Resepi mushroom soup adalah jenis sup sederhana di mana roux (campuran tepung dan susu) asas ditambah dengan krim atau susu dan kemudian cendawan dan / atau sup cendawan ditambahkan. Sup cendawan ini biasanya dinikmati dengan hidangan roti bakar.
Resepi sihat yang rendah kalori dan simple iaitu sup cendawan saangat terkenal di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat Resepi ni memerlukan masa dalam 20-25 minit keseluruhan. Ini termasuk siang cendawan dan potong memotong. Resepi ringkas sup cendawan ini pasti menambah selera sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Resepi ini dikongsikan oleh Anne Baharum di laman fb beliau pada November 2017. Tetapi ada bahan tambahan yang saya tambah mengikut citarasa sendiri. Harap anda menyuki resepi ini.
5 bahan utama yang digunakan ialah
- Kentang 5-6 biji mengikut saiz
- Cendawan kegemaran korang – dipotong kecik/nipis
- Satu kiub ayam
- Satu tin susu cair
- isi ayam yang dicincang
- satu sudu serbuk lada hitam
- garam
Cara-caranya ialah :
- Kentang dibasuh dan dipotong kecil dan rebus sehingga empuk. Lagi kecil lagi cepat empuk.
- Selepas empuk, sejukkan dibawah kipas (supaya cepat) . kemudian diblend sehingga menjadi creamy. Blend hanya guna air rebusan kentang tadi.
- Tuang kedalam periuk kentang yang diblend tadi.
- Masukkan kiub pati ayam (pecahkan dengan tangan)
- Masukkan isi ayam dan cendawan
- Biarkan kesemua campuran tadi mendidih sekejap.
- Masukkan susu cari serbuk lada hitam dan garam mengikut citarasa anda
- Biarkan mendidih dan siap dihidang.
Resepi ini sedap dimakan dengan roti bakar garlic bread. Tapi saya hanya makan dengan roti bakar dengan toster tu. Itu pon sudah nikmat. Selamat mencubaa~
mushroom soup tak lengkap tanpa garlic bread!
Mushroom soup tanpa garlic bread tiada maknanya. Garlic bread ketika masih panas dan garing celup pula dengan mushroon soup confirm buat korang tak boleh tidur.
Tapi rasa macam susahkan nak buat garlic bread. Jom lihat 3 bahan nak buat garlic bread yang paling cepat dan mudah!
3 bahan nie sangat mudah korang nak cari :
- Roti gardient
- Mentega
- Bawang putih ditumbuk halus
Cara-caranya, pertama sekali korang boleh gaulkan mentega bersama garlic yang korang dah lumatkan atau nak lagi mudah masukkan dalam dalam microwave bagi dia cair 2 bahan nie.
Kedua sapukan pada roti gardinia korang. Sambil tu panaskan oven 150c 5 minit.
Last sekali hanya tinggal bakar dalam oven selama 10 minit plus minus ekot kesesuaian garing yang korang nak.
Then siap! Korang dah boleh enjoy roti hakar yang sedap bersama mushroom soup!
Baca juga : Resepi mudah daging ‘Harimau Menangis’ viral
- Resepi tteobokki homemade Buat dirumah je senang..
- Roti paratha frozen kawan : Resipi dan review
- Resipi : ayam goreng korea dengan sos korea adabi
- Resipi : ikan masak asam pedas simple
- Resipi ikan masin masak asam
- Viral tiktok : resipi tomyam seafood macam kat kedai
- Resipi sambal cili ala-ala cili sate kajang
- Resipi spageti carbonara ringkas dan cepat
- Resipi jeruk magga asam boi guna air ais cream soda
- Resepi popia sira berlado : kudapan terbaik
Resepi mushroom soup..|