Lebah dalam al quran..|Lebah merupakan salah satu binatang yang Allah sebut di dalam kalam-Nya. Ini boleh dilihat pada surah an-Nahl, ayat 68, Allah berfirman yang berbunyi begini:
Didalam surah an-Nahl, Allah telah menceritakan tentang kisah lebah. Lebah merupakan makhluk Allah yang akan memberi banyak manfaat kepada manusia dan juga alam walaupon saiz badannya kecil.
Didalam surah an-Nahl, ayat 69 pula, Allah menceritakan tentang manfaat cairan (madu) yang terhasil dari perut lebah. Firman Allah yang berbunyi begini :
Lebah merupakan binatang yang menghasilkan madu. Sudah Allah nyatakan didalam al-quran dimana madu merupakan penawar kepada pelbagai penyakit. Malah, rasanya yang yang sedap dan manis memudahkan kita untuk memakan madu. Antara khasiat madu adalah meningkatkan sel darah merah, melembapkan kulit dan menjadi penawar kepada masalah batuk.
Dizaman serba moden ini, madu turut dijadikan bahan dalam produk-produk kecantikan. Hal ini kerana, madu terbukti terkandung dengan pelbagai vitamin dan khasiat untuk kegunaan luaran dan dalaman manusia.
Makhluk Allah yang rajin dan bersungguhan
Allah SWT menciptakan lebah sebagai makhluk yang kecil, namun semangat dan kesungguhan ia bekerja cukuplah hebat. Seekor lebah mampu melawat sekurang-kurangnya 50,100 kuntum bunga dalam masa sehari. Jika dikira pada kumpulan lebah dari sarang yang sama, mereka boleh melawat sehingga 22,500 kuntum bunga hanya dalam masa sehari.
Bayangkanlah bagaimana lebah bekerja. Kesungguhan mereka berkerja tiada tandingan dan mereka bergerak semua atas aturan Allah. Didalam satu paun madu, lebah-lebah ini perlu mencari 2 juta kuntum bunga. SubhanAllah, lebah sememangnya ciptaan Allah yang hebat.
Pernahkah anda terfikir bagaimana sekumpulan lebah mampu membina sarangnya menjadi bentuk heksagon? Ia sangat menarik dan mengagumkan. Lebah juga dikatakan hanya tidur sekejap untuk merehatkan diri. Tetapi lebah lebih suka bekerja dan boleh mengakibatkan kematian kerana terlampau letih.
Manusia perlulah mengambil iktibar daripada kisah lebah ciptaan Allah yang setia, berdisiplan dan rela berkorban. Sepertimana madu yang dihasilkan oleh lebah sangat bermanfaat kepada manusia. Begitulah juga diri kita hendaklah sentiasa memberi manfaat sesama insan lain.
Kita disarankan menjadi insan yang baik dan tidak pernah menyakiti orang lain. Sepertimana lebah yang tidak pernah merosakkan apa-apa pun walaupun sekadar ranting pokok. Lebah merupakan binatang yang sopan dan penuh kesantunan dalam melayani apa sahaja yang ada di sekitarnya.
Setiap sesuatu yang difirmankan Allah SWT dalam al-Quran adalah petunjuk kepada manusia untuk dijadikan panduan dan iktibar.
Terdapat pepatah mengatakan, ‘Pandanglah dengan pandangan mata lebah yang melihat kebaikan di matanya bukan seperti mata lalat yang hanya mencari kekotoran sahaja’. Ungkapan ini tepat kerana lebah hanya mencari bunga yang indah sahaja untuk menghasilkan madu.
Sesungguhnya Allah SWT tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia. Justeru, marilah kita jadikan pedoman daripada sifat yang ada pada lebah sebagai inspirasi untuk menjadi manusia yang lebih baik hari ini berbanding semalam.
Lebah dalam al quran..|
Repost : Ia telah wujud sejak jutaan tahun
Baca juga :