Tips pemilihan snek sihat untuk simanja..| Anak-anak zaman kini dilambakkan dengan pelbagai jenis snek dan jajan yang membuatkan mereka ketagiihan. Jadi, apa tindakan dan pilihan yang perlua anda lakukan sekiranya perkara ini berterusaan?

Pengambilan snek yang terlalu banyak kepada anak-anak menyebabkan mereka hilang selera makan sekaligus sentiasa mengelak daripada mengambil makanan utama.

Perkara ini boleh memberi kesan kepada kesihatan anak-anak pada jangka masa panjang dan pendek.

Baca artikel ini untuk melihat 4 Tips pemilihan snek sihat untuk anak-anak anda.

Gambar sekadar hiasan. Sumber : google image

4 Tips pemilihan snek sihat untuk simanja

Ikuti pemilihan snek berikut untuk simanja anda supaya kekal sihat dan kuat juga membesar dengan ceria.

  1. Hadkan pemberian makanan yang terproses. ‘Fast food’ adalah salah satu makanan yang paling digemari anak anda. Contohnya seperti Mcdonald, KFC, Nugget dan sebagainya.
  2. Jadikan buah-buahan sebagai pilihan snek kepada anak anda. Tips yang terbaik ialah sediakan beberapa jenis buah, dan biarkan anak anda pilih buah mana yang palign disukainya.
  3. Hadkan snek yang mempunyai kandungan gula, minyak, lemak dan garam yang terlalu banyak. Contohnya seperti donat coklat dan sebagainya.
  4. Pilihlah snek yang sihat atau snek yang boleh dibuat sendiri dirumah seperti jagung rebus, sandwich dan biskut tanpa krim.
Tips pemilihan snek sihat untuk simanja
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

11 pilihan snek yang sihat untuk anak anda

Inilah dia 13 jenis pilihan snek yang lazat dan boleh menambahkan nutrisi pada badan anak anda.

1. Yogurt

Yogurt mengandungi sumber protin dan kalsium yang baik untuk pembesaran anak anda. Ia juga mengandungi bakteria hidup yang membantu proses pencernaan badan.

Tetapi perlu dipastikan supaya tidak mengambil yogurt yang mengandungi pemanis tambahan

2. Oatmeal

Oatmeal bersama susu menjadi snek yang sedap untuk anak selain nutrisinya yang baik.

3. Smoothies buah-buahan

Buatkan smoothies daripada buah-buahan semulajadi, anak anda pasti akan meminta berkali-kali.

4. Sandwich

Sandwich yang paling baik untuk anak anda ialah sandwich yang mengandungi telur, daging serta sayur-sayuran.

5. Kekacang

Snek kekacang hanya sesuai diberikan kepada anak berumur 2 atau 3 tahun keatas. Ini bagi mengelakkan berlaku alergi atau sistem pencernaan yang masih belum kuat.

Kelebihan kekacang ini ialah ia menjadi bahan anti oksidan untuk badan dan lemak penting untuk tumbesaran anak.

6. Keju

Keju merupakan sumber kalsium yang baik untuk anda.

Tambahkan keju kedalam snek anak seperti biskut dan roti.

7. Telur rebus

Telur rebus mengandungi khasiatnya yang tersendiri. Ia sangat sesuai dihidangkan pada waktu pagi atau dijadikan sebagai sarapan.

8. Ais krim

Ya! Ais krim pun boleh dijadikan snek yang sihat untuk simanja anda.

Buatkan ais krim homemade sendiri daripada buah-buahan dan susu untuk ais krim yang lebih sihat.

9. Buah potong

Sediakan buah potong yang menjadi kegemaran anak anda untuk dijadikan bekalan snek!

10. Kismis

Kismis sememangnya makanan sunnah yang baik jika dijadikan snek tambahan kepada anak anda.

Tambahkan kedalam ais krim atau susu anak anda jika mereka tidak minat untuk menggigit kismis.

11. Biskut kering

Biskut crackers mengandungi nutrisi seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak yang baik untuk tubuh.

Berikan air milo tanpa susu atau susu remdah lemak untuk dicicah bersama biskut kering ini.

Kredit info : www.orami.co.id

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like