Kisah anjing ashabul kahfi telah Allah abadikan di dalam al quran surah al-Khafi ayat 9-26. Kisah ini berkisarkan tentang seekor anjing yang bernama Qithmir yang menemui 7 orang pemuda sedang bersembunyi didalam sebuah gua.

Manakala Ashabul Kahfi bermaksud kisah penghuni gua yang sedang bersembunyi tetapi sudah tertidur sehingga beratus tahun lamanya.

Isi kandungan :


1. Kisah Ashabul Kahfi yang terselamat daripada pemerintah yang zalim

Kisah ini berlaku disebuah negeri selepas beberapa tahun zaman pemerintahan Nabi Isa AS. Ketika itu negeri tersebut telah dipimpin oleh seorang raja yang baik dan alim. Penduduk-penduduknya pun sangat taat kepada ajaran Allah.

Sehingga suatu hari, negeri tersebut telah diserang oleh pasukan yang diketuai oleh Decius, iaitu raja yang berasal daripada Romania. Selepas memenangi peperangan, Decius lalu menguasai negeri itu dengan caranya sendiri. Decius merupakan seorang yang sangat zalim dan penyembah berhala. Dia sangat membenci kepada umat islam pada ketika itu.

Kisah anjing ashabul kahfi
sumber : bharian.com.my

Penduduk dipaksa untuk mengikuti ajarannya dan meninggalkan ajaran islam. Jika ada yang tidak mahu menurut kemahuannya, lalu hukuman bunuhlah yang akan mereka dapat.

Disuatu penempatan dinegeri itu, terdapat pemuda-pemuda yang sangat kuat imannya. Mereka merupakan orang yang tidak mahu menurut perintah raja yang zalim itu. Mereka juga tahu jika mereka melawan pasti mereka akan dibunuh. Demi menjaga keimanan, mereka telah melarikan diri dari kota.

2. Anjing yang mengikuti pemuda melarikan diri
Kisah anjing ashabul kahfi
Gambar sekadar hiasan. sumber : google image

Berita tentang percubaan pemuda beriman melarikn diri sampailah kepada raja Decius. Lalu dia mengarahkan tenteranya untuk mengejar dan membunuh mereka.

Dalam perjalanan mereka hendak melarikan, muncul seekor anjing sedang asyik mengikuti mereka. Anjing tersebut telah mengikuti mereka sehingga mereka menemui sebuah gua yang sesuai untuk bersembunyi.

Pemuda-pemuda tersebut menjadi khuatir dengan kehadiran anjing. Mereka takut jika anjing tersebut akan membuat bising dan memecahkan tempat persembunyian mereka.

Tetapi sangkaan mereka meleset sama sekali. Anjing itu tidak sekali pun membuat bising malah ia menjaga pintu gua tersebut daripada musuh. Begitulah salah satu cara Allah memelihara keselamatan pemuda yang beriman.

Allah ada menyebut tentang keberadaan anjing ini bersama pemuda-pemuda tersebut didalam surah kahfi ayat 22.

3. Pemuda Ashabul kahfi tertidur sehingga 309 tahun lamanya

Selepas mereka bersama anjingnya sampai ke suatu gua, sejurus seketika, mereka tertidur kerana kepenatan. Tetapi dengan kuasa Allah, tertidurlah mereka sehingga 309 tahun lamanya.

gua
Gambar sekadar hiasan. Sumber : mstar.com.my

Didalam ayat 18 surah kahfi, Allah menceritakan bagaimana Ia memelihara tubuh badan pemuda dan anjing tersebut walaupun sudah tertidur selama beratus-ratus tahun.

Allah telah membalikkan-balikkan tubuh mereka kekiri dan kekanan supaya tubuh mereka tidak dimakan usia. Selain itu, kedua kaki anjing telah menjulurkan kakinya dihadapan pintu gua menyebabkan sesiapa sahaja yang melihat gua itu akan merasa gerun.

Begitulah Allah telah menyelamatkan orang yang beriman ini daripada musuhnya.

4. Bangkit daripada tidur kerana berasa lapar

Sehingga suatu hari Allah telah membangkitkan salah seorang daripada pemuda tersebut kerana berasa lapar yang amat sangat. Lalu beliau mengejut teman-temannya yang lain.

Salah seorang dari mereka telah ditugaskan untuk membeli makanan yang baik-baik dari kota. Sedang pemuda itu menuju ke kawasan kota, beliau berasa sangat hairan kerana keadaan sekelilingnya telah banyak berubah. Ia seperti kota yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Tibalah ia disebuh gerai untuk membeli roti. Lalu dihulurkan wangnya kepada penjual. Namun, penjual tersebut berasa pelik kerana wang yang diberikan pemuda asing itu adalah wang daripada zaman 300 tahun dahulu.

Selepas bercerita dengan penjual tersebut sedar lah pemuda beriman itu tentang keadaan mereka yang sudah tertidur beratus tahun lamannya.

Untuk mengelakkan daripada orang ramai terkejut dengan keberadaan mereka, pemuda-pemuda itu semuanya memohon kepada Allah supaya dimatikan kerana orang-orang yang pada zaman asalnya semua pun sudah meninggal dunia.

Lalu Allah memperkenankan doa mereka.

5. Allah berfirman didalam al Quran surah al-Kahfi ayat 9-26 yang bermaksud :
9.~Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
10.~(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".
11.~Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.
12.~Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).
13.~Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
14.~Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
15.~(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
16.~Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
17.~Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
18.~Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
19.~Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
20.~"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya".
21.~Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka".
22.~(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).
23.~Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
24.~Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
25.~Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
26.~Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.

Baca juga :

Sumber : wikipedia, tribunnews.com, akumuslim.asia, surah.my, Kisah anjing ashabul kahfi dalam al quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like