Motivasi

Kisah Nabi Yahya : Kelahirannya sendiri menjadi tanda mukjizat

Kisah Nabi Yahya : merupakan anak kepada Nabi Zakaria AS. Kelahirannya menjadi titik mukjizat kerana lahirnya daripada ibu yang sudah mandul manakala ayahnya sudah terlalu tua. Ketika Nabi Yahya dilahirkan, umur ayahnya mencapai 90 tahun.

Isi kandungan : –


1. Biodata Nabi Yahya
al-quran

Nabi Yahya AS bin Nabi Zakaria AS merupakan garis keturunan daripada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman sehinggalah kepada Nabi Ibrahim AS. Beliau telah diangkat menjadi nabi dan diutuskan untuk membimbing kaum Bani Israil yang ketika itu masih menduduki palestin.

Didalam al-Quran Allah telah menyebut nama beliau sebanyak 5 kali. Beliau telah wafat pada usia yang sangat muda iaitu 32 tahun. Dan dimakamkan di Damaskus, Syria.

Nabi Yahya merupakan orang yang menjadi penerus kepada dakwah ayahnya sendiri, Nabi Zakaria.

2. Sifat terbaik yang dimilik oleh Nabi Yahya

Kisah Nabi Yahya tidak banyak yang Allah ceritakan didalam al-Quran kecuali sifat-sifat yang baik yang ada pada dirinya.

Nabi Yahya telah diberi hikmah dan ilmu semasa beliau masih kanak-kanak lagi. Sejak kecil lagi beliau sudah menghafal dan memahami isi yang terkandung didalam kitab Taurat. Beliau dicirikan dengan kesihatan badan yang sedikit merosot, kurus, wajah yang pucat serta mata yang cengkung kerana terlalu tekun beribadah dan belajar.

Sehingga beliau dewasa, Nabi Yahya dikenali oleh kaumnya sebagai seorang alim yang telah menguasai perihal agama yang berlandaskan kitab Taurat yang dihafalnya. Sehingga ia dijadikn tempat dirujuk soal hukum-hukum agama.

Nabi Yahya juga dikenali sebagai seorang putera yang berbakti kepada kedua orang tuanya. Beliau tidak pernah sombong dan derhaka kepada ibu bapanya. Beliau memiliki keberanian dalam membuat sesuatu keputusan, tidak takut dihina dan tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran.

Beliau juga seorang yang lembut dan pengasih. Beliau sentiasa mengajak para pendosa supaya sentiasa bertaubat dari dosa mereka.

Surah Maryam ayat 12-15
12.~ "Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
13.~ dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.
14.~ Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.
15.~ Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).
3. Kisah Nabi Yahya menentang pemimpin yang mahu menikahi anak saudaranya sendiri

Kisah ini bermula apabila seorang penguasa Palestin yang Hirodus ingin mengahwini anak saudaranya sendiri yang bernama Hirodia. Hirodia disifatkan seorang wanita yang sangat cantil, tinggi dan mempunyai bentuk badan yang ramping.

Perkara itu dipersetujui oleh tuan badan, ibu bapa serta keluarga wanita tersebut. Namun, ia mendapat tentangan daripada Nabi Yahya kerana syariat yang dibawa oleh Nabi Musa melarang seseorang mengahwini saudaranya sendiri. Lalu beliau mengeluarkan fatwa tentang pengharaman tersebut.

Sekejap sahaja, berita tentang fatwa larangan berkahwin sesama saudara tersebar ke seluruh kota. Herodia, iaitu calon isteri Hirodu menjadi sedih kerana dia sudah pun jatuh cinta kepada bapa saudaranya itu. Dia khuatir sekiranya berita itu didengari oleh Herodus lalu membatalkan perkahwinan yang dia idamkan sebelumnya.

4. Kisah kewafatan Nabi Yahya ditangan manusia bernama Herodus

Herodia yang marah dengan berita yang sudah tersebar itu memulai rencana lain supaya perkahwinan itu tetap seteruskan. Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Pada suatu hari, Herodia datang menemui Herodus dengan kecantikan yang lebih dari biasa. Berkata Herodus kepada calon isterinya itu :

"Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat untukmu?. Katakanlah. Aku akan patuhi segala permintaanmu. Kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu."

Herodia menjawab :

"Jika Tuanku berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang satu itu ialah kepalanya Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuanku dan namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku memperkenankan permintaanku ini". 

Selepas mendengar permintaan Herodia, Herodus menjadi terpengaruh dan hilang akal fikirannya yang waras. Demikianlah maka tiada berapa lama kemudian dibawalah kepala Nabi dan diletakkan di hadapan kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati.

Adapun terjadi kejadian itu, tidak lain hanya menambahkan murka daripada Allah keatas dirinya Herodus, Herodia dan seluruh kaum Bani Israil keseluruhannya sehingga sekarang.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai hikmah daripada kematian tragis Nabi Yahya ini. Semuanya berlaku atas izin Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui.

Baca juga :

sumber : wikipedia, detik.com, alquranalhadi.com, mysurah.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like