Resipi spageti carbonara : Spageti carbonara ni siapa je yang tidak suka kan? Rasanya yang berlemak dan berkrim dimakan dengan spageti memang sedap.

Biasa kebanyakan kedai western memang ada buat spageti carbona. Permintaan yang tinggin terhadap menu membuat orang sentiasa mahu memakannya.

Tapi bagi yang malas nak kekedai atau tengah musim nak berjimat jom tengok resepi dibawah yang ringkas, cepat dan sedap.

Bahan-bahan untuk resepi spageti carbonara
  1. Sebungkus spageti – direbus dan ditambah sedikit minyak daalm air rebusan supaya ia terlerai
  2. 1 tin sos spaghetti carbonara Prego (biasa saya akan guna prego carbonara mushroom)
  3. 4-5 batang sosej – dipotong kecil ikut suka hati
  4. 3-4 ulas bawang putih – bahan tumis – potong dadu
  5. 1 labu bawang besar – bahan tumis – potong dadu
  6. 1 kotak kecil susu berkrim
  7. Serbuk lada hitam – agak-agak dalam 1/2 sudu
  8. 1/2 cawan air
  9. garam secukup rasa
  10. sedikit butter untuk menumis – 1-2 sudu
  11. cheese chedder / slice – optional
  12. 12. Aneka sayur yang sesuai untuk dimasukkan kedalam sos carbonara. Seperti carrot, cendawan sayur campur dan sebagainya ekot kesukaan dan kesesuaian.
Resipi spageti carbonara
Cara-cara membuat spageti carbonara
Resipi spageti carbonara
saji.my
  1. Panaskan butter dan tumiskan bawang merah dan bawang putih tumis sekejap, tidak perlu sampai garing sangat.
  2. Kemudian masukkan sosej sehingga sedikit masak.
  3. Masukkan sos prego carbonara, susu segar/berkrim, serbuk lada hitam, air, garam dan cheese slice jika. Jika tiada pun takpa.
  4. Masukkan juga sayur kesukaan anda. Tidak ada pun takpa.
  5. Biarkan semua masak sebati.
  6. Bahan seperi garam, lada dan air boleh ditambah mengikut kesuaian dan kepekatan.

Akhirnya, resepi spageti carbonara anda siap dihidang. Resepi diatas anda boleh juga olah kan mengikut kegemaran anda. OK. Selamat menjamu selera.

Spageti carbonara juga sedap dan sesuai makan bersama kambing bakar dan salad.

Lihat sini resepi paling mudah untuk membuat perapan kambing bakar : Resepi perapan kambing dengan 4 bahan mudah

Baca juga :

rujukan : facebook Resipi spageti carbonara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like