Motivasi

Pengajaran daripada kisah suami yang menceraikan isteri bermulut puaka

Kisah suami isteri..| Seorang lelaki memutuskan untuk bercerai dengan pasangannya yang bermulut ‘puaka’ sering maki hamun beliau dan menjawab apa sahaja yang suaminya cakap. Tidak tahan dengan rumahtangga yang sering berantakan, menjerit siang malam sampai jiran-jiran pun dah faham benar situasi mereka.

kisah suami isteri
sumber : pinterest image

Selepas penceraian, lelaki itu berkahwin lain. Awal-awal perkahwinan mereka bahagia tetapi selepas beberapa tahun, isteri barunya juga menunjukkan sikap yang sama, sering bercakap kasar dan meninggikan suara. Nampaknya beliau berkahwin dengan wanita yang perangainya lebih kurang sama. Tapi kini beliau masih mengambil sikap tunggu dan lihat.

Satu hari lelaki ini pergi ke tempat kenduri, tanpa bawa isterinya yang suka bercakap kasar tak kira tempat. Di tempat kenduri beliau terkejut berjumpa dengan bekas isterinya disamping suami baru. Tapi kelihatan bekas isterinya berbeza berbanding waktu bersama beliau.

Kisah suami isteri

Bekas isterinya kelihatan sangat lemah lembut melayan suami barunya. Isteri yang bangun ambilkan air minuman untuk suaminya. Tutur kata wanita itu sangat lembut sehingga hampir tidak kedengaran. Jauh benar bezanya sewaktu masih menjadi isteri beliau.Apabila wanita tadi meminta izin suaminya untuk ke bilik pengantin perempuan yang sedang bersiap, lelaki ini mengambil kesempatan berborak dengan suami baru bekas isterinya. Ditanya sejak bila bekas isterinya berubah begitu?

Suaminya berkata memang sejak dari kenal isterinya memang begitu, tidak pernah berubah.Lelaki itu terkejut. Katanya dahulu bekas isterinya bukan begitu. Setiap kali dia tinggikan suara, mesti isterinya balas dengan tinggikan suara. Setiap kali dia mengomel komplen pasal rumah, mesti bekas isterinya membalas segala cakap dia. Setiap kali beliau hempas pintu, pasti bekas isterinya akan berkali-kali hempas pintu.

Apabila lelaki tersebut bertanya apakah isterinya buat begitu di rumah, suaminya menjawab tidak pernah sekalipun isterinya meninggikan suara. Lelaki tersebut makin terkejut. Mana mungkin bekas isterinya boleh berubah secepat itu. Dia kenal bekas isterinya yang memang suka menjerit di rumah.

Kisah suami isteri

Suami wanita itu bersuara; “Kita sebagai lelaki yang mencorakkan rumah tangga kita. Kalau kita tengking isteri kita, tidak mustahil ia akan ikut. Kalau kita tunjukkan perangai tidak elok, tidak mustahil dia akan ikut. Tapi kalau kita di rumah menjaga rumahtangga dengan baik, pasti isteri akan ikut. Kalau kita sebagai suami sering lemah lembut dengan isteri, pasti isteri lebih lemah lembut dengan kita. Kalau kita memberikan sepenuhnya kasih sayang pada isteri, pasti isteri akan berikan kasih sayang yang melimpah ruah”.

Bila berlaku pertelingkahan dalam rumah tangga, kita tidak boleh menuding jari kepada pasangan kita sahaja. Kita lihat juga apa yang kita buat. Lelaki sebagai pemimpin rumah tangga, kita yang bawa ke mana rumah tangga kita belayar. Elok kita kemudi, eloklah perginya. Ke laut bergelora kita bawa, maka bergeloralah rumah tangga kita.Walau 10 kali lelaki berkahwin lain, tetapi perangai tetap sama, masalah sama tetap akan berlaku. Kita sebagai imam, isteri sebagai makmum hanya mengikut. Jangan salahkan isteri sahaja, lihat juga kelakuan kita sebagai suami.

Baca juga :

Repost daripada sharing facebook noraini kasim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like