Resepi Cekmek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah/ memancut. – sumber : wikipedia

Bahan untuk membuat kuih cekmemk molek

Sukatan resepi ini tidak tentu hanya mengikut citarasa anda untuk membuat kuantiti banyak mana. Kuih cekmek molek juga boleh difrozenkan. Jika anda sangat meminati kuih ini, anda boleh siapkan banyak-banyak dan frozenkan. Kuih ini sesuai untuk dijadikan minum petang atau pagi. Tinggal hanya gorengkan kuih anda yang sudah diforzenkan.

  1. ubi keledek warna oren (Dibuang kulit, direbus dan tambah sedikit garam dalam air rebusan dan dilenyek sehingga lembut)
  2. 1 cawan tepung gandum
  3. Gula pasir/ Gula perang (saya gunakan gula perang)
  4. 2 sudu makan margerin (optional)
  5. 1 sudu makna susu tepung (optional)
  6. Garam
  7. Minyak untuk menggoreng

*

Cara untuk membuat kuih ini
  1. Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Sehingga teksture doh menjadi lembut dan tidak melekit pada tangan.
  2. Bulatkan dan leperkan doh ditapak tangan.
  3. Letakkan gula mengikut kuantiti kesukaan anda ditengah-tengah doh yang sudah dileperkan.
  4. Tutup gula dan bentukkan menjai bentuk cekmek molek.
  5. Gorengkan dalam minyak yang api sederhana .kena selalu balik-balikkan dengan perlahan untuk elak cekmek daripada pecah
  6. Angkat setelah bahagian luar kuih nampak garing.

* Tips – pastikan tepung tidak terlalu sedikit. Ini boleh membuatkna kuih anda menjadi terlalu lembik apabila digoreng. Dan pastikan tepung tidak terlalu banyak kerana boleh menyebabkan doh terlalu keras.

Baca juga : Resepi Dalgona Coffee ‘viral’ paling simple

Sumber resepi : gedungresepi2u

Resepi cekmek molek-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

You may also like