Kisah Nabi Ilyasa : merupakan tongkat sambungan kepada dakwah Nabi Ilyas. Beliau merupakan anak murid kepada Nabi Ilyas. Pertemuan pertama Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa adalah secara kebetulan menjadi ketetapan Allah.

Nama panjang beliau ialah Nabi Ilyasa bin Akhtub bin Shutlim bin Ifrayim bin Nabi Yusuf bin Nabi Ya’akub bin Nabi Ishaq bin Nabi Ibrahim. Allah telah mengutuskan beliau kepada kaum Bani Israil di Jaubar, Damaskas. Yang ketika masih hidup hayat Nabi Ilyas, beliau menjadi pembantu yang setia.

Hayat Nabi Ilyasa mencapai umur 90 tahun, iaitu daripada 885-975 SM. Beliau telah wafat dan dimakamkan di Palestin. Di dalam al-Quran, Allah telah menyebut nama beliau sebanyak 2 kali.

makan Nabi Ilyasa
Penemuan yang dikatakan makam Nabi Ilyasa. wallahualam. sumber : facebook.com
Titik pertemuan Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa

Nabi Ilyas mula bertemu dengan Nabi Ilyasa ketika beliau sedang mencari persembunyian yang baru. Ketika itu, Nabi Ilyas sedang dikejar oleh kaumnya sendiri iaitu Bani Israil. Kaumnya sangat memarahi Nabi Ilyas kerana menyangka Nabi Ilyaslah punca berlakunya bencana teruk kepada negeri mereka.

Selepas itu, Allah menggerakkan kaki Nabi Ilyas kearah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang perempuan dan seorang lelaki remaja yang terlantar sakit. Maka dimintalah izin kepada perempuan itu untuk beliau bersembunyi.

Remaja yang sedang sakit ketika itu ialah Nabi Ilyasa sendiri. Selepas dizin untuk bersembunyi dirumah tersebut, bertemulah Nabi Ilyas dan Ilyasa. Lalu Nabi Ilyas bersama wanita tersebut menjaga Ilyas yang sedang sakit seraya berdoa memohon Allah mengangkat penyakit Nabi Ilyasa.

Selepas seketika, sihatlah kembali Nabi Ilyasa seperti sedia kala. Nabi Ilyasa selalu mendengar dakwah Nabi Ilyas lantas berguru dengan Nabi Ilyas. Sepanjang bertahun Nabi Ilyas bersembunyi di rumah Nabi Ilyasa, mereka menjadi semakin rapat dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain.

Nabi Ilyasa diangkat menjadi Nabi kerana keimanan dan ketakwaannya

Setelah Nabi Ilyas wafat, kaum bani Israil kembali kepada kelalaian mereka dan sering lupa kepada Allah. Maka sedarlah Nabi Ilyasa bahawa manusia itu ternyata sangat mudah lalai dan tersesat. Maka Nabi Ilyasa pun meneruskan perjuangan Nabi Ilyas dengan berdakwah tanpa rasa jemu dan putus asa.

Di dalam Al-Qur’an surah Al-An’am ayat 86-87, Allah SWT telah berfirman :

86.~ dan Ismail, Alyasa', Yunus dan Luth. Masing-masing Kami lebihkan darjatnya di atas umat (di masanya).
87.~ "(dan Kami lebihkan pula darjat) sebahagian dari nenek moyang mereka, keturunan mereka dan saudara-saudara mereka. Kami telah memilih mereka (menjadi nabi dan rasul) dan mereka Kami beri petunjuk ke jalan yang lurus,".

Manakala didalam surah Shad ayat 4-6, Allah menyatakan tentang kedudukan Nabi Ilyasa yang termasuk dalam golongan orang yang baik-baik :

4.~ "Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa' dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik."
5.~ "Ini adalah kehormatan (bagi mereka)."
6.~ "Dan sungguh, bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) tempat kembali yang terbaik,(yaitu) surga ’Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka."
Kesimpulan :

Tidak banyak kisah Nabi Ilyasa yang Allah ceritakan didalam al-Quran. Tetapi perjuangan dan semangat Nabi Ilyasa dalam membetulkan akidah Bani Israil tetap utuh hingga akhir hayatnya.

Tetapi dikata ketika itu, kaum Bani Israil tetap dengan kedegilan mereka dan tidak mahu menurut kata-kata Nabi Ilyasa. Lalu Allah menurunkan lagi bencana berupa panas yang melampau kepada kaum Bani Israil.

Baca juga :

Sumber : wikipedia, tirto.id, alquranalhadi.com, anakbapak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like