Reviews

Ini dia cara bezakan bath and body works yang palsu dan asli

Cara bezakan bath and body works yang palsu dan asli..| Tak seronokkan kalau kita dah beli barang mahal-mahal rupanya barang itu adalah barang palsu atau tiruan.

Kalau anda seorang yang risaukan keasliannya, jawapannya ialah belilah di kedai bath and body works yang berhampiran anda. Tetapi bagaimana jika amda perlu beli online atau kedai yang bukan official?

Jom lihat beberapa cara untuk korang bezakan produk yang palsu dan yanh asli.

Contoh perbezaan perfume bath and body works asli dan palsu. Sumber foto : youtube.com

Cara bezakan bath and body works yang palsu dan asli – body mist

1. Tanda pada penutup botol

Tanda pada penutup botol mempunyai tanda yang berbeza.

*Sila rujuk didalam video dibawah untuk melihat perbezaan tanda ini.

Baca juga : 9 bau pilihan pelanggan bath and body work

2. Lubang penyembur perfume

Lubang semburan pada botol yang palsu mempunyai lubang semburan yang lebih kecil berbanding pada botol perfume yang asli.

*Sila rujuk didalam video dibawah untuk melihat perbezaan tanda ini.

Baca juga : Review perfume candles bath & body works. Boleh ke wangikan bilik?

3. Warna cecair perfume

Warna cecair perfume pada botol palsu adalah kelihatan sangat cair berbanding warna pada botol original.

Dimana yang asli mempunyai cecair warna yang lebih terang dan pekat.

*Sila rujuk didalam video dibawah untuk melihat perbezaan tanda ini.

baca juga : Review + berapa lama ia bertahan : Wallflower Bath & Body Work

4. Batchcode dan barcode pada bahagian bawah botol

Botol pada produk yang palsu mempunyai chop batchcode dan mungkin akan ada barcode dimasa akan datang.

Manakala, pada botol produk yang original, bawah botolnya mempunyai sticker yang mempunyai barcode dan batchcode.

*Sila rujuk didalam video dibawah untuk melihat perbezaan tanda ini.

Baca juga : 8 bau rekomendasi paling wangi lilin bath and body works

5. Pembuatan botol daripada bahan yang berbeza

Jika diteliti pada bahagian bawah botol palsu, terdapat tanda segitiga tertulis PET yang bermaksud ( polyethelen Tarepthalete).

Manakala pada botol original tertulis PETE berserta 2 coda number.

*Sila rujuk didalam video dibawah untuk melihat perbezaan tanda ini.

PET atau PETE sebenarnya membawa maksud yang sama. Ia biasa digunakan pada botol yang jernis seperti botol minuman dan hanya boleh dipakai sekali sahaja.

Rujukan : majalahsains.com

6. Ujian goncangan cecair perfume

Jika dilihat pada goncangan dua botol perfume dibawah, jelas kelihatan perfume original mempunyai kelikatan cecair yang lebih tinggi berbanding perfume palsu yang mengandungi kandungan air yang lebih tinggi.

Selain itu, buih pada perfume palsu yang digoncang lebih banyak dan lebih cepat menghilang berbanding perfume yang asli.

Baca juga : semua artikle berkaitan bath & body works disini.

Cara bezakan perfume bath and body work yang palsu atau asli
Tips membeli wangian original tanpa ragu!

BERKUALITI. Apabila wangian yang mahal, satu perkara anda perlu sedar iaitu anda akan memiliki barangan yang tulen.

Minyak wangi Bath and Body Works tiruan direka sama persis seperti yang original tetapi jika anda perhati dengan lebih teliti, anda akan dapati barangan tiruan mempunyai kualiti produk yang jauh lebih rendah berbanding wangian yang asli.

Jom ambil maklum 3 tanda wangian yang anda beli adalah fake dan buat keputusan dengan lebih bijak! 💃💃

After Dark. Wangian keluaran terbaru daripada Bath and Body Works
  1. Shopping wangian kegemaran anda dengan vendor yang tepat
    • Terkadang, ada juga agent yang menjual barangan tiruan dengan harga original. Jadi sebelum membeli, pastikan anda membeli daripada agent yang sah dan mendapat review yang baik.
  2. Belajar tentang ciri-ciri ketulenan sesuatu produk
    • Perubahan dunia internet sekarang memudahkan lagi anda untuk mencari tentang ketulenan sesuatu produk. Belajar tentang mereka dan pertimbangkan harga dengan produk yang lebih berbaloi dan berkualiti.
    • Antara perkara yang anda boleh cek sebelum membeli wangian bath anf body work ialah ciri-ciri bekas, bau, barcode, tanda info dan ketulenan bekas produk tersebut.
  3. Belajar tentang perbezaan bau yg asli ataw yang palsu
    • Produk yang asli biasanya mempunyai jangka hayat dan ketahanan bau yang lebih tinggi. Uji bau produk wangian tersebut sebelum anda membuat keputusan membayar dengan harga yang mahal.
perbezaan kondisi botol antara wangian yang original dan yang palsu!

Salah satu perkara yang membolehkan anda membezakan produk yang asli dan yang palsu adalah dari segi keluaran packaging dan botol sesuatu produk. Jadi apa yang membezakan prestasi botol anda dua produk yang asli dan palsu?

bath body works yang palsu asli
Gambar sekadar rujukan

Kalau ekotkan sekarang tiada lagi formula rahsia dalam sesuatu pembuatan minyak wangi. Sama ada ianya wangian jenama yang mahal atau murahe, pengeluar sekarang sudah boleh memiliki formulasi asal dengan hanya ketikan dihujung jari.

Sebab itulah, minyak wangi tiruan melambak dipasaran bak cendawan yang tumbuh selepa hujan. Lambakan ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kesan kepada kesempurnaan salinan dimana formulasi asal mungkin telah diubah suai untuk samaada mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan yang lebih tinggi.

  • Untuk memastikan anda telah menerima produk yang benar-benar asli, pertama sekali anda perlu semak pada teks pada belakang pembungkusan. Produk wangian yang palsu biasanya mempunyai kesalahan tatabahasa, ejaan yang salah dengan susunan maklumat yang kelihatan sangat tidak kemas dsb.
  • Produk yang genuine ataw asli mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat2 berkualiti dan diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi. Sesuai dengan harganya yang tinggi, berbanding dengan produk tiruan, biasanya pengeluar produk tiruan akan mengurangkan kos dengan sangat banyak dan hanya menggunakan pembungkusan yang tidak berkualiti.
  • Kod bar pada botol produk sangat membantu anda mengenal pasti produk yang asli atau tiruan. Anda hanya perlu menggunakan scanner pada telefon bimit anda untuk melihat keaslian produk wangian anda.
  • Akhir sekali anda boleh cek pada pita pelekat dibotol wangian anda sama ada ia mempunyai lebihan gam atau pita. Pada kebiasaanya, produk yang asli mempunyai tampalan kertas maklumat yang lebih kemas dan kelihatan lebih baik.
perbezaan kondisi botol antara wangian yang original dan yang palsu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like