Perkongsian daripada pakar motivasi dan kaunselor, Nor Asiah Musa, tugas menjaga ibu bapa terutama yang sudah uzur bukan saja terletak di bahu anak lelaki bahkan juga di bahu anak perempuan. Anak perempuan setelah menikah juga punya tanggung jawap menjaga dan berbakti kepada ibu bapanya.

Tanggung jawap anak perempuan
Tanggung jawap anak perempuan setelah menikah

Nor Asiah Musa berkata, “Tanggapan anak perempuan terlepas daripada tanggungjawab menjaga ibu bapa selepas berkahwin tidak benar sama sekali. Setiap anak wajib berbuat baik bukan saja terhadap ibu kandung, malah, ibu bapa mertua, ibu angkat, ibu tiri mahupun ibu susuan,”

Menurutnya, tidak ada sesiapa yang terlepas daripada tugas itu walaupun wanita itu sudah berkahwin namun kajian mendapati lebih 60 peratus wanita pernah mengalami dilema mengenai perkara itu.

“Bukan anak lelaki saja perlu dipertanggungjawabkan menjaga ibu bapa yang sakit. Malah kerana tanggapan ‘wajib’ itu, tugasan berkenaan diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya yang sama sekali tidak benar.

“Namun, terlalu banyak kes yang saya temui memaklumkan mereka tidak diizinkan suami untuk menjaga dan berbakti kepada ibu bapa yang sakit atas sebab perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri,” katanya.

Tanggung jawap anak perempuan setelah menikah bukanlah memberi nafkah semata-mata

Berikut merupakan perkongsian daripada Ustaz Farid Abu Auliya tentang “Tugas HAKIKI seorang Anak yang sudah bergelar ISTERI”

Bismillahi walhamdulillah

Islam tidak pernah MENGHALANG seorang ISTERI untuk berbuat BAIK kepada Mak ayah sendiri. TANGGUNG JAWAB sebagai seorang anak tidak akan terputus walaupun sudah bergelar ISTERI. Namun yang menjadi ISU DISINI adalah TANGGUNG JAWAB itu disalah erti dengan mesti memiliki DUIT SENDIRI untuk menyara MAK AYAH sendiri. MALAH kebanyakkan bukan untuk MENYARA tetapi nak menunjuk bukti BALAS BUDI dengan HARTA DUNIAWI pencapaian prestasi DIRI dengan berlumba lumba memberi HARTA hasil titi peluh sendiri.

Ini bersalahan dengan KEHENDAK ILAHI. Tiada TUNTUTAN SEORANG WANITA dan ISTERI untuk bertanggungjawab berkenaan HARTA INI. Tuntutan berbuat baik itu adalah sentiasa mendoakan kebaikan SYURGA buat Mak Ayah dengan sepenuh HATI. Jadi isteri SOLEHAH yang membawa nama baik MAK dan AYAH sendiri. Menunjukkan contoh tauladan kepada anak2 agar mencontohi Akhlak yg Murni.

Fitnah harta membunuh tugas hakiki seorang istri

Fitnah HARTA adalah fitnah yang Nabi s.a.w sudah pesan dengan penuh teliti. Sangat HALUS untuk membunuh tugas HAKIKI seorang isteri yang akhirnya tenggelam hanyut dengan urusan DUNIAWI..

Para SUAMI pula membiarkan ISTERI untuk sibuk dengan DUNIAWI dengan ALASAN tidak mahu menyusahkan suami dan mahu berbakti dengan Mak Ayah sendiri namun hakikatnya hanyalah mahu memiliki HARTA SENDIRI.

Riyadh al-Shalihin 457

وَعَنْ أبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : جَلَسَ رَسُولَ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَلى المِنْبَرِ، وَجَلسْنَا حَوْلَهُ.فَقََالَ :إِنَّ مِمَّا أَخَافُ عَلَيْكُم مِنْ بَعْدِي مَا يُفْتَحُ عَلَيْكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنيَا وَزِيْنَتِهَا .مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Said al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw. duduk di atas mimbar dan kita duduk di sekitarnya, lalu Beliau saw. bersabda:

Sesungguhnya salah satu yang aku khawatirkan terhadap kalian sepeninggalku nanti adalah jika bunga dunia dan hiasannya dibukakan untuk kalian.(Muttafaq ‘alaih)Hadis sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari, hadis no. 2630 dan 5947; Muslim, hadis no. 1742 dan 1743; al-Nasa’i, hadis no. 2534; Ibn Majah, hadis no. 3985; Ahmad, hadis no. 10611, 10730 dan 11433.

Riyadh al-Shalihin 458

عَنْ أبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قََالَ :إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللهَ تَعَالَى مُسْتَخْلِفِكُم فِيهَا، فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءِ .رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Abu Said ra, Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di bumi. Maka Allah akan melihat apa yang kalian perbuat. Maka takutlah kepada dunia, dan takutlah kepada wanita.(HR Muslim)

Rujukan : hmetro/bukantugasanaklelakisahaja, fb/UstadFaridAbuAuliya

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like