Jerung laut dalam : Saintis telah merungkai tiga jenis jerung yang hidup di laut dalam yang boleh mengeluarkan cahaya. Mereka itu ialah kitefin, blackbelly lanternshark dan southern lanternshark.
Ramai orang tahu yang jerung boleh menggigit dengan dasyat, berterima kasih kepada cerita ‘The Jaws’. Tetapi tahukah anda terdapat juga spesis jerung yang mampu mengeluarkan cahaya bioluminescent.
Ya benar, jerung juga boleh mengeluarkan cahaya sama seperti sotong gergasi yang hidup dibawah laut. Jerung yang disebut ini ialah hidupan laut dalam, bukanlah jerung yang biasa anda lihat dipermukaan air.
Diantara tiga spesis jerung laut dalam ini, jerung kitefin menjadi haiwan yang terbesar mengeluarkan cahaya bioluminescent kerana ia boleh membesar sehingga 6 kaki panjang. Berbanding 2 jerung yang lain yang saiznya lebih kecil.
Mengapa jerung ini mengeluarkan cahaya di dalam kegelapan?
Didalam laut dalam itu, para saintis telah merungkai bahawa hampir 3/4 daripada hidupannya boleh mengeluarkan cahaya bioluminescent. Hidupan laut dalam biasa menggunakan cahaya ini untuk memburu, mencari makanan, perangkap mangsa, melihat dalam kegelapan dan menarik minta pasangannya.
Pada zon senja laut dalam, cahaya matahati yang dapat menembusi zon ini terlalu sedikit bahkan tiada langsung zon yang menerima cahaya matahari. Jadi spesis haiwan yang boleh mengeluarkan cahaya ini menggunakan cahayanya untuk bersembunyi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Samahalnya dengan 3 jerung laut dalam ini. Dibahagian bawah badannya mempunyai kepekatan fotosit yang lebih tinggi berbanding bahagian tubuh badan yang lain ia sembunyi daripada pemangsa yang lebih besar daripadanya.
Jerung kitefin
- Jerung kitefish merupakan spesis jerung squaliform dari keluarga Dalatidae.
- Ia boleh ditemui bertebaan diseluruh laut dunia. Kebiasaannya ditemui pada dasar laut dengan kedalam 200-600m dari paras laut.
- Jerung kitefish menjadi haiwan yang terbesar mengeluarkan cahaya bioluminescent yang pernah dicatatkan.
- Jerung ini mempunyai badan yang langsing, muncung pendek dan tumpul, bibir yang tebal dan matanya yang besar.
- Panjang kebiasaannya ialah 4 kaki. Tetapi ada yang membesar sehingga 6 kaki.
Jerung blackbelly lanternshark
- Jerung blackbelly lanternshark atau dikenali jerung lucifer adalah dari keluga Etmopteridae.
- Ia boleh dijumpai bertebaran di laut seluruh dunia. Tetapi biasanya dijumpai pada kedalaman 150 meter bawah laut.
- Panjangnya boleh mencapai 47 cm.
- Jerung jenis ini juga mampu mengeluarkan cahaya bioluminescent.
Jerung southern lanternshark
- Jerung southern lanternshark juga merupakan daripada keluarga etmopteridae.
- Ia boleh dijumpai di lautan Pasifik tenggara pada kedalaman 220 meter dari bawah laut. Kebanyakan para saintis mejumpai mereka di perairan New Zealand.
- Panjangnya hanya mencapai 60cm.
- Jerung southern lanternshark juga boleh mengeluarkan cahaya bioluminescent.
Baca juga :
- 9 Jenis Hidupan Laut Dalam yang Unik
- 8 misteri dan fenomena alam yang hebat di lautan
- Cold Seeps : penemuan kawasan terbaru dasar laut
- Dumbo Octopus : Hidup didasar laut paling dalam
sumber dan rujukan : smithsonianmag.com, nationalgeographic.com, wikipedia/kitefish, wikipedia/southernlaternfish,