Tips kurus artis Zulin aziz | Zulin Aziz merupakan seorang pelakon dan pengacara yang terkenal di Malaysia. Beliau yang sebelum terkenal dengan penampilan nya yang sedikit gempal telah mengejutkan netizen Malaysia dengan penampilan baru yang kurus dan menawan.
Pernah satu ketika Zulin Aziz dikhabarkan putus hubungan dengan bakal suaminya, bagaimanapon telah move on daripada memori hitam tersebut. Zulin Aziz tekad untuk menguruskan badan dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12KG dalam masa dua bulan.

Zulin Aziz sebelum dan selepas menurunkan berat badan
Tips kurus daripada Zulin Aziz
- Kurangkan gula dalam setiap pemakanan yang diambil
Sekian lamanya, kita telah dididik dengan masaalah lemak yang boleh menyebabkan kegemukan. Tetapi sebenarnya anda sudah silap. Tidak semua lemak itu sama. Sesetengah lemak boleh menyebabkan penambahan pada kolestrol jahat dalam badan, ada lemak yang tidak memberi apa-apa kesan pada badan. Dan terdapat juga lemak yang memberi kesan baik pada kita.
Dr. Robert H. Lustig, iaitu seorang pakar endokrinologis terkenal dunia berkata “Ini bukan isu obesiti, ini isu diabetes, pengambilan gula yang berlebih sebenarnya menjadi punca pembunuhan dan masaalah kesihatan, dan ia tidak akan dapat diselesaikan selagi pengambilan gula tidak dikawal”
Zulin Aziz yang berkongsi perkara utama yang diajar dan ditekankan oleh jurulatihnya iaitu pengambilan gula. Ini kerana, gulalah yang menjadi punca utama seseorang mengalami masalah berat badan.
Katanya “Memang tidak ambil gula langsung, Kena biasakan diri. Ketika awal-awal diet memang saya disiplin bab gula ni. Namun selepas berjaya menurutkan berat badan pada satu fasa, jurulatih bagi ambil sedikit. Bila dah terbiasa tidak ambil gula, jadi tak rasa pun nak makan gula.”
2. Pentingnya diet yang dipantau oleh jurulatih
Artis Zulin Aziz memilih untuk bersiet yang dipantau dan dijaga oleh seorang jurulatih. Bagi yang mampu untuk mengambil jurulatih, anda digalakkan untuk mengambil jurulatih kecergasan. Ini kerana, dengan kehadiran jurulatih anda, anda akan lebih tegas dan berdisiplin dalam berdiet.
Menurut beliau, dengan adanya jurulatih tidak semestinya anda akan sentiasa dalam keadaan tegang,. Jurulatih pasti akan memberikan anda ‘cheat day’ membolehkan anda untuk makan apa sahaja. Tetapi kebiasaannya, apabila anda sudah terbiasa dengan disiplin diet, anda tidak akan rasa lagi untuk makan yang berlebihan.
Rujukan : vanillakismis, iluminasi
Baca juga :