Tips dan cara bersihkan perut lembu : Sapa pembaca sini yang gemarkan masakan berasaskan perut lembu? Cikna semestinya peminat nombor satu perut lembut. Cikna paling gemar perut lembut buat masak sup. Serius teringat je mesti teringin.

Kepada penggemar perut lembu, korang pernah nampak tak perut lembu yang asal sebelum ia dibersihkan?? Warna asal perut lembu nih warna gelap macam warna tanah tu. Tengok pun macam peningkan. Tapi kalau dah bersih dan dah dimasak memang selera je.

perut lembu sebelum dibersihkan
Rupa perut lembu sebelum dibersihkan. sumber : FB/Siti Zulaikah

Sebelum nak putihkan perut lembu tu, anda perlulah pastikan dah buang sisa-sisa yang melekat kat perut tu. Yang tinggal sekarang nak bersihkan sisa yang melekat kat perut tu.

Tips dan cara bersihkan perut lembu dengan menggunakan air kapur

Cara yang pertama ini ialah dengan menggunakan kapur makan.

Caranya mudah. tinggal rendam perut lembu dalam kapur yang sudah dilarutkan dalam air kemudian rendam beberapa jam. Biasa rendam pagi petang tu dah boleh sental dengan berus perlahan-lahan je. Kalau laju-laju jenuh jugak pinggang nanti.

Rupa perut lembu selepas dibersihkan
Rupa perut lembu selepas dibersihkan. sumber : FB/Siti Zulaikah
Tips dan cara bersihkan perut lembu dengan menggunakan cuka

OK. Ini perkongsian daripada orang ramai dari laman facebook. Caranya larutkan perut lembu dalam sebotol cuka masakan. Rendam dalam sepuluh minit then dah boleh tolak kotoran tu pelan-pelan je. sebab kotoran tu dah lembut.

Jadi, untuk mengelakkan tangan anda daripada mengelepuh disebabkan asid daripada cuka dan kapur yang kuat, anda disarankan untuk memakai sarung tangan plastik yang guna untuk cuci panggan tu.

Tips dan cara bersihkan perut lembu dengan menggunakan air coca-cola
Tips dan cara bersihkan perut lembu dengan menggunakan air coca-cola
sumber : coca-cola.com.my

Ini cikna terjumpa lagi satu cara untuk mencuci perut lembu. Tapi cikna takpernah tengok lagi orang cuci pakai coca-cola. Tapi biasa tengok coca-cola nih besi karat pun dia boleh bersihkan. Inikan kotoran pada kulit lembu ni.

Why not korang cuba rendam dengan coca-cola ni. Ada seorang pengguna facebook berikan cara ni. Tapi cikna rasa lagi ok pakai coca-cola kan. Mungkin rasa dia pun akan jadi manis??HAHA.

Cara hilangkan bau perut lembu

OK. Untuk yang tidak suka bau perut lembu, anda hanya perlu menggunakan limau nipis dan tepung gandum untuk mencuci. Cara untuk menghilangkan bau perut lembu ini mudah sahaja. Selepas anda cuci bersih perut lembu daripada kotoran, perahkan air limau nipis dan tepung gandum pada perut lembu dan tonyoh sikit sikit je.

Ulang langkah yang sama sehingga anda berpuas hati dengan perut lembu anda.

# membersihkan perut lembu | cara basuh perut lembu panjang | perut lembu panjang | babat lembu |

Baca juga :

sumber : FB/Siti Zulaikah, mommywawa.com,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like