Kisah burung dalam al Quran : Didalam al Quran terdapat banyak kisah penciptaan Allah terhadap sesuatu makhluk untuk mendidik dan memberi hikmah pengajaran kepada manusia. Salah satunya ialah Burung.

kapal terbang burung terbang
sumber : iluminasi.com

Didalam al-Quran, terdapat 4 jenis burung yang Allah ceritakan kisahnya didalam kitab. 4 burung ini Allah ciptakan dengan tugasnya yang tersendiri sama ada untuk membantu manusia atau tugas alaminya kepada alam semulajadi. Mereka itu ialah burung hud-hud, burung gagak, burung salwa dan burung Ababil.

1. Allah memperlihatkan burung sebagai tanda kebesarannya

Burung merupakan ciptaan Allah yang unik dan indah. Didalam al Quran surah An-Nahl [16] ayat 79 yang bermaksud :

"Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman."

Dalam firman lainnya, Allah menyebut :

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu." Surah Al-Mulk [67] : 19
burung terbang
sumber : etsworld.id

Ciri-ciri burung boleh diperlihatkan dengan bulu pelepah yang meliputi badannya, paruh yang tidak bergigi, mempunyai kepak dan mempunyai sisik pada kakinya.

Burung merupakan haiwan yang berdarah panas dan bertelur untuk membiak. Walaupun kebanyakan burung itu boleh terbang bebas, terdapat juga spesis burung yang tidak boleh terbang seperti burung unta, puyuh dan sebagainya.

2. Kisah burung yang dihidupkan kembali dizaman Nabi Ibrahim AS
bukit
sumber : pokokkelapa.wordpress.com

Allah jualah yang berkuasa untuk menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim merupakan seorang Nabi dan Rasul yang diangkat oleh Allah kerana keimanan dan perjuangannya dalam menegakkan agama islam.

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim telah berbicara dengan tuhannya. Beliau telah membuat permintaan kepada penciptanya untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan semuala makhluk yang sudah mati. Didalam surah Al Baqarah ayat 260, Allah telah menzahirkan kekuasaannya dengan menyatukan semula burung yang dibahagikan kepada 4.

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Didalam ayat ini, Allah tidak menceritakan jenis burung apa yang diambil oleh Nabi Ibrahim. Tetapi ia jelas menunjukkan kekuasaan dan kemampuan yang Maha Esa untuk melakukan sesuatu yang hambanya tidak akan mampu lakukan.

3. Kisah mimpi burung yang ditafsir oleh Nabi Yusuf

Nabi Yusuf merupakan seorang yang bijak pandai dalam bidangnya mentafsir mimpi. Kisah ini berlaku ketika Nabi Yusuf telah dipenjarakan bersama 2 orang hamba raja Firaun yang ketika itu dituduh mencuri barangnya.

Didalam surah Yusuf ayat 36 dan 41 ada merekodkan dialog perbualan mereka :

36.~ Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda. Berkatalah salah seorang diantara keduanya: "Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku memeras anggur". Dan yang lainnya berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku membawa roti di atas kepalaku, sebahagiannya dimakan burung". Berikanlah kepada kami ta'birnya; sesungguhnya kami memandang kamu termasuk orang-orang yang pandai (mena'birkan mimpi).
41.~ Hai kedua penghuni penjara: "Adapun salah seorang diantara kamu berdua, akan memberi minuman tuannya dengan khamar; adapun yang seorang lagi maka ia akan disalib, lalu burung memakan sebagian dari kepalanya. Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya (kepadaku)".
4. Mukjizat Nabi Isa yang boleh menghidupkan burung yang terbuat daripada tanah
Kisah burung dalam Quran
sumber : merdeka.com

Salah satu mukjizat yang Allah kurniakan kepada Nabi Isa ialah boleh menghidupkan burung yang terbuat dari tanah liat. Kisah burung ini berlaku ketika mana Nabi Isa mahu memperlihatkan kebesaran Allah kepada kaumnya. Lalu beliau meminta dua orang budak untuk membuat patung dari tanah liat yang menyerupai burung. Kemudian Allah memasukkan roh padanya untuk menghidupkan burung itu.

Surah Ali Imran ayat 49 yang bermaksud :
"Dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israil (yang berkata kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah; dan aku kabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman"
Surah Al-Ma'idah [5] ayat 110 yang bermaksud :
(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan ijin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir diantara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata".
5. Kisah burung Hud-hud dalam al-Quran pada zaman Nabi Sulaiman

Nabi Sulaiman terkenal dengan mukjizatnya yang boleh berbicara dengan haiwan. Burung hud-hud merupakan salah satu binatang yang berkerja didalam pasukannya.

Dikisahkan pada suatu hari, Nabi Sulaiman membuat perhimpunan dengan pasukannya tetapi beliau tidak dapat melihat keberadaan burung hud-hud. lalu dia berkata :

Surah An-Naml [27] ayat 20 :
"Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir."
Kisah burung dalam Quran  burung hud-hud -
sumber : duniamaklumat.com

Burung hud-hud juga merupakan burung yang memberi khabar tentang keberadaan sebuah negeri yang menyembah matahari sebagai tuhannnya, iaitu Negeri ratu Balqis. Dan burung hud-hud jualah yang menjadi perutusan dan wakil Nabi Sulaiman untuk menghantar surat kenegeri itu.

Baca kisah lengkap Nabi Sulaiman disini : Kisah Nabi Sulaiman : Manusia, jin, burung adalah pasukannya

6. Kisah burung Ababil yang menghancurkan tentera bergajah

Kisah tentera bergajah ketika itu telah dipimpin oleh Abrahah, seorang Gabenor Yaman yang berasal dari Habsyah. Dia telah membuat perancangan untuk meruntuhkan Kaabah dengan membawa segerombolan tentera bergajah. Sehingga Allah SWT menghantar tenteranya berupa burung Ababil dengan membawa batu daripada neraka untuk mengalahkan tentera itu.

tentera bergajah
sumber : ridwansoleh.com

Allah merakamkan kisah ini dalam surah Al Fiil ayat 1-6 yang bermaksud :

1.~ Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? 
2.~ Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? 
3.~ Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasukan-pasukan, 
4.~ Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras. 
5.~ Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.”
7. Kisah burung Salwa yang Allah kurniakan kepada Bani israil sebagai sumber makanan
Kisah burung dalam Quran
sumber : kurio.id

Burung Salwa juga dikenali sebagai burung puyuh. Allah menyebutkan tentang burung ini didalam al-Quran sebanyak 4 kali diiringi dengan makanan manna yang bermaksud makanan yang manis seperti madu.

Kedua makanan ini adalah nikmat yang Allah kurniakan kepada umat Nabi Musa iaitu Bani Israil.

Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 57 yang bermaksud :

"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri."
8. Kisah burung gagak yang pertama mengajar manusia cara menguburkan mayat

Kisah ini berkisar pada zaman anak-anak Nabi Adam AS iaitu Qabil dan Habil. Bermula apabila Qabil yang mempunyai sifat cemburu kepada Habil tanpa sengaja telah membunuh saudaranya itu. Peristiwa ini merupakan titik pertama sejarah jenayah yang dilakukan oleh manusia.

Ketika itu, Qabil hanya melihat sekujur tubuh saudaranya. Lalu Allah mengirimkan burung gagak untuk mengajarkan cara untuk menguruskan mayat yang sudah meninggal yang dipraktikkan oleh umat islam hingga sekarang.

Allah merakamkan peristiwa ini di dalam surah Al Maidah ayat 31 yang bermaksud :

“Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: “Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?”. Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.”

Baca juga :

  1. Kisah lebah dalam al Quran dan pengajarannya.
  2. Kisah anjing ashabul kahfi dalam al quran
  3. Tahukah anda haiwan mana yang disebut dalam al quran?
  4. Senarai Kisah 25 Nabi pilihan Allah

sumber : alquranalhadi.com, surah.my, fb/SRITI, jatimtimes.com, ikimfm.com, wikipedia.com, Kisah burung dalam Quran |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like