Resepi popia cheese : kudapan terbaik..| Koleksi pelbagai resepi kudapan berasaskan kulit popia.

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya.

popia cheese
Bahan-bahan untuk membuat popia cheese
  1. 1 bungkus kulit popia (50 helai).
  2. 8 sudu besar serbuk cheese
  3. 2 sudu besar serbuk cili
  4. 4 sudu besar gula
  5. *Tepung ubi untuk melekatkan kulit- (korang bancuh tepung tue dengan air kemudian panaskan atas api sekejap sebagai gam popia), Boleh juga pakai putih telur
  6. Minyak untuk menggoreng
Cara-cara untuk membuat popia nestum
  1. Saya suka pakai straw untuk menggulung, saiz lebih sekata. Supaya ruang dalam gulungan lebih besar menjadikan popia lebih rangup. Boleh juga pakai lidi atau chopstick.
  2. Kemudian, hujung popia digam pakai bahan gam yang dibuat tadi
  3. Kemudian goreng popia sehinngga warna light brown. *Popia yang digoreng akan meresap minyak yang banyak. Jadi tuskan biar minyak turun dan letakkan atas tissue dapur.
  4. atau gunting segi empat tepat kecil untuk kulit popia
  5. Untuk adunan cheese: blend kering serbuk cheese + serbuk cili + gula
  6. Gaulkan popia goreng bersama adunan diatas
  • Tips supaya kulit popia tidak kering semasa proses menggulung : selepas buka kulit popia, tutupkan dengan kain.
  • Tips ketika menggoreng : pastikan gorengan anda sentiasa ditengok sebab kulit popia yang nipis memudahkan ia untuk hangus. Buka api sederhana sahaja
  • Tips lebih rangup : guntingkan gulungan secara menyerong untuk mendapat lebih besar permukaan area.

Baca juga :

Lihat juga : Video : cikgu melayu soal selidik anak murid india

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like