Ikan yang sesuai dibela dalam akuarium : Membela ikan di rumah menjadi satu hobi yang menyeronokkan dan diamalkan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Untuk merealisasikan hobi ini, anda hanya memerlukan satu akuarium kaca dan penapis air untuk oxygen.
Ikan yang sesuai dibela dalam akuarium : Bila anda sudah menyiapkan akuarium untuk dijadikan hiasan, sekarang tibalah masa untuk anda membuat pilihan ikan apa yang sesuai dan cantik untuk akuarium anda. Pemilihan ikan-ikan sememangnya dari jenis yang tahan laras dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang banyak. Jadi anda tidak perlu terlaluk risau dan teliti dalam menjaga hobi anda.
1. Betta Splendens

Seekor Betta janan adalah pilihan terbaik untuk akuarium bersaiz kecil. Apa yang anda perlukan untuk ikan ini hanyalah beberapa hiasa atau tumbuhan air untuk ia berenang dengan bebas dan bersembunyi. Anda juga boleh membagikan kepada dia pasangan Betta betina.
Selain itu, anda memerlukan penapis air supaya air sentiasa berpusing dan jernih. Ikan Betta jenis ini tidak boleh hidup akuarium anda mempunyai arus air yang terlalu kuat. Ia lebih selesa berada dalam air yang tenang.
Ikan Betta merupakan ikan yang agak agresif. Jadi anda tidak boleh mencampurkan dia jantan Betta didalam satu tangki. Tetapi jika akurium anda lebih besar, ikan Betta boleh bertoleransi dengan komuniti ikan jenis lain.
2. Fancy Guppy

Guppies merupakan ikan yang kecil dan comel sesuai untuk akurium kecil anda. Fancy Guppy memerlukan air yang sedikit hangat dan persekitaran yang bersih. Mereka mempunyai tubuh badan yang berwarna warni sekaligus memberikn kombinasi yang menarik kepada aquascape anda.
Bilangan untuk anda isi ikan adalah mengikut saiz akurium. Jika akurium yang kecil seperti 2 kaki saiz, 6 kawanan daripada jenis ikan ini sudah memadai. Akurium yang terlalu padat juga membuatkan aquascape anda kelihatan tidak menarik.
Perbezaan bilangan jantan dan betina adalah menggunakan nisbah 1/3. Jadi anda harus belajar untuk mengenal jantina mereka.
3. Neon Tetras

Ikan Neon Tetra telah banyak memenangi hati penggemar pemula akurium hiasa dengan 4 sebab utama. Sebagai permulaan, ia mempunyai warna-warna cerah yang menghiasi setiap akuarium air tawar. Kedua, ikan ini adalah antara ikan yang mudah dijaga. Ketiga, ia aman dan sesuai dipelihara bersama dengan kawanan ikan jenis yang lain. Akhir sekali, diet pemakanan mereka tidak terlalu cerewet dan mudah untuk didapati.
5 ekor ikn neon tetra sudah memadai jika anda tidak campurkan dengan kawanan ikan lain, tetapi jika dicampur, anda boleh kurangkan bilangannya. Ikan ini memerlukan air yang bersih dan jernih, jadi anda hendaklah sentiasa memantau kondisi air supaya sentiasa elok.
4. Ikan zebra

Ikan zebra Danion merupakan salah satu ikan yang biasa pemula gunakan untuk hiasan akuarium mereka kerana sebab-sebab tertentu.
Ikan ini merupakan ikan yang tenang, bersocial, mudah berinteraksi dengan jenis ikan lain dan ia mudah dijaga kerana mereka sangat tahan dengan persekitaran yang lasak.
Kebanyakan kedai ikan tempatan ada menjual jenis ikan ini dengan harga sekitar RM8 seekor. Jika dijaga dengan rapi, mereka boleh mempunyai jangka hayat sehingga 5.5 tahun.
Tahukah anda? ada kajian yang menunjukkan bahawa Manusia dan ikan Zebra Danio mempunyai 70% gen yang sama antara satu sama lain?
5. Ikan Dwarf Gourami

Ikan Dwarf Gourami biasanya boleh dijumpai disungai-sungai yang mengalir dan mempunyi stock makanan yang banyak seperti rumpai-rumpai. Ikan ini mempunyai keupayaan untuk mengambil oxygen dari paras permukaan air.
Perlu diengat bahawa ikan ini agak agresif dan garang. Jadi jika anda mahu mencampurkan kawanan ikan lain didalam akurium anda, anda perlu memilih jenis yang sesuai.
Baca juga :
- 6 haiwan liar yang kini dipelihara dirumah
- 8 haiwan yang paling setia kepada manusia
- Fakta haiwan : ikan Dory
- 10 haiwan yang comel dan kecil sesuai dipelihara
Sumber : pethelpful.com, belangtarung.com, theaquariumguide.com, fishkeepingworld.com, fishsubsidy.com,