Resepi shell out pernah menjadi satu menomena dimana plbagai jenis hidupan laut dimasak sekali dan dihidang diatas meja hanya beralaskan plastik. Sehingga sekarang terdapat banyak kedai-kedai dan restauran-restauran yang dibuka dengan menggunakan tema seperti ini.

Bagi penggemar seafood, shell out merupakan seolah-oleh dunia seafood dimana pelbagai jenis seafood boleh didapati. Tetapi awas, sesetengah orang senang mengalami alahan kepada makanan seafood.
Selain seafood, terdapat juga pelbagai jenis sayur yang ditambah untuk menaikkan lagi kelazatan resepi ini. Resepi shell out ini teradun dengan rempah yang sedap. Ternyata rempah ini yang paling penting untuk menaikkan kesedapan hidangan ini.
Pelbagai jenis makanan laut kesukaan anda boleh digunakan seperti :
- Udang
- ketam
- lala
- kupang
- pepahat
- sotong
- ikan – siap digoreng kunyit/tepung
- atau apa-apa jenis makanan laut yang anda boleh jumpa dipasar basah. hehe
Antara sayur yang anda boleh gunakan untuk hidangan ini ialah :
- Brocolli
- jagung
- kentang
- carrot
- bunga kubis
- Atau apa-apa sayur yang anda rasakan sesuai dengan hidangan ini.
Bahan untuk rempah resepi shell out
- Segenggam cili kering yang dibuang biji dan direndam dalam air panas. Kalau nak pedas lagi boleh lebihkan lagi cili
- 5 labu bawang besar – malas nak pakai bawang kecil. Bawang besar cepat dan mudah
- 10 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci belacan
- 1 genggam udang kering/ikan bilis
- 5 tangkai daun kari
- 2 batang serai – dititik
- 2 sudu butter
- minyak untuk menumis
- 4 sudu besar kari ikan
- 4 sudu besar sos tiram
- 3 sudu sos ikan
- 1 kiub pati ayam
- garam dan gula untuk sebatian perasa
Cara-caranya :
- Kesemua seafood hendaklah dibersihkan dari pasir dan kotoran. Seterusnya rebuskan separuh masak untuk mengekalkan kesegaran. Jika terlalu lama rebus, seafood akan menjadi keras.
- Kecuali ikan, anda perlu potong sedikit kecil dan digoreng dengan kunyit/tepung bestari.
- Untuk bahan sayuran pula, ia perlu dibersihkan dan dipotong sedikit kecil seperti yang terlihat didalam gambar diatas.
- ia perlu dicelur sekejap. Kecuali kentang dan jagung perlu direbus sehinngga masak dan empuk.
Cara untuk memasak bahan tumisan :
- Untuk bahan satu hingga enam, diblend dengan air dan sedikit minyak,
- Didalam kuali, panaskan butter dan minyak, kemudian tumiskan sekejap daun kari dan serai sehingga naik bau. Seterusya masukkan bahan yang diblend.
- Tunggu sehingga bahan tumisan wangi dan garing, tambah sedikit air jika tumisan terlalu kering.
- Seterusnya masukkan bahan nombor 11 hingga 14 dan tumiskn lagi sehingga sedikit garing. Anda boleh tambahkan air lagi jika tumisan terlalu pekat.
- Last sekali, perasakan dengan garam dan gula.
- Seterusnya, asingkan rempah kedalam mangkuk lain dan tinggalkan sedikit untuk digaul dengan bahan seafood dan sayuran. Gaul sekali diatas api . Sambil tu anda boleh tambahkan lagi bahan rempah tadi mengikut banyak yang anda suka.
Resepi shell out sedap dimakan bersama dengan nasi panas. Malah ia lebih nikmat jika dimakn beramai-ramai seperti makan didalam talam.
Baca juga :
- Resepi perapan kambing dengan 4 bahan mudah
- Resepi cekmek molek : simple hanya 3 bahan
- Resepi mushroom soup : tanpa bahan dari tin.
Credit resepi asal : norazlitaaziz
Lihat juga : Chopper wireless dari shopee memudahkan kerja anda.

Anda mencari chopper bawang manual tangan yang murah?? Jom tengok disini