Waktu yang paling baik untuk bersedekah : Sedekah merupakan salah satu amalan yang akan membantu kita sama ada masih hidup ataupun sudah mati. Waktu yang dimaksudkan diatas bukan waktu dari hari atau jam masa, tetapi waktu dimana keadaan hidup kita.

Sedekah juga merupakan amalan sunnah Rasulullah SAW. Ia dianjurkan untuk dilakukan sama ada pada waktu susah atau senang.

Rasulullah SAW bersabda yang isinya menyeluruh mengenai waktu yang paling anda untuk anda bersedekah.

“Seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling afdhol?” Beliau menjawab: “Kau bersedekah ketika kau masih dalam keadaan sehat lagi laba, kau sangat ingin menjadi kaya, dan risau menjadi miskin. Jangan kau tunda sehingga roh sudah sampai di kerongkonganbaru kau berpesan, “untuk si Fulan sekian, dan untuk si Fulan sekian.” Padahal harta itu sudah menjadi hak si Fulan (ahli waris).” (HR Bukhari)

Berdasarkan hadis diatas, terdapat 4 tanda waktu yang paling baik anda disarankan bersedekah. Waktu-waktu yang dinyatakan ini bukanlah mudah untuk dilakukan, tetapi berusahalah untuk menghasilkannya walaupun sedikit nilainya.

Waktu paling baik bersedekah
sumber : perkimwilayah.onpay.my
1. Bersedekah waktu tubuh badanmu masih sihat

Salah satu waktu yang disarankan oleh Rasulullah SAW untuk bersedekah adalah ketika badanmu masih sihat. Kesihatan tubuh badan yang baik memungkinkan untuk anda lebih berusaha mencari rezeki.

Dengan bersedekah, Allah akan mencukupkan lagi rezeki anda. Malah ketika anda berkerja, anda tidak lagi merasa lelahnya mencari rezeki asbab kebaikan sedekah yang anda lakukan.

lelaki hensem
sumber : google image. Gambar sekadar hiasan

Lagi satu, bersedekah ketika tubuh anda masih sihat adalah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan nikmat berupa tubuh yang sihat dan masih mampu untuk mencari rezeki. Lihat sahaja kepada insan yang sudah tidak mampu mencari rezeki kerana kesihatan yang tidak menizinkan.

2. Ketika anda ingin sekali untuk menjadi orang kaya

Tahukah anda, kebanyakan orang kaya itu mempunyai tabiat suka sedekah bukan selepas mereka jadi kaya, tetapi sebelum mereka jadi kaya lagi.

Ini menunjukkan bahawa sedekah adalah salah satu cara untuk anda merealisasikan impian anda menjadi orang kaya. Dengan bersedekah bahkan akan menjemput rezeki yang lebih luas.

sedekah untuk kaya
sekadar gambar hiasan. sumber : ohbulan.com
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Untuk menjadi kaya, niatlah dengan niat yang baik seperti kaya akan memudahkan lagi untuk anda bersedekah dan membantu orang lain. InshaAllah terdapat keberkatan pada harta yang akan anda miliki.

3. Bersedekah ketika anda risau menjadi miskin

Sebagai hamba Allah yang lemah bersedekah ketika anda sedang sempit adalah sesuatu yang sangat sukar. Bahkan penulis sendiri terasa berat untuk bersedekah jika memikirkan kesusahan mencari rezeki.

sedekah jika masih miskin
sumber : facebook.com

Sebenarnya, orang yang bersedekah ini tidak akan menjadi miskin. Seperti firman Allah yang bermaksud :

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Perkara itu juga dinyatakan dalam satu hadis yang bermaksud:

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

Jadi cubalah buangkan kekhuatiran dalam diri anda supaya tidak takut untuk bersedekah. Kerana sedekah itu bukan sahaja menambah rezeki malah diberi rahmat dan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

4. Bersedekah sebelum datang kematian
Waktu paling baik bersedekah
sumber : dream.co.id

Contoh sedekah yang sia-sia adalah selepas kematian. Jika anda membagi harta kepada si fulan selepas anda meninggal itu tidak dikira sedekah kerana selepas kematian anda, harta itu sebenarya sudah pun menjadi milik si fulan.

Manusia tidak akan dapat melihat kebaikan sedekah selagi mana ia belum meninggal dunia. Didalam firman Allah yang bermaksud :

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Bersedekah merupakan amalan yang mudah dan membawa berkah. Namun terkadang sedekah akan menjadi sukar kerana halangan kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Untuk itu, perlu kita sedari bahawa bersedekahlah di saat kita benar-benar sihat, disaat rezeki masih Allah berikan, dan sebelum berakhirnya waktu kita didunia ini.

Berhati-hati ketika bersedekah

Ketika arus teknologi yang semakin meningkat, menyebabkan lahirnya banyak scammer sedekah yang ingin menipu dan mengambil kesempatan.

Anda disaran berhati-hati dan memastikan anda menyalurkan sedekah anda kepada orang yang lebih berhak. Jika anda mendapati ada betul-betul yang melakukan kerja itu, anda disarankan untuk melakukan laporan polis selain melakukan hebahan kepada orang ramai. Supaya tiada yang menjadi mangsa yang sia-sia.

Baca juga :

sumber : dompetdhuafa.org, hmetro.com.my, FB/muslimvolunteer, Waktu yang paling baik untuk bersedekah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like