Gigi Kuning Mungkin Lebih Kuat Dari Gigi Putih!..| Bagi kebanyakan orang, gigi putih dianggap sebagai kayu ukur penandaan kesihatan gigi yang baik dan bersih.

Oleh kerana itu, terdapat banyak produk-produk pemutihan gigi yang yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan berada di pasaran untuk memutihkan gigi.

Namun, adakah anda tahu bahawa gigi kuning sebenarnya mungkin lebih kuat dan tahan lasak berbanding gigi putih? Ya, anda tidak pernah salah baca! Dalam artikel ini, kita akan mengupas anda akan faham mengapa gigi kuning boleh menjadi lebih kuat daripada gigi putih.

Mempunyai gigi yang bersih putih dan tersusun adalah idaman setiap orang. Mempunyai gigi yang cantik memberi keyakinan diri yang tinggi malah memberi satu titik kemanisan pada wajah setiap yang mengidamkan susunan senyuman yang cantik!
Gigi kuning kuat

Fakta Menarik: Gigi Kuning Mungkin Lebih Kuat Dari Gigi Putih!

Mengapa produk-produk ini dikeluarkan?

Hal ini kerana, kita di sogok dengan ideologi bahawa, gigi kuning itu buruk dan biasanya berkaitan dengan penjagaan kesihatan mulut. Sudah pastilah ramai di luar sana akan berebut-rebut untuk memutihkan gigi mereka.

Perkhabaran yang baik bagi mereka yang tidak memiliki gigi seputih mutiara. Untungnya, gigi kuning sebenarnya lebih kuat dari gigi yang putih cerah! Jom baca kenapa.

Warna semuLajadi gigi adalah kelabu asap/kuning muda

Bagi sesetengah individu yang mempunyai gigi berwarna putih, mereka mungkin memiliki lapisan enamel yang lemah. Tetapi bagi kebanyakan individu mempunyai warna gigi kuning muda. Warna ini terhasil secara alami apabila lapisan tisu didalam gigi (dentin) sendiri memang berwarna kuning/kelabu asap. Rujuk gambar dibawah untuk melihat lapisan gigi.

sumber gambar : google image

Enamel merupakan lapisan gigi paling luar dan lutsinar yang akan menampakkan warna sebenar dentin. Jadi, anda tidak perlu risau dan sedih lagi jika gigi anda berwarn kekuningan muda. Kerana yang semulajadi itu adalah lebih baik dan lebih kuat.

Warna kuning gigi yang tidak sihat

Perlu juga diketahui juga jika gigi anda mempunyai warna kuning yang terlalu tua, anda mungkin memiliki masalah penjagaan mulut. Antara punca gigi anda berubah warna dari warna asal adalah; pemakanan dan minuman yang boleh memberi warna kepada lapisan enamel. Contohnye, kopi dan teh, atau coklat gelap dan kari.

Terdapat juga pemakanan yang boleh membuat gigi anda lebih putih dan sihat. Antaranya, asid melic didalam strawberry, sederi, buah nenas, lobak merah. Produk tenusu juga baik untuk melindungi lapisan gigi kerana mempunyai asid laktik.

Kesimpulannya

Mempunyai gigi yang sihat dan kuat adalah lebih penting daripada memiliki gigi yang cerah. Jadi, kene la selalu mengamalkan penjagaan gigi yang baik seperti memberus gigi selepas makan. Jika anda berada diluar rumah, sentiasa berkumur-kumur dengan air kosong selepas makan.

Untuk mereka yang merasakan perubahan warna drastik pada gigi mereka, bolehlah terus berjumpa dengan doktor gigi anda. Doktor gigi boleh memberi nasihat dan berbincang permasalahan dengan kesihatan gigi anda.

Selepas ini, anda tidak boleh lagi memberi persepsi yang buruk kepada individu yang tidak mempunyai gigi putih berseri. Ini kerana, boleh jadi gigi mereka lebih kuat dan sihat dari gigi anda.

I.N.F.O.E.X.T.R.A


pada umur berapakah gigi kita akan mula menguning?

Sebagai ibubapa, adalah sangat penting untuk anda mengetahui kepentingan menjaga kebersihan mulut dan gigi anak2 anda.

Ini kerana, penjagaan yg baik sejak dari kecik memberi impak yang besar kepada senyuman anak-anak anda ketika mereka melonjak dewasa.

Umur pada permulaan pertumbuhan gigi kekal

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak pada normalnya akan mula mengeluarkan gigi kekal pada umur antara 6-7 tahun. Dan yang normalnya lagi, adalah perkara biasa untuk gigi kekal ini memiliki warna yang lebih kuning berbanding gigi bongsu kanak-kanak.

Jika anak anda berumur kira-kira 6-7 tahun dan gigi kekalnya mula tumbuh, anda mungkin perasan bahawa gigi kekal mereka kelihatan agak kuning daripada gigi susunya. Berita baik: ini adalah perkara biasa.

Hal ini kerana, gigi kekal mempunyai lebih banyak kandungan dentin yang mana warna aslinye adalah kekuningan.

Jadi, ibu-ibu tidak perlu tertalu risau dengan keadaan gigi anak-anak yang kekuningan dan melakukan perkara yang pelik-pelik hanya untuk anda anda memiliki gigi yang putih.

Baca juga : Teruja : pengalaman pertama mendapat duit dari berblogging dan google adsense

Baca juga : Begini cara saya memulakan Blog tahun 2020

Sumber : getholistichealth.com & wanista.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like