegarkan rambut di antara pencucian.

Dengan mengikuti tips ini, rambut anda akan kelihatan lebih segar, bersih, dan bebas minyak sepanjang hari!

Rujukan : bustle.com

Anda juga meminati :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like