Senaman ringkas untuk menghilangkan perut buncit..| Workout! Workout! Workout! Yaaa.. Hanya satu cara sahaja kalau korang betul-betul nak hilangkan lemak-lemak diperut buncit tu. Iaitu senaman.
Tapi boringkan kalau hanya senaman sit up atau baring angkat kaki. Untuk menaikkan semangat korang bersenam. Jom cuba tarianyang ringkas berikut untuk mengecilkan lemak pada perut.
Senaman ringkas untuk menghilangkan perut buncit
Sambil korang menari gerakkan lemak diperut tu, jom baca 7 sebab lemak dekat perut tu susah sangat nak dihapuskan.
1. Lemak diperut adalah ‘lemak aktif’
lemak dalam perut manusia ni terbahagi kepada 3. para saintis panggil lemak yang khusus ada pada otot perut dipanggil lemak viseral.
Sebenarnya lemak viseral ni boleh menghasilkan hormon atau bahan lain yang boleh beri kesan buruk kepada kesihatan tubuh yang lain.
Ia termasuklah diabetes, penyakit liver dan kegemukan dan keradangan.
2. Kita memang terlalu gemarkan kemanisan
Ia adalah satu perkara yang pasti.
Manis ni kadang-kadang boleh menyebabkan ketagihan. Badan kita terlalu sukakan kemanisan.
Pengambilan manis yang berlebihan menyukarkan lemak viseral terhapus. Sebab tu pentingnya belajar kawal ketagihan gula dari kecil.
3. Paras estrogen yang rendah
Estrogen ni apa? Kalau yang belum tahu, estrogen ni ialah hormon yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengawalseliaan sistem pembiakan wanita dan ciri se.ks sekunder.
Paras hormon estrogen yang rendah juga menjadi penyebab kesukaran untuk membuang lemak perut ni.
4. Diet sahaja tidak akan menghilangkan lemak perut
Menukar tabiat pemakanan yang sihat semata-mata sebenarnya tidak banyak membantu untuk membakar lemak perut.
Diet yang sihat diikuti senaman yang kerap membantu membuang perut buncit dengan sangat effective.
Kajian mendapati berjalan 50 minit sehari tiga kali seminggu atau 30 minit sehari selama enam hari seminggu boleh menghalang (atau membantu korang kehilangan) lemak perut.
5. Stress, stress dan stress
Korang tahu tak, bila kita selalu dalam keadaan stress, badan kita akan mengeluarkan hormon yang bernama ‘cortisol’.
Hormon ni kerja dia mematangkan sel lemak dengan lebih cepat. Selain itu, dia juga menggalakkan lemak tumbuh di organ tubuh bahagian dalam badan.
6. Faktor genetik adalah diluar kawalan kita
Sesetengah orang secara genetiknya cenderung untuk mengumpulkan lemak di kawasan perut mereka. Jika badan ibu korang “berbentuk epal,” dengan kebanyakan berat badannya di sekeliling perut, kemungkinan besar bentuk badan korang juga akan sama.
7. Tambahan gula dalam makanan sangat-sangat sukar dielak
kebanyakan makanan sekarang mempunyai kandungnan gula yang tinggi. Ini termasuklah masakan pedas, masakan dessert dan sebagainya.
Tambahan gula yang kita tidak dapat dikawal ini sebenarnya menyebabkan perut buncit lebih sukar untuk dihapuskan.
Baca juga :
- Review : Natural clenx tea untuk kurus dan detox
- Tips kurus artis Zulin aziz
- Cara kempiskan perut buncit : Punca dan solusi
Sumber info : SKWAD fitness/youtube, healthgrades.com