Ujian Allah kepada manusia.. | Setiap individu manusia ini tidak seorang pun akan terlepas daripada ujian Allah. Samaada yang kaya, yang miskin, yang beragama mahupun yang tidak kuat agama nya. Ujian juga merupakan buah rahmat daripada Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih.
Ujian tanda ingatan Allah kepada manusia
Dunia = ujian.
Dunia ini sama ertinya dengan ujian. Selagi mereka yang masih bernafas diatas bumi ini, selagi itulah Allah aan menguji kita.
Ujian Allah ini diberikan mengikut peningkatan umur dan perkembangan minda seseorang. Sama ertinya bahawa Allah menguji seseorang mengikut kemampuan diri masing masing. Kerana itulah hanya Allah yang tahu tahap kemampuan diri seseorang.
Sebagai contoh, seorang pelajar mempunyai pinjaman kewangan PTPTN. Ditambah pulal duit bulanan yang yang mak ayah beri. Pelajar ini cukup makan cukup pakai. Tidak merasa kesusahan hidup pun.
Semakin meningkatnya umur seseorang, semakin meningkatnya akal seseorang, semakin bertambahlah ujian yang akan dia hadapi.
Dunia = kesusahan
Didunia ini penuh dengan kesusahan yang Allah uji. Kita tidak akan pernah boleh berasa rehat.
Bila saja masa yang membolehkan untuk kita Berehat? Rihat kita akan bermula sekiranya kita sudah masuk ke alam syurga.
Dialam barzakh, jika syurga adalah tempat terakhir, maka kita tidak akan merasa lagi kesusahan dan kegelisahan.
Mereka yang langsung tidak diuji oleh Allah
Tanda orang sudah tidak dipandang dan dibenci oleh Allah ialah hidupnya langsung tiada ujian.
Apabila Allah sudah benci kepada seseorang, Dia akan terus membiarkan orang tersebut didalam kejahatan. Bahkan orang ini Allah tidak mencampakkan dia dengan rasa bersalah, dengan rasa mahu bertaubat. Malah, Dia akan terus membiarkan insan ini terus menambah dosanya untuk Dia mendapat azab seksa yang besar.
Ujian = rahmat Allah
Ujian ini adalah rahmat dan ingatan Allah kepada seseorang. Setiap kali anda diuji engatlah dengan 3 perkara berikut :
- kita diuji sebab Allah masih sayang kepada kita dan mahu kita kembali kepadanya
- Setiap ujian itu pembersih kepada dosa lama kita. Allah akan sentiasa menguji untuk membersihkan diri kita sehingga kita layak untuk mengghadap Allah.
- Setiap ujian itu tugasnya adalah untuk mengangkat darjat seseorang disisi Allah.
Baca juga :
- Redha dengan ujian Allah : motivasi diri
- Ujian tanda Allah cintakan hambanya
- Tahukah anda? Nikmat paling besar kurniaan Allah?
Sumber info : https://youtu.be/ca6f0Vq3zh8
- Mencapai Kulit Licin dengan eosika IPL Hair Removal SIPL-22X: Review Lengkap
- Ulasan eosika SIPL 1000C Hair Removal: Teknologi Laser Korea untuk Kulit Licin Tanpa Bulu
- Jangkaan Pengumuman Kadar Dividen ASB 2024: Bilakah Tarikh Kritikal?
- Dari 0 ke 1000 Pageview Blog Sehari: 5 Tips Yang Boleh Anda Cuba Sekarang!
- Withdraw Komisyen Involve Asia 2025: Proses & Tips Yang Perlu Anda Tahu