Cara merawat penyakit hati dalam islam : Sebagai manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesalahan dan bisikan syaitan. Terkadang juga penyakit hati ini datang tanpa dipinta dan tanpa diduga.

Kadang-kadang kita perasan perasaan yang tidak baik iaitu penyakit hati tu datang seiring dengan sifat kecewa dan sedih dalam diri. Sebagai manusia yang lemah, kita perlu sentiasa berusaha nak mengubah diri kearah yang lebih baik.

Begitu juga dengan hati, kita perlu sentiasa cuba untuk membentuk hati yang ikhlas dan baik. Kerana hati manusia itu lah titik tengah kepada perjalanan hidup kita samaada bahagia atau sengsara.

Jika ada baca dalam 5 Jenis penyakit hati dalam islam yang perlu diketahui, dapat diketahui bahawa 5 jenis penyakit hati itu ialah hasad dengki, bakhil, ujub, sombong dan riyak. Jom lihat pula 5 cara berikut yang anda boleh praktikkan untuk menghapuskan penyakit hati dalam islam.

Cara merawat penyakit hati dalam islam
sumber : islami.co
1. Zikrullah

Didalam surah ar-Ra’du ayat 18 yang bermaksud :

"Tidakkah dengan zikir (memperingati) Allah itu akan menenangkan hati-hati (yang resah)?"

Ayat diatas menunjukkan sangat besarnya peranan zikir ini dalam menyembuhkan hati-hati yang hitam dan gelap.

Latihkan hati anda supaya cepat-cepat zikirkan istighfar jika tiba-tiba anda merasakan penyakit hati datang. InshaAllah dengan beristighfar dan mengingati Allah, hati anda akan kembali tenang dan bersih.

2. Membaca al-Quran dan maksudnya

Allah menyebutkan bahawa dengan bacaan al-Quran dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang sudah bersarang didalam dada kita. Amalkan bacaan al-Quran secara konsisten, inshaAllah hati-hati anda akan lebih tenang dan tenteram.

Firman Allah surah Yunus ayat 57 :

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."
3. Berpuasa

Tahukah anda berpuasa juga bukan hanya untuk menahan lapar dan dahaga. Dengan berpuasa juga, anda dapat memupuk hati yang sabar dan ikhlas beribadah kerana Allah.

Puasa juga dapat mengawal lidah kita daripada pertuturan yang tidak baik. Sekaligus ia sudah berjaya mengawal hati supaya tidak terus berpenyakit dan merawat ia dengan baik.

4. Bersedekah

Sedekah ini perihalnya bukan sahaja tentang mengeluarkan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan, namun manfaat sedekah ini lebih luas akan dirasakan oleh mereka yang melakukannya.

Dengan bersedekah ikhlas kerana ALlah, anda juga sebenarnya sedang merawat hati yang berpenyakit sekaligus mendekatkan diri kepada Allah. Bersedekah ini memulihkan hati yang bakhil, riyak dan sombong.

Jadi bersedekahlah seikhlas hati walau nilainya terlalu sedikit dimata orang tetapi besar pada pandangan Allah.

5. Perbanyakkan hadir dimajlis-majlis ilmu

Dunia teknologi zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu. Majlis-majlis ilmu perlu dicari dan perlu berjalan jauh untuk menghadirinya. Tetapi dizaman serba moden ini, ilmu itu ibarat hujung jari sahaja. Tinggal mahu atau tidak mahu sahaja.

Antara kebaikan menghadari majlis ilmu alim ulama anda bukan sahaja dapat merawat penyakit hari, malah anda akan mendapat ilmu yang bermanfaat, peringatan yang sering dilupakan, dan anda akan terikut-ikut dengan tingkah laku dan percakapan alim ulama ini.

Rumusannya..

Janganlah berputus asa untuk mengubah diri kita menjadi insan yang lebih baik. Sentiasa merasa diri tidak baik inshaAllah anda akan selalu beruasa untuk memperbaiki diri anda. InshaAllah hidayah dan rahmat Allah itu Dia yang Maha Mengetahui berikan kepada orang-orang yang Ia kehendaki.

Baca juga :

sumber dan rujukan : tzkirah.com, kashoorga.com, wazan.upm.edu.com, Cara merawat penyakit hati dalam islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like