Resipi ikan masin masak asam : Helo helo helo.. Assalamualaikum kepada pembaca. Hari ni cikna nak share resipi yang cikna terjumpa dalam facebook. Seperti yang tertera pada tajuk diatas jom kita tengok.

Resipi ikan masin masak asam
Rupa masakan ikan masin masak asam cikna

Jenis ikan masin

Ikan masin ada macam-macam jenis. Ada yang kecil ada yang besar. Untuk resepi ini, semua jenis ikan masin pun anda boleh pakai.

ikan masin
Ikan masin talang. Sumber gambar : lazada.com.my

Macam nih la rupa ikan masin yang cikna guna untuk buat masakan ini. Umi cikna yang beli. Cikna tukang ambil je. Anda boleh juga ikan masin jenis kecil-kecil tu.

Cara untuk mengurangkan kemasinan ikan masin ialah rendamkan ia dalam air biasa dalam 15 minit. Kalau anda nak buang lagi banyak kemasinan rendamkan lama lagi. CIkna hanya rendam dalam 5-10 minit sahaja.

Bahan-bahan untuk resipi ikan masin masak asam

  • Ikan masin yang dipotong petak kecil lebih kurang 2cm X 2cm.
  • 1 labu bawang besar – racik kecik
  • 4 ketul bawang putih – racik kecik
  • 2 bji cili besar merah/hijau – racik kecik
  • 1 sudu rata paste asam jawa segera adabi atau nak bancuh asam jawa yang dengan biji tu pun boleh
  • 2 biji limau kasturi
  • air 1 cawan – agak-agak
  • 2 sudu gula
  • Minyak untuk menggoreng – agak-agak jangan terlalu banyak

Cara-cara masak ikan masin masak asam

  1. Rendam ikan masin selama lebih kurang 10 minit untuk kurangkan kemasinan. Kalau anda tak mahu rendam pun boleh.
  2. Sediakan kuali dan minyak untuk menggoreng. Ikan masin tadi toskan dan gorengkan kedalam minyak.
  3. Bila dah sedikit garing, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili besar yang sudah diracik.
  4. Goreng biar sampai layu.
  5. Masukkan air asam yang dah dibancuh dengan air.
  6. Perisakan dengan gula dan air limau mengikut kegemaran anda.
  7. Biar mendidih seketika supaya ikan dan air asam sebati.

Kemudian ikan masin masak asam anda siap untuk dihidang. Ia sedap dimakan dengan nasi putih panas. Resepi ini juga sesuai untuk wanita yang sedang berpantang yee.

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like