Cara kempiskan perut buncit..| Kita semua mengimpikan perut yang rata dan kecil. Betul tak? Tapi dia ibarat angan-angan mat jenin. Saban hari, saban tahun perut hanya makin membulat dan membesar.

Perut buncit meme
Meme perut buncit. Sumber : Meme.com

Punca terjadinya perut buncit

Kebanyakan orang-orang yang nak kurus lebih fokus untuk membuang lemak yang ada pada perut mereka. Sebab bahagian perut yang rata dan berotot membuatkan tubuh badan korang nampak lebih sihat dan menarik.

Apa itu perut buncit?

Perut buncit ialah perut yang mengandungi lebihan lemak yang banyak menempel dibahagian tersebut. Secara umumnya, terdapat 3 jenis lemak yang ada dalam tubuh manusia :

  1. Lemak trigliserida : iaitu lemak yang beredar di dalam darah.
  2. Lemak subkutan : iaitu lapisan lemak yang menempel dibawah lapisan kulit.
  3. Lemak viseral : lemak pada bahagian otot perut.

Kesimpulannya, lemak yang terbentuk pada bahagian perut dipanggil lemak viseral. Lemak ini terbentuk dan membesar jika tidak ditukar menjadi tenaga. Ia juga boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan tubuh.

Cara cek jika perut buncit atau tidak

Cara nak cek kalau perut korang ada buncit atau tidak senang sahaja. Hanya buat dirumah dengan menggunakan pita ukur.

Ambil pita pengukur dan balut pada bahagian perut korang betul-betul di bahagian atas tulang pinggul. Pastikan lilitan pita pengukur tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Kemudian ambil bacaan pada pita ukur.

Bagi wanita, ukuran 35 inci atau lebih menunjukkan jumlah lemak perut yang tidak sihat. Manakala bagi lelaki, ukuran 40 inci atau lebih menunjukkan ukuran yang tidak sihat. – sumber : atkin.com

Jika korang mendapat bacaan yang kurang daripada 35/40 inci, ini bermaksud perut korang dalam keadaan yang sihat dan rata lah kan?

Ukuran perut yang buncit
So apa lagi. Jom cari pita ukur.

Cara terbaik untuk menghilangkan perut buncit

Cara yang paling baik untuk menghilangkan lemak perut ialah dengan melakukan 3 faktor utama iaitu, senaman, diet dan tidur.

  • Kerap bersenaman adalah salah satu cara terbaik untuk menghilangkan lemak perut. Cuba target supaya dapat melakukan senaman aerobik contohnya setengah jam sehari. Dan lakukan 4 kali dalam masa seminggu.
  • Diet pemakanan yang sihat dapat membantu mengurangkan pembentukan lemak di perut. Lebihkan diet pemakanan yang rendah dengan karbohidrat seperti ayam, ikan dah daging. Seterusnya perbanyakkan pengambilan sayuran dan buahan yang berwarna-warni. Pengambilan air yang mencukupi untuk tubuh badan juga sangatt penting ya!
  • Tidur yang mencukupi sangat-sangat penting bukan sahaja untuk perut korang tetapi untuk keseluruhan kesihatan tubuh badan. Terdapat kajian yang menunjukkan orang yang mendapat tidur 6-7 jam sehari lebih cenderung untuk mendapat lemak visceral yang rendah.

Baca juga :

sumber info : atkin.com, Cara kempiskan perut buncit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like