Pohon Sa’dan : Titian atau jambatan siratul mustaqim adalah asal perkataan arab yang membawa maksud ‘jalan yang lurus’. Didalam sebuah hadis yang menceritakan perbualan antara sahabat dan baginda Muhammad SAW mengenai titian sirat :
“Ingatlah bahawa waktu yang sekejap mata di dunia ini akan menentukan tempatmu yang abadi di akhirat. “Kemudian didatangkan jambatan lalu dibentangkan di atas permukaan neraka Jahannam. Kami (para Sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana (bentuk) jambatan itu?” Jawab beliau, “Licin (lagi) menggelincirkan. Di atasnya terdapat besi-besi pengait dan kawat berduri yang hujungnya bengkok, ia bagaikan pohon berduri di Nejd, dikenal dengan pohon Sa’dan“. “Dan dibentangkanlah jambatan Jahannam. Akulah orang pertama yang melewatinya. Doa para rasul pada saat itu: “Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah”. Pada Sirat itu, terdapat pengait-pengait seperti duri pohon Sa’dan. Pernahkah kalian melihatnya?” Para Sahabat menjawab, “Pernah, wahai Rasulullah. Maka ia seperti duri pohon Sa’dan, tiada yang mengetahui ukuran besarnya kecuali Allah. Maka ia mencangkok manusia sesuai dengan amalan mereka.”
(HR. Bukhari)
Pohon sa’dan ada dimana ?
Daripada sumber pikiran-rakyat.com, pohon sa’dan hanya boleh dijumpai di jazirah Arab.
Jambatan sirat/titian siratul mustaqim
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menciptakan Sirat yang berada di atas neraka, iaitu jambatan yang terletak ditengah neraka jahannam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai 7 gardu (pos), yang setiap gardu jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun, seribu tahun berupa tanjakan yang tinggi, seribu tahun berupa dataran, dan seribu tahun berupa lereng yang curam. Ia lebih kecil dan lembut dari pada rambut, lebih tajam daripada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap gardu mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang hujungnya tajam. Duduklah setiap hamba diatas setiap gardu tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah.”
Jambatan sirat adalah sebuah jambatan yang menghubungkan antara padang mahsyar dan syurga. Dibawah jambatan inilah terletaknya neraka-neraka Allah.
Selepas kehancuran seluruh alam, terdapat satu fasa dimana semua makhluk ciptaan Allah akan dibangkitkan semula di Mahsyar. Kemudian kita semua akan melalui titian sirat yang akan menentukan samaada kite kesyurga atau terjatuh kedalam neraka.
Setiap dari makhluk Allah itu tidak akan sama kecepatannya melalui jambatan sirat ini. Kecepatannya dinilai melalui iman dan amal mereka.
Ciri-ciri dan sifat titian sirat berdasarkan hadis-hadis
- Licin dan menggelincirkan. Sifatnya yang licir menimbulkan kerisauan jika akan terjatuh dari jambatan tersebut. Para ulama mentafsirkan masud ‘menggelincirkan’ ini seperti jambatan yang berhayun ditiup angin kekiri dan kekanan.
- Permukaannya dipenuhi dengan kawat besi dan pengait yang digambarkan pada pohon Sa’dan. Dikatakan sesiapa yang terkena pada cengkaman ini tidak mungkin akan dapat melepaskan diri daripadanya.
- Sifatnya yang halus dan tajam ibarat sehelai rambut yang dibelah tujuh. Ketajaman titian sirat ini diukur oleh amal ibadah setiap makhluk yang melaluinya
- Titian sirat itu juga disifatkan dengan keadaan yang gelap gelita. Dengan cahaya yang keluar daripada tubuh kitalah yang membantu menyuluh untuk melepasi jambatan Allah ini. Kemerlapan cahaya ini ditentukan oleh amal ibadah.
Jenis kumpulan manusia yang melalui titian sirat
Siapakan manusia pertama yang akan melalui titian sirat? Beliau ialah Nabi Muhammad SAW. Beliaulah yang akan memimpin umatnya untuk melalui jambatan ini. Terdapat 10 kumpulan manusia yang akan dipimpin oleh Nabi Muhammad :
- Kumpulan yang berjaya melewati titian sirat seperti panahan kilat yang memancar.
- Kumpulan yang berjaya melintasi titian sirat seperti kelajuan angin yang kencang.
- Kumpulan yang berjaya melintasi titian sirat seperti menaiki kuda.
- Kumpulan yang berjaya melintasi titian sirat seperti menaiki burung yang pantas terbang.
- Kumpulan yang mampu untuk berlari diatas titian sirat.
- Kumpulan yang hanya mampu untuk berjalan diatas titian sirat.
- Kumpulan yang sekejap berdiri, sekejap duduk kerana terlalu penat membawa pikulan dosa dibelakang mereka.
- Kumpulan ini menarik muka mereka dengan lantai kerana terlalu berat amal buruk dan dosanya.
- Dua kumpulan terakhir iaitu kumpulan kesembilan dan kesepuluh tidak diizin Allah untuk melalui titian sirat.
Walllahu’alam.
Akhir kata semoga kita semua sentiasa berusaha mengubah diri menjadi manusia yang baik.
Baca juga :
- Cara solat taubat : Tanda taubat diterima Allah
- Layakkah aku untuk syurga Mu, ya Allah!
- Kelebihan mengamalkan ayat kursi
sumber dan rujukan : hijabista.com, islampos.com, FB/jombelajaralqurandansunnah, pikiran-rakyat.com, wikipedia.org