Kenapa ujian Allah kepada manusia itu berbeza-beza.. | Ada orang diuji Allah dengan jodoh yang lambat, ada yang diuji dengan anak yang lambat. Ada pula yang diberi kemiskinan dan ada pula yang diuji dengan kekayaan. Tetapi pernah kita terfikir mengapa setiap manusia itu diuji dengan ujian yang berbeza-beza?
Dalam hidup ini, kita sentiasa tertanya-tanya. kenapa hidup kita susah tidak senang macam orang lain. Kenapa hidup orang lain sentiasa bahagia sedangkan hidup kita sentiasa dalam kesedihan.
Kadang-kadang bila kita terlalu fokus tentang kesedihan yang berlaku dalam hidup ini, ujian itu datang bertimpa-tanpa tanpa henti. Tetapi tahukah sebenarnya semua musibah yang Allllah sudah aturkan didalam hidup kita ini cuma ada satu jawapan. Iaitu kerana Allah masih menyayangi diri kita.
Sabar dan solat sebagai penolong
“Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu. Dan ssesungguhnya itu adalah sesuatu yang berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”
Surah al-baqarah : 45
Didalam alquran, Allah telah mengajar kita untuk sentiasa bersabar dan menunaikan solat jika kita dalam keadaan susah, sedih dan kecewa.
Ada satu kisah tentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Pada suatu hari, Nabi datang disatu kawasan berkhemah. Bila Nabi masuk khemah pertama, beliau telah dihalau oleh penghuni khemah. Masuk pulak ke khemah kedua, pun nabi dihalau. Tanpa berputus asa, Nabi masuk beberapa khemah tetapi masih tidak diterima oleh penghuni khemah.
Sehingga Nabi sampai disatu khemah ini yang boleh menerima Nabi. Ketika itu, Nabi SAW sangat gembira, bukan kerana beliau mahu orang ramai menerima diri nya, tetapi niat kerana Allah, mahu orang tersebut bersama-sama dapat masuk syurga, dapat kenal Allah dan dapat kenal Islam.
Tetapi kegembiaraan Nabi terhenti apabila datang ketua tempat tersebut. Lalu menghalau Nabi. Mereka turut mencedarakan unta tunggakan Nabi, membaling pasiir kepada Nabi dan beliau ditarik baju sehingga jatuh dan terkoyak baju nya.
Tetapi alangkah mulianya hati Nabi SAW. Beliau tidak sedikit pun marah mahupun berdendam. Nabi SAW menjadikan kesusahan dan ujian yang dihadapi untuk terus mendekatkan diri kepada Allah.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah
Punca kemusnahan hidup seseorang ialah apabila dia mula bersangka buruk kepada orang sekeliling dia.
Orang yang tidak sabar dalam menghadapi ujian, mereka akan sentiasa menyalahkan orang lain dengan musibah yang berlaku. Mereka akan bersangka buruk pada mak ayah sendiri atau pada saudara mara mereka sendiri. Puncak kemusnahan seseorang ialah apabila dia mula bersangka buruk dengan Allah dan ketetapannya.
Allah menciptakan manusia dengan kemampuan yang berbeza-beza
Setiap manusia itu berbeza-beza kemampuan nya. Kemampuan dari segi fizikal, dari segi kawalan emosi dan hatinya. Hanya Allah SWT yang tahu tahap kemampuuan seseorang.
Sebab itu Allah menguji setiap insan itu berbeza-beza.
Ada orang diuji kehilangan kucing peliharaan pun dah menangis dengan teruk. Padahal bila kita lihat ujian dia,
“Alaaa.. Sebab kucing je pun. Apa susah… Beli jela yang baru kan?”
Tetapi bagi orang tersebut, kehilangan kucing tersebut terasa sangat berat. Olelh itu, ujian Allah yang mendatang adalah mengikut kemampuan seseorang. Allah SWT lebih tahu apa yang berat untuk kita lalui dan apa yang berat untuk kita tempuhi.
Maka sentiasalah bersyukur dengan apa jua yang Allah datangkan sama ada yang bahagia atau ujian. Amalkan mengucap “Alhamdulillah alaa kulli Hall” yang bermaksud TERIMA KASIH ALLAH ATAS SEGALA-GALANYA.
Baca juga :
- Cara beza musibah itu ujian atau hukuman dari Allah
- 3 cara bersyukur kepada Allah melalui hati, lidah dan perbuatan
- Ujian adalah tanda ingatan Allah kepada manusia – U. Wadi Annuar
Sumber info : petikan daripada ceramah Ustad Ebit Liew https://youtu.be/So_clR8qoEI, Kenapa ujian Allah kepada manusia berbeza-beza