Assalamualaikum, Hari ni dalam blog motivasi dan informasi terkini, Hana nak kongsi resepi simple ayam masak paprik yang campa-campak je. Resepi ni dah selalu buat sebelum ni. Bila lama tak buat tiba-tiba jadi blank. So simpan sini nanti boleh cari lagi.

Bahan-bahan untuk resepi ayam masak paprik
  1. 5 ketul isi ayam dipotong dadu
  2. Serbuk kunyit
  3. daun limau purut – 3 helai – penting bagi rasa paprik
  4. sos cili – 3 sudu
  5. sos tiram – 3 sudu
  6. Sayuran pilihan anda : seperti : kacang panjang, kobis bunga, kobis, lobak merah, bawang besar, baby corn, cili padi atau apa-apa sayuran yang keras.
  7. Garam dan gula untuk perasa
Bahan tumisan
  1. 10 biji cili
  2. bawang merah – 3 biji
  3. bawang putih – 3 biji
Cara-caranya ialah :
  1. Goreng ayam yang sudah dilumur dengan kunyit
  2. blend bahan tumisan diatas dan tumiskan bersama minyak ayam tadi
  3. Bila dah garing, masukkan daun limau purut, sos cili, sos tiram, daun limau purut.
  4. Tambahkan air sedikit untuk mendapat teksture yang sesuai.
  5. masukkan ayam yang sudah bergoreng tadi, dan sayuran pilihan anda.
  6. perasakan dengan gula dan garam

Siap dahh.. paprik anda siap dihidang. Makan dengan nasi panas-panas memang awsemmm.. Selamat mencuba.

Baca juga :

Iklan 1

PeriaCaps – Diformulasi dari Peria Katak Hutan. Turunkan bacaan gula anda sekarang. Lihat disini untuk melihat! shopee.com.my/periacap

Iklan 2

Keropok Kacang Dhal & Hijau Mentah “genuine” – Anda peminat keropok ini?? Jom beli secara bundle di kedai ini. Review yang memuaskan hati juga. shopee.com.my/kacangdhalmentah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like