Resipi sambal cili ala-ala cili sate kajang : Helo, helo, helo, Assalamualaikum pencinta resipi dan pencinta sate kajang semua. Sape je yang tidak pernah makan sate kajang kan? mesti semua pernah makan kan?
Sate Kajang Hj Samuri ni kira-kira ada 16 cawangan diseluruh selangor dan kuala lumpur ye. Apa yang istimewanya sate kajang nih, daging sate dia samaada ayam atau beef memang lembut. Bagi penulis, apa yang paling menarik sekali ialah kuah kacang dia didatangkan dengan sambal cili.
Serius sambal cili dia sedap gila bila makan dengan kuah kacang. Bagi penggemar pedas, sambal cili dia memang akan diminta tambah berkali-kali.
Ini dia antara 3 menu sate kajang nih yang menjadi favorite penulis . Nampak gemuk-gemukkan?? Untuk sate perut dia, hari tu penulis pergi makan kedai dia, memang sedap.
Kalau korang nak tengok full menu dia sebelum kekedai, boleh tengok dilaman rasmi website mereka : satekajang.com.my
Bahan-bahan untuk membuat sambal cili ala cili sate kajang
OK lama pulak intro pasal sate kajang nih kan. Penulis buat sedikit review sebab sate nih memang favorite dari dulu lagi. Resepi ini telah dikongsikan oleh puan Ada Suhaq yang mendapat banyak share dan like.
Bahan-bahannya :
- 2 genggam cili kering digunting kasar
- 6 biji bawang merah/2 biji bawang besar – dipotong kecil
- 5 ulas bawang putih – dipotong kecil
- 2 bungkus kecil udang kering/setengah genggam
- 1/2 sudu serbuk meggi secukup rasa
- Garam dan gula
- Minyak untuk memasak (agak-agak dengan kuantiti bahan)
Cara-cara untuk membuat sambal cili ala cili sate kajang
- Panaskan kuali dengan minyak.
- Basuh dan toskan bawang merah, bawang putih, cili dan udang kering.
- Gorengkan dulu cili kering. Sebab cili kering lambat sikit nak garing berbanding yang lain.
- Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan udang kering.
- Agak-agak sudah layu dan masak tinggalkan sejuk sekejap.
- Masukkan kedalam chopper / bendera kering semua bahan tadi bersama minyaknya.
- Masukkan serbuk perasa garam dan gula. *tidak perlu tambah air
- Blend halus dan siap dihidang
Sambal ini sedap juga dimakan bersama nasi panas dan ayam goreng, bubur nasi kosong, kuah kacang dan sebagainya. Selamat mencuba
Kredit resepi : FB/AdaSuhaq, Resipi sambal cili ala-ala cili sate kajang
Baca juga :