Lampu emergency rumah : Lampu kecemasan ketika bekalan elektrik terputus kat rumah nih sangat penting tau. Function dia lebih kurang macam torchlight emergency la. Nak-nak kalau rumah lama macam yang cikna duduk nih. Fuse elekrik memang cepat tendang.

Biasa fuse elektrik cepat tendang sebab dia sangat sensitif dengan kilat. Bunyi kilat sikit je pun dia dah tertendang. Tapi baik juga dia sensitif macam tu. Sebab tak da la sampai dah nak terbakar baru nak tertendang kan.

Lampu emergency rumah
Tadaa.. ini dia lampu emergency cikna

Kegunaan lampu emergency rumah

  1. Fungsi pertama dia of course la masa rumah tengah blackout kan. So elektrik rumah terputus, dah tak payah susah-susah nak habiskan bateri fon nak buka lampu dari telefon anda.
  2. Yang paling baiknya kalau ada lampu emergency nih, kalau lama hujan kan, so tak boleh nak naikkan lagi fuse elektrik tu, then masa nih la nak ke toilet or masa tuh la tengah mandi elektrik terputus. Jadi dengan lampu emergency nih la ia sangat membantu.
  3. Lagi satu cikna guna lampu nih sebelum tidur untuk membaca atau mengaji sebelum tidur. Bilik cikna takda remote control untuk lampu dan kipas. Jadi kalau dah baring memang berat la nak bangun pergi tutup lampu. So dengan adanya lampu emegency nih senang cikna tutup lampu terus sebelum baring n guna je lampu emergency nih.
  4. Kalau anda pergi camping ke, berkelah bermalam ke, travel balik kampung ke, lampu emergency ini memang sangat penting dan bermanfaat untuk anda.
  5. Untuk peniaga pasar malam, lampu LED ini sangat sesuai untuk menerangi kedai anda.

Deskripsi produk

Sebenarnya lampu emegency nih ada banyak jenis dan banyak saiz. Tapi yang cikna pakai nih dia didatangkan dengan 3 saiz yang berbeza. Iaitu 6W, 10W dan 15W. Yang dalam gambar hanya 10W.

6W10W15W
Penggunaan wattage60W90W120W
Size60*110mm95*170mm120*150mm
MaterialPPPPPP
Working Times4-8 hours4-8 hours4-8 hours
Kuantiti lampu beads12 pcs24 pcs60 pcs
Bateri yang disediakan2400mah3200mah4800mah
beads dalam lampu
Ini rupa beads lampu dalam lampu emergency nih

Kebaikan lampu emegency rumah

lampu tanpa wayar
Terang macam lampu LED kan?

Kalau tengok dari gambar diatas, lampu nih memang sangat terang. Bahkan boleh menerangi satu bilik.

  1. Lampu ini didatangkan dengan bateri yang boleh dicas semula dan bertahan sehingga 4-8 jam penggunaan selepas setiap pengisian penuh.
  2. Ia mempunyai pencangkuk jadi mudah untuk anda menggantung dimana sahaja.
  3. Diperbuat dengan bahan daripada IP67 bersifatkan kalis air. Jadi anda boleh juga guna ketika hujan. Tapi jangan la sampai rendam dalam air pulakkan.
  4. Pengecasan USB. Anda tidak perlu lagi nak ganti-ganti batteri. Hanya perlu charge untuk penggunaan. Satu cycle pengecasan bergantung pada jenis watt lampu yang anda gunakan.
  5. Ia boleh dicas dengan menggunakan power bank atau output dari plug.
  6. Lampu ini mempunyai 3 mod cahaya, iaitu mod terang, mod sederhana dan mod kelip kelip untuk sos. Biasa cikna pakai lampu sederhana je kalau sebelum tidur nak main fon. Boleh la tahan sehingga 8 jam.
Akhir kata..

Akhir kata cikna memang reccomend setiap bilik anda mempunyai lampu emegency rumah ini. Macam cikna sebut diatas macam-macam function dia. Terang pun terang. Harga dia dalam RM7 hingga RM15 macam tu.

Korang boleh tengok kat shopee disini : shopee.com.my/LED lampu emergency

Pelawat lain juga turut membaca artikel berikut :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like