Banyak sangat menu yang berasaskan cili kisar yang digemari ramai. Yang paling utama ialah menu sambal. Tidak kiralah sambal ayam, sambal ikan bilis, sambal ikan goreng dan lain-lain. Untuk peminat sambal, jom lihat tips cara buat cili kisar sendiri supaya tahan lebih lama.
Cara buat cili kisar supaya tahan lama

1. Guntingkan cili kering kesukaan anda. Untuk lebih sedap campurkan 3/4 cili kering jenis yang tidak pedas dengan 1/4 cili kering jenis pedas.
Bagaimana hendak membezakan cili kering yang pedas dan tidak pedas? Biasanya cili kering yang tidak pedas boleh dilihat pada kedutan cili tersebut. Biasanya, cili tidak pedas badannya licin, besar dan berkilat.Manakala cili yang berkedut-kedut dan kurus pasti pedas gila!

2. Selepas digunting kasar, gunakan food prosessor yang boleh blend bahan kering untuk blend cili yang dah digunting tadi.
Sangat mudah nak buang biji jika guna food prosesser mcm diatas. Kalau tiada food prosessor macam mana pula?
Anda boleh je gunting halus-halus dan terus rebus. Selepas rebus, gunakan penapis yang anda selalu guna untuk menapis keluar biji cili.

3. Selepas blend menggunakan food processor, asingkkan dahulu biji daripada cili kering, kemudian baru direbus sehingga masak.
Seterusnya tuskan cili dan basuh sedikit untuk membuang air cili yang berwarna merah tersebut.

4. Masukkan cili kedalam blend bersama air 1/2 sukatan daripada leqel cili.
Disini tips nya supaya cili kisar anda lebih tahan lama. Iaitu masukkan sesudu garam untuk satu blend cili kisar. Blendkan cili anda sehingga betul-betul halus untuk mngelakkan cili yang kasar.

5. Akhir sekali, tips untuk mengelakkan cili kisar anda daripada terlalu banyak air, tambahkan cili rebus kedalam blend tadi dan tidak perlu tambah air dan garam.
Jika blend sudah terlalu penuh dan berat, ulang step yang awal sehingga habis cili kering anda.
6. Kemudian simpan saja cili kisar anda didalam bekas yang tertutup kedalam peti ais anda.
Penutup
Tips dan cara membuat cili kisar tahan lama ini ialah perkongsian daripada laman facebook Ibu Azzah. Anda boleh lihat disini FB/IbuAzzah video perkongsian Puan Azzah. Selamat mencuba!
Baca juga :