Amalan yang dibawa selepas kematian : Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali 3 perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.
Hadis riwayat diatas jelas memberitahu tentang hanya 3 perkara yang akan dibawa selepas kematian seseorang. Kehidupan didunia ini hanyalah sementara sahaja. Begitulah janji Allah bahawa semua yang mati itu akan merasai mati. Dan kematian tempat yang kekal selamanya.
Kehidupan selepas kematian
Kehidupan selepas kematian itu ditentukan oleh perkara amal apa yang mereka lakukan didunia. Jika baik amalnya, maka baiklah pengakhirannya, jika buruk amalnya, maka sebaliknya berlaku pada pengakhirannya.
Jadi sebelum kematian, setiap hamba Allah yang beriman itu perlu membuat persediaan untuk menghadapi kehidupan selepas mati. Jadi apakah perkara yang boleh membantu kita menghadapi alam akhirat? Jom lihat dibawah.
1. Sedekah jariah
Terdapat banyak hikmah disebalik perbuatan bersedekah. Ia bukan sahaja dapat membantu anda dialam selepas mati esok. Sedekah juga membantu anda menjalani kehidupan yang lebih berkat, tenang dan teratur.
Dengan bersedekah juga, boleh menjadi asbab terhapusnya dosa semua atas izin Allah. Jadi bersedekahlah untuk mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.
Bersedekah yang paling baik ialah sedekah yang dilakukan dengan niat kerana Allah. Antara contoh sedekah jariah yang membawa pahala sehingga selepas mati ialah :
- Mewaqafkan tanah kebun dimana hasilnya boleh dinikmati oleh orang lain. Selain itu, waqaf tapak untuk pembinaan masjid, surau, rumah anak yatim, tapak berniaga dan sebagainya
- Memberi sumbangan untuk pembinaan masjid atau lain-lain mengikut kemampuan masing-masing. Jika anda hanya mampu memberi RM10 untuk sedekah ini, itu pun sudah dipandang Allah.
- Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat atau golongan miskin yang memerlukan. Atau sewakan rumah dan hasilnya disumbangkan kepada kebajikan umum.
- Menyediakan rumah persinggahan untuk orang-orang musafir.
- Bersedekah berupa kitab al-Alquran atau apa-apa bahan ilmu yang boleh digunakan oleh orang ramai
Amalan bewaqaf ini menjadi titik pahala selagi ia masih digunakan oleh orang lain sama ada anda masih hidup ataupun sudah mati.
2. Ilmu yang bermanfaat
Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang berguna untuk orang lain dan memberi kebaikan. Ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Tetapi ilmu yang terbaik adalah ilmu yang memberi kebaikan kepada dunia dan akhirat.
Sebagai contoh ilmu dunia ialah sifulan mengajarkan sibunga tentang cara membuat donut yang cantik dan gebu. Tetapi ilmu yang diajar sipulan tidaklah perlu dibayar dan ia mengajar ikhlas keranan Allah. Selepas seketika, Sibunga berjaya menghasilkan donut yang cantik dan gebu. Lalu sibunga buat meniaga dengan ilmu donut yang dia miliki.
Inilah yang dikatakan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain selagi ilmu itu masih diamalkan oleh sibunga.
Manakala contoh ilmu akhirat ialah mengajarkan seseorang membaca al-Quran. Sifulan yang mengajar sibunga membaca al-Quran akan terus mengalir pahalanya selagi mana sibunga itu mengamalkan pembacaan al-Quran.
3. Doa daripada anak-anak yang soleh
Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka untuk sentiasa berdoa kebaikan ibu bapanya sejak kecil. Ini akan melatih anak-anak dan menambahkan rasa sayang anak-anak kepada ibu bapa.
Doa anak-anak kepada ibu bapanya, sama ada anak itu orang soleh atau sebaliknya adalah baik dan sangat berguna.
Selain itu, ibu bapa juga perlu mendidik anak supaya berjaya dunia akhirat. Sekaligus saham kejayaan anak-anak yang baik dan soleh ini juga akan mendapat kepada ibu bapanya berupa rahmat daripada Allah.
Baca juga :
- 4 waktu yang paling baik untuk bersedekah
- Ketahui 10 Kelebihan Dan Kebaikan sedekah subuh
- Kebaikan tidur menghadap kanan vs sunnah nabi
sumber : e-muamalat.islam.gov.my, mstart.com.my, fb/ppim.official, dailyhijrah.com, Amalan yang dibawa selepas kematian