Buat Duit Melalui Affiliate Marketing | Adakah anda tahu, apa itu Affiliate Marketing? Affiliate marketing adalah salah satu cara yang paling popular untuk menjana pendapatan secara online tanpa perlu memulakan perniagaan produk sendiri.

Dengan hanya mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain, anda akan mendapat komisen setiap kali seseorang membuat pembelian melalui pautan afiliasi yang anda sediakan.

Jika anda ingin mencuba untuk memulakan perjalanan dalam affiliate marketing, artikel ini akan membimbing anda melalui langkah-langkah yang mudah dan berkesan untuk mula menjana wang.

Affiliate Marketing adalah proses di mana affiliate akan memperoleh komisen untuk memasarkan produk atau syarikat orang lain.

Affiliate hanya akan mencari produk yang mereka gemari, kemudian mempromosikan produk tersebut dan memperoleh sebahagian keuntungan dari setiap penjualan yang mereka buat.

buat duit dengan Affiliate Marketing

sumber gambar : google image

Jika anda google search tentang Affiliate Marketing, pasti ramai yang mengatakan bahawa anda boleh mendapat duit tanpa perlu berusaha lebih bukan? Tetapi seperti biasa, kebenaran sedikit pahit daripada apa yang diceritakan.

Yang pasti, walau serumit mana pon, jika anda berusaha pasti akan membuahkan hasil. Seronok untuk di beritahu, ya, anda boleh menjana pendapatan ini walaupon ketika anda tidur.

Dalam artikal ini, anda akan diajar sedikit sebanyak langkah-langkah untuk memulakan Affiliate Marketing.

Paling utama, anda perlu mengetahui asas-asas bagaimana Affiliate Marketing ini berkerja.

OK. Mari kami huraikan lagi langkah-langkah yang disebut di atas. Sebelum itu, perlulah diambil tahu dua perkara yang diperlukan untuk membuat affiliate Marketing.

  • Membuka website/blog dalam bentuk kesukaan anda
  • Memilih affiliate produk yang bersesuaian
1) Membina website/blog dengan ‘niche’ anda sendiri

Gambar sekadar hiasan

Perkara utama untuk memohon affiliate hendaklah mempunyai website. Untuk membuka website, anda mempunyai banyak pilihan dari, Blogsport, tumbler dan banyak lagi. Tetapi penulis sangat merekomendasi anda menggunakan WordPress.

Dengan WordPress, anda dapat membina website yang kelihatan sangat professional dan cepat. Sekiranya anda betul-betul berminat untuk menjana wang melalui affiliate, WordPress pastinya menjadi platform terbaik. Anda boleh lihat link di bawah, bagaimana kami memulakan blog/website sendiri sebagai newbie.

2) Membuat content yang dapat menjana pendapatan Affiliate/penggabung
buat duit dengan Affiliate Marketing

sumber : google image | Buat duit melalui Affiliate Marketing

Sebagai Affiliate Marketers, menjadi tugas anda untuk membantu pengguna menemui produk yang tepat untuk keperluan mereka dengan kandungan berkualiti yang tinggi, membantu mereka membuat keputusan pembelian, dan kemudian menavigasi mereka ke laman web produk untuk meneruskan pembelian.

Ini bermakna, kandungan artikel anda hendaklah yang mensasarkan kebaikan produk/perkhidmatan tersebut. Sekaligus, pembaca dapat meneliti menilai dan mencari perbezaan tentang produk yang mereka ingini.

3) Memasukkan affiliate link kedalam content anda

Apabila anda sudah tahu apa kandungan tulisan yang akan anda tulis, sekarang masa nya untuk anda selitkan pautan ini kedalam pautan anda.

Antara tips yang anda boleh lakukan untuk anda memanfaatkan sepenuhnya penempatan affiliate anda

  • Hanya meletakkan pautan yang bersesuaian dengan content anda : Jika anda menambah pautan afiliasi yang tidak berkaitan, ini akan memberi pengalaman negatif kepada pelanggan anda.
  • Tambahkan pautan pada awal kandungan anda : Jika anda mempamerkan banyak produk dalam satu artikel, pastikan anda menambahkan produk afiliasi anda di bahagian atas senarai. Kebanyakan orang tidak akan meluangkan banyak masa untuk membaca keseluruhan artikel. Anda ingin memastikan mereka melihat pautan afiliasi dipemula kandungan.
  • Anda boleh menggunakan bar terapung dan widget bar sisi untuk mempromosikan produk afiliasi anda. Ini meningkatkan kesan kandungan anda dan menghasilkan lebih banyak penjualan dari masa ke masa.

Sebelum anda meletak ratusan pautan afiliasi, anda disarankan untuk memasang plugin berkaitan affiliate. Ini memudahkan untuk anda menguruskan setiap pautan anda.

Nak jadi affiliate shopee? Daftar akaun anda di Shopee Affiliate Marketer

4) Optimumkan traffic website anda untuk menjana lebih banyak hasil

Setiap pemilik blog atau website tentu sangat memerlukan traffic yang baik, namun bagaimana cara Meningkatkan Traffic Ranking Website yang bagus, ini adalah persoalan yang susah, kerana terdapat banyak pesaing yang jauh lebih baik dari website kita. Namun adakah anda perlu untuk melepasi pesaing anda? Tentu sahaja..

Terdapat banyak faktor yang perlu anda ambil tahu kerana search engine akan selalu memonitor website anda dari masa ke semasa.

Tiada perkara yang tidak mungkin kerana setiap perkara boleh anda atur seperti strategi SEO untuk website anda. Biasanya traffic yang tinggi akan berada di halaman 1 dalam urutan Halaman Google. Baca sini untuk cara meningkatkan kan traffic blog anda. https://lawavedesign.com/berita/28/cara-meningkatkan-traffic-ranking-website-atau-blog.html

Kesimpulan

Affiliate marketing merupakan peluang yang menarik untuk menjana pendapatan dalam talian, tetapi kejayaan memerlukan dedikasi, konsistensi, dan strategi yang betul.

Dengan memilih niche yang tepat, menyertai program affiliate yang sesuai, mencipta kandungan yang bernilai, dan menggunakan teknik pemasaran yang berkesan, anda boleh membina sumber pendapatan pasif yang stabil. Ingat, kejayaan dalam affiliate marketing tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi dengan usaha yang berterusan, anda akan dapat melihat hasil yang memuaskan.

Rujukan : https://optinmonster.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like