Resepi jejari popia orea : Kudapan terbaik..| Koleksi pelbagai resepi kudapan berasaskan kulit popia.
Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya.

Bahan-bahan untuk membuat jejari popia oreo
- 1 bungkus kulit popia (50 helai).
- Sebungkus biskut oreo yang berharga RM13.90 : Isi tengah digaul sekali dengan coklat putih. Bahagian biskut diblend halus
- Coklat putih masakan apa-apa jenama. Boleh beli dikedai kek
- *Tepung ubi untuk melekatkan kulit- (korang bancuh tepung tue dengan air kemudian panaskan atas api sekejap sebagai gam popia), Boleh juga pakai putih telur
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara untuk membuat jejari popia oreo
- Gunakan straw untuk menggulung, saiz lebih sekata. Supaya ruang dalam gulungan lebih besar menjadikan popia lebih rangup. Boleh juga pakai lidi atau chopstick.
- Kemudian, hujung popia digam pakai bahan gam yang dibuat tadi
- Guntingkan popia separuh atau mengikut kepanjangan yang sesuai mengikut anda
- Kemudian goreng popia sehinngga warna light brown. *Popia yang digoreng akan meresap minyak yang banyak. Jadi tuskan biar minyak turun dan letakkan atas tissue dapur.
- Cairkan Coklat putih menggunakna kaedah double boiling
- Setelah ditoskan minyaknya, celupkan kedalam white coklat tadi. tinggalkan sedikit bahagian untuk dipegang
- Seterusnya rollkan pada biskut oreo yang sudah diblend
Baca juga :
- Tips supaya kulit popia tidak kering semasa proses menggulung : selepas buka kulit popia, tutupkan dengan kain.
- Tips ketika menggoreng : pastikan gorengan anda sentiasa ditengok sebab kulit popia yang nipis memudahkan ia untuk hangus. Buka api sederhana sahaja
- Resepi popia cheese : kudapan terbaik
- Resepi popia nestum milo: kudapan terbaik
- Resepi popia nestum : cepat dan mudah
Lihat juga : Video : cikgu melayu soal selidik anak murid india
Resepi jejari popia orea |