Rasa berputus asa? Perasaan yang sedemikian adalah normal bagi manusia. Allah menganugerahkan manusia dengan pelbagai rasa, seperti gembira, sedih, kecewa, marah termasuklah rasa gagal dan berputus asa.

Tetapi perlu diletak pada diri anda, satu tempoh untuk membiarkan rasa putus asa dan kecewa dalam diri. Tempoh ini dimana, tidak terlalu lama sehingga memberi kesan negatif pada diri. Kenapa penulis kata perlu biar seketika rasa gagal ini dalalm diri, supaya dalam tempoh ini, anda dapat belajar sesuatu, belajar untuk terima kegagalan itu, melihat dimana kesilapan anda, bahkan menilai rasa putus asa itu.

Rasa berputus asa

Gambar sekadar hiasan | sumber : google image

Rasa berputus asa juga berpunca dari sesuatu kegagalan yang anda terima. Yang lebih berat lagi, apabila kita sendiri perlu menanggung kegagalaln itu. Adakalanya sehingga terduduk, tidak terkata, dan tak mampu hendak bergerak. Sememangnya semua semangat hilang dan tiada tenaga lagi untuk meneruskan kerana kita sudah melakukan sebaiknya, tetapi tetap gagal.

Apabila anda gagal, pasti sekeliling akan berbunyi dalam pelbagai bentuk. Ada yang positif, dan negatif. Bahkn, jika perasaan gagal dan berputus asa itu sangat mendalam, kata-kata positif pun tak mampu untuk diri anda terima. Jika yang negatif, pasti kedengaran seperti ini ‘alaaa, kan aku dah cakap gagal punya, tidak akan jadi punya, awal-awal tak nak dengar cakap’. Dalam keadaan berputus asa pasti yang negatif itu senang anda terima. Kerana memang Allah ciptakan manusia itu lemah sifatnya.

Tetapi, setelah habis satu tempoh yang sekejap itu, kami yakin rasa berputus asa itu akan menjadi positif sedikit demi sedikit. rasa mahu bangkit dan mencuba lagi sesuatu yang baru. Di sini penulis akan kongsikan dengan anda, bagaimana untuk bangkit daripada perasaan berputus asa itu.

Rasa berputus asa

Gambar sekadar hiasan | sumber : google image

Jika anda sedang berputus asa, berikut adalah panduan untuk bangkit dari kegagalan dan meneruskan perjalanan hidup anda dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.

Ada kajian mengatakan, air mata dari tangisan anda boleh mengelakkan kornea mata anda daripada kekeringan. Malah, air mata menjadi agen anti-bakteria

Baca sini : 16 fakta tentang airmata yang mengejutkan!

Jika anda menangis tidak akan menunjukkan yang anda lemah, dengan menagis anda dapat meluahkan perasaan anda. Kerana berasa sedih itu adalah sesuatu yang normal bagi semua manusia. Disamping itu, dengan menagis bukan sahaja akan menenangkan jiwa anda, malah akan lebih menyihatkan lagi tubuh badan anda.

Kawalan emosi semasa menhadapi kegagalan adalah sangat penting. Walaupon anda dibolehkan untuk menagis selepas gagal, harus diengat untuk memberi diri satu masa sahaja untuk bersedih, setelah itu bangkitlah kembali dan carilah Allah.

Belajar lah untuk menerima kenyataan dan kegagalan itu. Anda perlu tahu bahawa tiada manusia di atas bumi yang sepenuhnye sempurna. Setiap perkara pasti ada kelemahan masing-masing. Kegagalan dan kelemahan pasti ada dimana-mana, datang tanpa kita sedari.

Belajar terima hakikat bahawa hidup ini tidak akan selamanya indah. Kita pasti akan merasa berserah sepenuhnya kepada Allah. Tambahan pula, setiap permasalahan yang berlaku pasti ada hikmah yang Allah dah susun.

Bersabarlah duhai hati yang terluka. Sentiasa mengikati bahawa selepas hujan dan bergelap pasti ada cahaya pelangi yang akan menerangi. Maka, disamping kita belajar menerima hakikat kegagalan, bersabarlah sepanjang menghadapai proses itu.

Berceritalah masalah dan kegagalan anda kepada sang pencipta.

Sesetengah individu memilih untuk mengadu pada kenalan rapat. Dengan bercerita hati pasti akan terasa lega. Tetapi alangkah baiknya jika anda mengadu juga kepada Allah. Hal ini kerana, Allah lebih mngetahui apa yang anda tidak ketahui.

Sebenarnya, pada saat itu, Allah merindui untuk anda berjumpa dengan Dia, mengadu pada Dia serta bersujud pada-Nya.

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.”

– Surah al-Baqarah : 152-153

Dalam agama islam, saling membantu itu sangat dititik beratkan. Tetapi perlu diengat, jangan lah anda berlebih meminta bantuan sehingga mengabaikan usaha. Setiap perkara yang kita lakukan, pasti ada adab yang perlu diikuti.

Didalam anda meminta bantuan , janganlah ada sifat malu apabila berada dalam keadaan yang sangat buntu. Carilah bantuan dan berdoalah, pasti akan ada jalan keluar.

Meminta bantuan dari segi idea dan pendapat sangat digalakkan. Sebagai contoh, anda mempunyai masalah dari segi kewangan, tanyakan pendapat daripada orang yang anda selesa bertanya tentang bagaimana anda boleh keluar daripada permasalahan tersebut. Tidak semua perkara anda akan sedari tetapi orang lain nampak dan sedar.

Anda tidak akan pernah matang selagi tidak sedari dan mengakui kesilapan sendiri. Tiada individu yang suka melakukan kesilapan. Terkadang tanpa sengaja kita melakukan kesilapan yang hanya dapat dipandang pada mata yang lain.

Setiap kegagalan akan hadir dengan pengajaran. Dengan belajar teknik untuk memperbaiki kesilapan, sudah pasti kejayaan akan menanti

Anda juga perlu sedar bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada proses untuk meningkatkan kualiti diri. Jangan dibelenggu dengan rasa bersalah dan menyesal, analisis setiap permasalahan tentang bagaimana anda boleh belajar daripadanya.

Mencari motivasi diri amat penting untuk membangunkan diri sendiri. Salah satu cara adalah dengan memperbanyakkan membaca kata-kata hikmah dan semangat.

Baca sini : Kata-kata motivasi menjadi pembakar semangat

Terdapat banyak bahan bacaan yang boleh dicari di zaman serba IT ini seperti, Google, laman social media serta anda boleh terus mencari buku yang dicetak kata-kata hikmah.

Percayalah dengan pembacaan ini, kebaikan dan kuasa dari kata-kata hikmah tersebut mampu meresap kedalam hati anda. Kuasa itu dapat dirasai ketika anda membaca kata-kata itu beberapa kali dan berfikir setelah membacanya.

Cara paling cepat untuk membangunkan diri dari kejatuhan adalah dengan memberi diri masa unutk bersendiri.

Jangan takut untuk mengeluarkan pendapat untuk menyendiri. Pada masa inilah kita dapat berfikir dengan tenang, memotivasikan diri serta memasukkan balik aura positif dalam diri.

Sesetengah individu mengambil peluang menyendiri ini dengan melakukan aktiviti yang mereka gemari, seperti jika anda suke berjongging, membuat kek atau bermain game. Dengan membuat aktiviti kegemaran anda, sedikit sebanyak dapat mngaktifkan minda dan mempositifkan diri.

Setelah anda melalui fasa merasa ‘down’, kini tibalah masa untuk anda bangkit kembali dengan semangat yang wajar, minda yang positif. Anda perlu buka balik buku kegagalan dan lihat cara mana yang anda boleh perbaiki. Atau jika perlu anda mencuba lagi. Malah idea baru juga boleh dibangkitkan dilakukan.

Kesimpulannya

Tiada yang sempurna di dunia ini. Akan tetapi penulis yakin setiap individu dapat menjadi lebih baik dan bijaksana. Setiap individu memiliki kesempatan untuk bertumbuh menjadi lebih dewasa di mana kegagalan dapat menjadi salah satu hal yang membantu kita berkembang. Tidak terkecuali penulis. Kegagalan yang penulis alami tidak hanya pada lingkaran pekerjaan malah sukar dalam perhubungan. Bahkan berkali-kali. Pada awal ketika mengalami kegagalan pasti datang rasa menyesal atau menyalahkan diri. Tetapi setelahnya, penulis tahu ada yang namanya kesan dan pembelajaran. Kesalahan demi kesalahan yang dibuat justeru membentuk diri menjadi lebih kuat. Dari kegagalan juga kita sentiasa berevolusi. Terima kasih

Anda juga berminat membaca :

Rujukan : tips & Tips2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like