Berapa lama badan mampu tahan kencing..| Menurut saranan pakar perubatan, seseorang individu perlu membuang air kecil sekurang-kurangnya 1 kali setiap 3 jam.

Saranan ini bertujuan untuk memastikan pundi kencing kita sentiasa berfungsi dengan baik dan normal. Jika ia sentiasa dibiar penuh dan mengembang, ia boleh memberikan risiko yang tidak baik kepada kesihatan badan.

Berapa lama boleh tahan kencing
Proses pengeluaran urine dari pundi kencing. Kredit foto : kingwoods hospital

Berapa lama badan manusia boleh bertahan dari membuang air kecil?

Pernahkah anda lihat individu yang hadir dalam satu-satu majlis tetap gagah bertahan tanpa perlu ke tandas langsung? Jom lihat fakta tentang berapa lama badan mampu tahan kencing.

  • Pundi kencing pada individu dewasa secara puratanya mampu menampung antara 400-600 mililiter air kencing.
  • Dalam masa 24 jam, individu dewasa mampu menghasilkan kira-kira 1500 ml air kencing.
  • Pengiraannya, dalam masa satu jam badan kita akan menghasilkan 62.5 ml air kencing (1500ml / 24 jam).
  • Pundi kencing yang normal mengambil masa 9 hingga 10 jam untuk penuh sehingga 600 ml air kencing.
  • Berapa lama badan boleh tahan kencing sebenarnya bergantung kepada tahap penghaidratan seseorang.
  • Semakin banyak cecair yang masuk kedalam badan kita, maka semakin banyaklah urine yang akan dihasilkan oleh buah pinggang kita.
  • Sehingga kini masih tiada rekod paling lama masa badan manusia boleh tahan kencing.
  • Idea dimana punding kencing manusia boleh pecah jika terlalu lama menahan kencing adalah mitos semata-mata ya.
  • Pundi kencing kita hanya akan mengatasi kemahuan dan percubaan otak untuk melambatkan buang air kecil.
  • Sebaliknya, jika kita masih mahu menahan kencing tetapi pundi kencing sudah pada tahap yang maximum, kita akan simply terkencing dalam seluar jela!
Kesimpulannya..

Bagi badan manusia yang normal dan sihat, mereka mampu menahan kencing sehingga 9 atau 10 jam sahaja. Tetapi menahan kencing adalah tabiat yang tidak sihat dan meningkatkan risiko kesihatan yang tidak baik.

Baca juga :

Sumber info : https://www.google.com/amp/s/hellodoktor.com/urologi/masalah-pundi-kencing/bahaya-tahan-kencing/%3famp=1, Berapa lama badan mampu tahan kencing, https://www.google.com/amp/s/www.businessinsider.com/how-long-can-you-go-without-peeing-2013-9%3famp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like