Tips memanjangkan rambut dengan cepat..| Rambut yang panjang dan kemas ditambah pula dengan pelbagai gaya seperti ikal, kerinting dan lurus akan menambahkan lagi penampilan dan kecantikan diri anda.

Walaupun gaya rambut pendek mempunyai kecantikannya tersendiri, ada juga yang inginkan rambut panjang yang tumbuh dengan cepat dan sihat.

Tips memanjangkan rambut dengan cepat
Gambar sekadar hiasan. Kredit foto :

8 Tips memanjangkan rambut dengan cepat

#1 Basuh dan syampu rambut 2 hari sekali

Anda tidak semestinya perlu untuk mencuci rambut setiap hari. Kerana mencuci rambut setiap hari hanya akan menghilangkan pelembap semulajadi yang ada pada kulit kepala.

Tergandung juga pada jenis kulit kepala yang anda miliki.

Jika kulit kepala anda jenis tidak mudah berminyak dan berpeluh, anda hanya perlu membasuh rambut 2-3 kali seminggu

Tetapi jika kulit kepala anda jenis yang sangat cepat berpeluh dan berminyak, mungkin anda akan berfikir untuk membasuh setiap hari.

Baca juga : 6 cara untuk mengurus rambut yang berminyak

#2 Lakukan mask rambut

Mask rambut boleh dilakukan seminggu sekali atau seminggu 2 kali. Itu bergantung kepada kerajinan anda.

Mask rambut ini dikenali juga sebagai pelembap rambut. Mask rambut in anda boleh dapatkan dari 2 kategori. Samaada anda memilih untuk :

  • Hair conditoner‘ dari pelbagai brand produk atau
  • Mask rambut daripada bahan semulajadi

Jika anda seorang pencinta bahan semulajadi, anda boleh cuba melakukan mask rambut sendiri daripada bahan berikut :

  • Avocado
  • Minyak kelapa
  • Pati lemon
  • Aloe vera

Dan banyak lagi bahan yang anda boleh cuba mengikut kesesuaian kondisi rambut.

Sebenarnya banyak faedah daripada keburukan dengan membuat mask rambut daripada bahan alami. Satu yang penting ialah ia langsung tidak memiliki bahan kimia yang mungkin boleh memeri kesan buruk lain.

#3 Sikat rambut ketika ia kering sahaja

Sikat rambut sejurus selepas mandi kedengaran lebih mudah dan cepat bukan.

Sebenarnya ia adalah satu kesalahan yang kecil!

Sikat rambut ketika masih basah membuatkan hujung rambut mudah rosak dan terbelah. Malah ketika ini juga liang rambut lebih terbuka menyebabkan rambut anda lebih mudah gugur.

Sebaiknya, tunggu rambut anda kering sehingga 75% peratus kemudian baru boleh disikat.

#4 Leraikan kusukan rambut bermula dari bawah

Meleraikan kusukan rambut bermula dari atas hanya akan memberi tekanan yang kuat kepada kulit kepala. Sekaligus menyebabkan rambut anda mudah gugur dan terputus.

Yang terbaik ialah leraikan kusukan rambut pada bahagian bawah dahulu. Diikuti dengan menyikat rambut dari kepala.

#5 Betulkan teknik memegang sikat rambut anda

Mungkin anda belum pernah dengar tentang tricks ini. Untuk memegang sikat dengan betul, tegakkan sikat anda.

Lihat video dibawah perbezaan cara sikat menegak dan melintang.

https://vt.tiktok.com/ZSeyaFtrs/

#6 Potong hujung rambut dengan kerap

Ini kedengaran seperti pelik dan tidak logik.

Tetapi, tahukah anda? Dengan memotong sedikit pada hujung rambut sebenarnya menggalakkan lagi pertumbuhan rambut dengan cepat.

Cuba lakukan sebulan sekali dan anda mungkin tidak akan percaya dengan hasilnya!

#7 Tambahkan bahan rahsia pada syampu anda

Resepi ini mungkin biasa anda dengar daripada nenek dan atuk anda!

Bahan rahsia tersebut ialah BAWANG! Mungkin ada pernah mendengar iklan syampu bawang daripada Jackie Chan?

Caranya ialah hiriskan satu labu bawang besar dan masukkan kedalam syampu rambut anda. Kemudian biarkan ia terawet sekurang-kurangnya 2 minggu.

Camburan bahan rahsia ini akan memberikan anda conditioner tambahan yang membantu melebatkan rambut anda.

#8 Urutan kulit kepala

Mengurut kulit kepala semasa anda sedang membasuh rambut akan menggalakkan lagi pertumbuhan rambut pada akarnya.

Urutan kulit kepala juga membolehkan pengaliran darah yang lebih baik dan memberikan anda rasa yang lebih santai!

Mulakan dari belakang dan dengan pergerakan secara bulat dan berikan tekanan yang berterusan sehingga bahagian hadapan kulit kepala.

Untuk mengurut kulit kepala, cukup sekadar memakdai jari jemari anda ketika sedang syampu rambut.

Tetapi jika anda mahukan sesuatu yang lebih cepat dan moden, gunakan peralatan untuk mengurut rambut seperti didalam gambar dibawah.

pengurut kulit kepala
Sumber foto : harpersbazaar.com

Baca juga :

Sumber info : realbeautyschool.com/grow-hair-faster-and-thicker, sricantik.com/hair-mask-terbaik, 100comments.com/apa-itu-hair-mask-mengapa-ia-penting-untuk-kesihatan-rambut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like