Ramalan waktu pengumuman dividen 2022..| Haishh, tak sabarkan nak tunggu pengummuman untuk dividen ASB tahun nie. Lagi tak sabar nak tunggu duit tu masuk. Boleh pergi berjoli lepas nie kan. Tapi.. sy banyak baca-baca kemungkinan tahun ini akan sedikit penyusut atau sama saje dengan peratusan dividen tahun lepas.

Ramalan waktu pengumuman dividen 2022
Peratusan divideb ASB tahun 2021

Punca penurunan kadar Asb 2021 dan 2022

KUALA LUMPUR : Pakar ekonomi menjangkakan kadar dividen bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk 2022, yang akan diumumkan pada Jumaat depan adalah pada julat 4.0 peratus hingga 5.0 peratus, sekali gus berkemungkinan lebih rendah berbanding tahun lalu.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/12/1040903/dividen-asb-dijangka-lebih-rendah-tahun-ini

Menurut Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, daripada sumber bharian diatas, diantara punca pengekalan atau penurunan kadar dividen yang lebih rendah tahun ni adalah seperti ringkassn dibawah :

  • Penurunan prestasi saham Bursa Malaysia. Ini termasuklah saham PNB (Permodalan Nasional Berhad) yang menurun seiring dengan penurunan kestabilan ekonomi dan politik.
  • Kekuatan ringgit Malaysia yang semakin menurun berbanding dollar Amerika Syarikat.
  • Kesan pandemik covid-19 yang masih menindas sektor ekonomi termasuklah pelancongan dan penerbangan.
  • Kesan kenaikan kadar OPR oleh bank negara yang turut memberi impak kepada PNB.
Jangkaan tarikh pengumuman kadar dividen asb 2022

Sumber daripada fuh.my, tarikh pengumuman kadar dividen tahun ini dijangka jatuh pada 23 Disember 2022 kerana dua tahun sebelumnye turut diumumkan pada tarikh yang sama.

Jadi sama-sama lah kite tunggu dengan sabar ye. Untuk kemasukan duit dividen korang mungkin dijangka masuk pada 2hb Januari tahun 2023.

*update daripada Sumber utusan Malaysia, tarikh pengumuman kadar dividen 2022 hatuh pada hari esok jam 11 pagi.

Tarikh penangguhan urus niaga / pembekuan akaun asb

Seperti akhir tahun sebelum-sebelum nie, PNB akan umumkan tarikh akhir pembekuan akaun-akaun pelabur. Ini termasukkan urusan dikaunter, urusan online dan lain-lain.

Lihat jadual kat bawah.

Unit AmanahTempoh penangguhan
ASB21hb Disember 2022 – 2hb Januari 2023
sumber : https://www.myasnb.com.my/
Perlu ke nak terminate ASBF TAHUN DEPAN?

Dengan OPR dan bank interest yang semakin naik, mana nya, dalam tempoh 6 bulan sahaja BNM dah naikkan OPR sehingga 1%.

Sy sebagai peminjam ASBF sebanyak 100k dengan tempoh matang 5 tahun, peningkatan interest nie sangat memberi kesan. Sekarang bulanan naik sehingga RM532. Manakala kadar dividen yang rendah mungkin menyebabkan kerugian kepada sy dan pelabur lain.

Jadi bagaimana pendapat korang? Perlu atau tidak perlu kite terminate loan ASB tahun hadapan selepas menerima dividen?

Baca juga : Pengalaman dan teknik : loan ASBF dengan RHB bank

Baca juga : Cara keluarkan duit ASB secara online di myASNB

Ramalan waktu pengumuman dividen 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like