Kisah Nabi Idris A.S | Nabi Idris A.S merupakan Nabi dan Rasul yang diciptakan oleh Allah untuk membimbing manusia kejalan Allah. Daripada 25 rasul Allah, beliau merupakan rasul ke-2 yang dipilih oleh Allah.

Didalam al-Quran, surah Maryam, Allah telah menyebut nama beliau sebanyak dua kali

Dan ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang terdapat tersebut di dalam al-Quran. Sesungguhnya ia seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya dari orang-orang yang sabar.; Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka dari orang-orang yang soleh.

Surah Maryam,19, ayat 21
Nabi Idris A.S

Google image

Sejarah ringkas kehidupan Nabi Idris A.S

Nabi Idris merupakan keturunan keenam daripada Nabi Adam a.s, Idris bin Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s. dan keturunan pertama yang dikurniai kenabian setelah Nabi Adam dan Syith. Menurut Ibnu Kathir dalam Qhisasul Anbiya’, beliau mengatakan bahawa Nabi Idris sempat bertemu dengan Nabi Adam. Ini menggambarkan bahawa enam generasi dapat bertemu diantara satu sama lain.

Allah menganugerahkan Nabi Idris di dalam pelbagai bidang ilmu kemahiran seperti penciptaan peralatan untuk kemudahan manusia, astronomi, penulisan, matematik dan lain-lain.

Ketika riwayat hidup beliau, terdapat satu kisah dimana kebanyakan manusia telah melupakan tuhan. Maka Allah telah menghukum dengan memberi kemarau yang panjang. Walau bagaimanapun, dengan berkat doa Nabi Idris kepada Allah SWT dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.

Menurut sebuah buku The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris ialah nama Arab bagi Enoch. Baginda dinyatakan di dalam al-Quran sebagai manusia yang dipilih oleh Allah SWT sehingga baginda diangkat ke langit.

Menurut sumber riwayat bermukim di Mesir. Nabi Idris telah berdakwah di tanah arab untuk agama Allah dengan mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah. Beliau juga mengajar pendoman hidup kepada pengikut-pengikutnya agar boleh menyelamatkan diri dari seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia.

Syariat yang diperjuangkna oleh Nabi Idris ialah Jihad dalam memerangi Pengikut Qabil yang melakukan kerosakan di muka bumi pada ketika itu. Baginda ialah pelopor kepada Jihad, menggerakkan pasukan tentera berkuda dan tentera darat.

Baca juga :

Rujukan : Wiki Info, upm.edu.my, Kisahparanabi, Kisah Nabi Idris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like