Apa itu water fasting? Fungsi dan kebaikannya..| Pernah dengar tak tentang diet puasa air atau water fasting ni?

Puasa air biasanya dipraktiskan untuk rohani dan keagamaan (islam tidak ada puasa air ye). Puasa air bermaksud pengamalnya tidak akan makan kecuali hanya mengambil air putih.

Antara tujuan lain mereka mengamalkan puasa air ialah :

  • Untuk menurunkan berat badan
  • Sebagai alternatif untuk melawan penyakit lain
  • Dan sebagai perubatan
Gambar sekadar hiasan. Sumber : google image

Berapa lama maksimum boleh melakukan puasa air?

Lebih daripada 60% daripada badan manusia terkandung dengan air. Jadi badan kita tidak mampu bertahan lama tanpa air berbanding jika mengambil makanan sahaja.

Mengikut nasihat dan saranan daripada doktor waktu minimum sehingga maksimum yang anda boleh lakukan puasa air ialah 24 jam sehingga tidak lebih 3 hari.

Jika ada melakukannya lebih daripada 3 hari kemungkinan risiko penyakit lain boleh berlaku seperti kekurangan nutrisi dan tenaga.

Kebaikan melakukan puasa air kepada kesihatan badan

Walaupun pra sejarahnya puasa air untuk kegunaan keagamaan dan kerohanian, kini puasa air lebih popular digunakan untuk penjagaan kesihatan semulajadi, dan disertai dengan meditasi.

Mereka yang mempunyai faktor risiko untuk penyakit tertentu boleh mendapat manfaat daripada puasa air jangka pendek ini termasuklah :

  • Pesakit jantung
  • Mempunyai tekanan darah tinggi
  • Mempunyai kolesterol tinggi
  • Kencing manis
  • Berat badan berlebihan

Dengan melakukan puasa air badan anda tidak akan mempunyai akses kepada karbohidrat. Jadi badan akan mengunakan alternatif lain iaitu lemak untuk ditukarkan menjadi tenaga.

Makanya, puasa air ini boleh mengakibatkan penurunan berat badan.

Golongan ini adalah tidak dibenarkan untuk melakukan puasa air

Puasa air bukanlah boleh dilakukan oleh semua orang. Merea termasuklah :

  • Orang dewasa yang lebih tua
  • Mereka yang berumur di bawah 18 tahun
  • Mereka yang mengalami gangguan makan
  • Mereka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah
  • Hamil dan menyusu
  • Mempunyai masalah jantung
  • Mempunyai diabetes jenis 1
  • Mempunyai migrain yang tidak terkawal
  • Sedang menjalani pemindahan darah
  • Dan mereka yang sedang mengambil ubat tertentu an perlu untuk mendapatkan nasihat doktor.

Baca juga :

Sumber info : wikipedia.org, medicalnewstoday.com, hmetro.com.my, Apa itu water fasting? Fungsi kebaikannya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

You may also like