Bila anda perlu untuk tambah berat badan dan cara..| Faktanya, Malaysia merupakan negara nombor 1 di tangga Asia dengan penduduknya yang ramai mengalami obesiti atau berat badan berlebihan. Hanya sedikit yang mengalami masaalah berat badan yang terlalu rendah sehingga mungkin boleh memudaratkan kesihatan.

Didalam artikel ini, penulis akan lebih fokus kepada mereka yang tidak mempunyai berat badan yang mencukupi.

Gambar berat badan yang ideal. Sumber gambar : Orami.co.id

Kira BMI untuk mengetahui berat ideal anda

BMI (Body Mass Index) ialah cara pengiraan yang digunakan untuk menentukan sama ada berat badan anda normal, kurang yang terlebih.

Jika dilihat pada rajah dibawah, berat badan yang sangat rendah mempunyai BMI kurang daripada 18.5. Manakala berat badan yang berlebih mempunyai index melebihi 30.

Cara pengiraan BMI ditentukan melalui usia, berat badan dan tinggi badan anda. Lihat pada kalkulator dilaman ini untuk mengira BMI anda. www.calculator.net/bmi-calculator

Bila dan cara tambah berat badan
Sumber foto : cdc.gov

Cara tambah berat badan dengan cepat dan sihat

Menambahkan berat badan bukanlah sesuatu yang dijangka semudah ABC. Jika anda pernah mengalaminya, pastilah anda tahu keperitannya untuk menambahkan berat badan.

Tambahan pula, kesan menambah berat badan yang tidak dibuat dengan betul mungkin akan memberikan risiko kesihatan yang lain.

Berikut ialah beberapa cara yang sihat untuk anda menambah berat badan :

Dapatkan nasihat doktor jika kondisi berat ini menjadi terlalu lama.

1. Makan dengan lebih kerap daripada biasa

Berat badan yang terlalu rendah mungkin menyebabkan anda mudah merasa kenyang.

Tambahkan kekerapan waktu makan anda iaitu antara 5-6 kali sehari.

2. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien

Antara diet yang boleh dijadikan santapan dan pilihan anda ialah :

  • Roti dengan bijirin penuh
  • Pasta dan bijirin
  • Sumber protein tanpa lemak seperti ayam dan daging
  • Kekacang
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
3. Smoothies dan shake

Smoothies dan shake adalah lebih baik berbanding anda mengambil soda berkarbonat, kopi dan minuman lain dengan berkafein dan sebagainya.

Untuk lebih baik, hasilkan sendiri resepi smoothies anda yang dicampurkan dengan susu, buah segar dan biji rami.

4. Waktu minum yang perlu dijaga

Untuk minuman yang berkalori, mungkin lebih baik jika anda mengambil minuman anda 30 minit selepas makan.

Cara ini mungkin berkesan untuk menambahkan berat badan.

Perlu juga dipastikan badan anda tidak air dengan mengambil air masak setiap hari.

5. Sentiasa mengunyah

Mengunyah merupakan satu hobi dan terapi bagi sesetangh orang.

Antara bahan yang anda boleh gunakan untuk sentiasa mengunyah ialah :

  • Snek yang sihat dan kekacang
  • mentega kacang
  • keju
  • buah-buahan kering
  • kekacang
  • Sandwich
  • Jeli (pencuci mulut)
  • sayur-sayuran yang dicampur dengan beries, mayo cheese dan hirisan daging.
6. Gula dan garam yang perlu sentiasa dijaga

Walapun anda mempunyai berat badan yang rendah, sangat penting untuk anda memastikan anda tidak mengambil garam dan gula yang berlebihan.

Sekali sekala jika anda mengambil aiskrim dan pai adalah OK. Tetapi yang paling baik, seimbangkan makanan harian anda dengan nutrisi yang betul selain kalori tambahan dalam diet harian anda.

7. Bersenam

Siapa cakap orang kurus tidak perlu bersenam?

Tahukah anda senaman juga boleh membantu menambahkan selera makan anda.

Senaman, terutamanya latihan kekuatan, boleh membantu menambahkan berat badan dengan membina otot badan yang lebih baik.

Baca juga :

Sumber info : mayoclinic.org, hellosehat.com, Bila dan cara tambah berat badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like