Kisah teladan hikmah syukur ketika diuji : Kisah dan teladan berikut telah dikongsikan oleh seorang hamba Allah dan dishare dari group whatsapp. Perkongsian daripada cerita ini telah memberi impak yang besar dalam hidup cikna. Semoga ia memberi manfaat dalam hidup saudara dan saudari pembaca.

Kisah teladan hikmah syukur ketika diuji
Kisah teladan ini berkisar tentang kehidupan seekor burung sakit yang tinggal dipadang pasir yang gersang tanpa makan, minum dan teduhan yang baik.
Pada suatu hari, sedang siburung meratapi hidupnya yang serba kekurangan, dia melihat seekor burung merpati melintasi dihadapannya. Burung merpati itu kelihatan sangat cantik dan ceria. Lalu dia menegur burung merpati seraya berkata :
“Kemana arah tujumu wahai si cantik?”
Burung Merpati itu pun menjawab,
“Aku sedang menuju ke Syurga.”
Maka Burung yang Sakit itu berkata lagi,
“Bolehkah engkau tolong aku carikan, bilakah penderitaanku ini akan berakhir?”
Burung Merpati melihat keadaan si burung sakit dengan belas kasihan lalu membalas,
“Tentu sahaja, aku akan carikan dan khabarkan semula kepada kamu.”
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Burung yang Sakit, Burung Merpati melanjutkan perjalanannya ke Syurga dan bertanyakan pesan Burung yang Sakit itu kepada Malaikat di Pintu Syurga.
Lalu malaikut itu pun menjawap :
“Burung yang sakit itu akan menderita selama tujuh tahun ke depan. Sehingga berakhirnya penderitaan itu, burung sakit tidak akan dapat merasa kebahagian hidup.”
Burung Merpati menjawap,
“Jika Burung sakit mendengar berita ini, dia pasti akan sedih dan berkecil hati. Wahai sang malaikat, tiadakah cara lain untuk mengubati penyakitnya itu?”
Jawab Malaikat,
“Tiada. Tetapi ajarkanlah kepadanya untuk selalu mengamalkan doa ini:
” Alhamdulillah Ala Kulli Haal “
(Terima kasih Allah atas segalanya)”
Selepas selesai urusan si Burung Merpati di syurga, Burung Merpati telah melalui jalan yang sama untuk menemui sahabat barunya si burung yang sedang sakit. Lalu dia menyampai seperti apa yang dipesan oleh sang Malaikat.
Selepas tujuh hari, burung yang sakit menjadi burung yang cantik dan bahagia
Selepas tujuh hari, burung merpati terbang semula melalui jalan yang sama ketik ia bertemu si burung sakit. Tetapi alangkah terkejutnya burung merpati melihat keadaan sahabatnya yang dulu sakit teruk kini sangat senang, dengan bulu yang cantik tumbuh mekar. Kawasan sekeliling tempat tinggal si burung sakit juga kelihatan indah dengan tumbuhan yang mekar dan sumber air dari kolam yang jernih.
Sedang asyik melihat burung sakit menyanyi dan menari dengan riangnya, burung merpati teringat akan kata-kata sang malaikat. Bahawa si burung sakit akan tetap menderita selama 7 tahun kehadapanya.
Melihatkan keajaiban yang berlaku didepan matanya, burung merpati terbang semula menemui sang malaikat. Lalu bertanya perihal keadaan si burung sakit yang baru dilihatnya sebentar tadi.
Lalu Malaikat pun menjawab,
“Ya memang benar tidak ada kebahagiaan untuk Burung yang Sakit itu selama tujuh tahun, tetapi kerana Burung yang Sakit itu selalu mengucapkan:
” ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAAL ” dalam setiap situasi maka dengan izin Allah hidupnya berubah.
Ketika Burung yang Sakit itu jatuh di atas pasir panas dia berkata, ” ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAAL ”
Ketika tidak boleh terbang dia berkata: ” ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAAL ”
Ketika dia merasa haus tetapi tidak menjumpai sumber air, dia berkata, ” ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAAL ”
Apapun situasinya, Burung yang Sakit itu terus mengulangi: ” ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAAL ” dan kerana itu Allah telah menghapuskan 7 tahun penderitaan menjadi 7 hari sahaja.
Alhamdulillah alaa kulli haal
Daripada kisah ini, dapat kita ringkaskan tentang berkuasanya rasa syukur itu tidak kira dalam apa jua keadaan yang menimpa. Samaada ianya yang susah mahupun nikmat yang indah.
“Ketika saya mendengar cerita ini, saya merasakan perubahan besar dalam cara saya merasa, berfikir, menerima dan melihat kehidupan. Saya mengadopsi Kalimat ini dalam hidup saya. Apapun situasi yang saya hadapi, saya mula mengucapkan, ” Alhamdulillah alaa kulli haal – terima kasih Allah atas segalanya”
Pembaca turut membaca :
- 3 cara bersyukur kepada Allah melalui hati, lidah dan perbuatan
- Himpunan syukur quotes untuk dijadikan pembakar semangat
- Besarkan Kesyukuran daripada Ustazah Asma Harun
Rujukan lain : https://www.wikihow.com/Become-More-Grateful-to-Allah