Doa bulan ramadan | Ramadan di tahun 2023 ini semakin menghampiri. Disini saya kongsikan doa-doa yang anda perlukan untuk sepanjang ramadan ini. Semoga bermanfaat untuk diri saya sendiri dan untuk anda semua. inshaAllah.

1. Doa niat puasa untuk sehari dan sebulan
Doa bulan ramadan
Sumber : google image
2. Doa yang perlu diperbanyakkan untuk malam lailatulqadar
Sumber : google image
3. Doa harian untuk sepanjang bulan ramadan
4. Zikir harian sepanjang Ramadan
Doa bulan ramadan
Sumber : google image | Doa bulan ramadan
Amalan sunnah bulan ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa yang dikurniakan Allah untuk hambanya yang dikasihi.

Menjadikan bulan ramadhan sepertikan bulan-bulan yang biasa kita jalani adalah sesuatu yang sangat merugikan. Jadilah manfaatkanlah bulan yang diberikan istimewa untuk kita ini sebagai bulan penghapus dosa. InshaAllah.

Jom lihat 10 amalan sunat yang bukan sahaja menghapuskan dosa mapah memberi 1001 manfaat lain dan pahala yang berlipat ganda.

Sumber rujukan : iluvislam

1. Solat terawih

merupakan solat sunat yang hanya dilakukan di bulan Ramadhan dan rugi sekiranya kita tidak melakukan solat ini.Solat ini boleh dilakukan berjemaah disurau atau masjid atau boleh juga dilakukan dirumah sahaja. Jadi, jangan ciptakan alasan untuk tidak melakukan solat ini.

2. Mempercepatkan berbuka puasa adalah lebih baik daripada melewatkannya.

Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, segerakan berbuka puasa. Tidak kisah sekiranya kita ingin berbuka dengan kurma dan air kemudian solat Maghrib ataupun berbuka puasa dengan makanan berat tetapi jangan sampai berlebihan dan menyusahkan kita untuk solat maghrib dan solat terawih. “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mana mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari dan Muslim)

3. bersahur dan melewatkannya

Ramai yang memandang mudah tentang sahur kerana tidak ramai yang tahu tentang keberkatan bersahur. Pada waktu sahur memudahkan kita untuk qiamullail dan membaca Al-Quran pada ketika di bulan yang lain kita sedang lena dibuai mimpi.

“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli kitab adalah adanya sahur.” (HR Muslim)

4. I’tikaf

I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat untuk beribadat kepada Allah. Rebutlah peluang untuk datang ke masjid pada bulan Ramadhan kerana masjid adalah tempat untuk mendapat hidayah. Mereka yang ke masjid adalah mereka yang punya iman dalam hatinya kerana ketahuilah masjid adalah tempat yang paling berat untuk dikunjungi walaupun jarak hanya sejengkal.

5. Membaca Al-Quran

Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran diturunkan. Gunakan kesempatan Ramadhan untuk membaca dan memahami Al-Quran sampai khatam. Bersihkan hati kita dengan menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran walaupun hanya 1 juzuk. Pastikan kita meletakkan targetyang spesifik untuk Ramadhan

6. Bersedekah 

Banyakkan bersedekah pada bulan Ramadhan kerana pahala yang Allah janjikan berlipat kali ganda. Tidak kisah akan bilangan atau bentuk apa pun yang kita sedekahkan kerana Allah menilai hati dan keikhlasan kita ketika bersedekah. Ikutlah kemampuan kita.

7. Memperbanyakkan doa

Doa adalah senjata kita umat Islam. Perbanyakkan doa kerana Allah pasti akan mengabulkan doa setiap hambaNya. Tambah-tambah doa sebelum kita berbuka dan juga doa ketika tahajud.

8. Melakukan umrah

Pahala menunaikan umrah pada bulan Ramadhan sangat besar pahalanya dan berlipat kali ganda. Bayangkan pahala ketika solat di Masjidil Haram 100000 pahala berbanding tempat lain apatah lagi ketika bulan Ramadhan. Jangan lepaskan peluang bagi mereka yang berkemampuan. “Apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah.” (HR Bukhari dan Muslim)

9. Memberi makan orang yang berbuka.

Berkongsi rezeki ketika berbuka puasa supaya kita sama-sama dapat berbuka puasa dalam keadaan yang gembira dan dalam kenikmatan dalam berbuka puasa. Di samping itu, salah satu cara untuk kita merapatkan silaturrahim antara saudara seislam. Berkongsi makan dengan keluarga besar, kawan-kawan dan juga jiran sekampung pun boleh.

10. Mencari lailatul qadar

Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang sangat special… malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Rasulullah sangat menjaga sepuluh malam terakhir demi mendapatkan Lailatul Qadar. Dengan itu, Rasulullah menyuruh kita mencari Lailatul Qadar dalam malam-malam ganjil sepuluh malam terakhir Ramadhan. Jangan lepaskan peluang kita untuk mencari Lailatul Qadar.

Baca juga :

Rujukan : Ayat kursi penenang hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like