3 cara bersyukur kepada Allah melalui hati, lidah dan perbuatan : Firman Allah didalam surah Ibrahim ayat ke 7 yang bermaksud :

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”

Sangat penting untuk kita sebagai umat islam sentiasa bersyukur dengan apa jua nikmat dan pemberian Allah kepada kita. Syukur itu dengan melihat orang yang lebih bawah daripada kita. Atau yang lebih susah daripada kehidupan kita.

Dalam kehidupan ini, terlalu banyak benda yang boleh kita syukuri dari sekecil-kecil kuman kepada sebesar-besar alam. Alangkah indahnya jika sifat syukur ini sentiasa menjadi amalan dan tertanam dari dalam lubuk sanubari kita.

3 cara bersyukur kepada Allah
Lahirkan rasa syukur dalam apa jua keadaan

3 bentuk syukur kepada Allah

Islam telah menggariskan panduan untuk kita menzahirkan rasa syukur sebagai hamba Allah yang redha dengan setiap pemberian-Nya.

Rasa syukur ini tidak akan datang dengan sendirinya dalam diri manusia yang biasa seperti cikni sekalipun. Rasa syukur ini perlu dibentuk, dipelajari, didik dalam diri kita supaya ia semakin kuat. Selain adalah untuk mengajar diri kebiasaan untuk sentiasa bersyukur.

“Semakin kita bersyukur kepada Allah, maka semakin itulah Allah akan menambahkan nikmat dan anugerahNya kepada kita. Itulah yang dijanjikan oleh Allah”

1. Syukur dengan hati
merawat hati
Rawat hati dengan rasa syukur. sumber : google image

Bersyukur dengan hati secara istilahnya membawa maksud kita mengakui dan percaya didalam hati bahawa segala nikmat yang dikecapi adalah pemberian daripada Allah SWT.

Firman Allah didalam surah An Nahl ayat 53 yang bermaksud :

“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.”

Dengan bersyukur didalam hati membawa hati manusia kepada sifat yang menerima pemberian dan kurniaan Allah dengan hati yang ikhlas tanpa rasa kecewa dan sedih. Biarpun kurniaan itulah adalah kecil bentuknya.

2. Syukur dengan lisan
3 cara bersyukur kepada Allah
Bercakap dengan mulut. Sumber : ms.pngtree.com

Bersyukur dengan lisan ini adalah bentuk syukur yang anda zahirkan melalui zikir dan ucapan “Alhamdulillah”.

“Alhamdulillah” itu sendiri membawa maksud segala pujian hanya untuk Allah. Untuk lebih manfaat sebutkan “Alhamdulillah alaa kulli haal” yang bermaksud terima kasih Allah atas segala-galanya.

Hati yang selalu ikhlas bersyukur dengan segala bentuk pemberian daripada Allah secara automatiknya akan selalu mengucapkan “ALhamdulillah” memuji Allah. Ia sebagai tanda rasa syukur dari lubuk hati kita.

3. Syukur dengan amal perbuatan
solat
Bersyukur dengan melaksanakan semua perkara yang diwajibkan oleh Alla. Sumber gambar : google image

Bersyukur dengan perbuatan membawa maksud perkara atau perbuatan yang dilakukan oleh tubuh badan fizikal yang membawa kepada kebaikan.

Perbuatan yang dilakukan sebagai tanda syukur ini bukan sahaja memberi impak yang positif kepada diri sendiri, malah keluarga dan seluruh alam juga mendapat manfaatnya.

Antara amalan tanda syukur umat islam kepada nikmat Allah ialah dengan melakukan sujud syukur. Selain itu, menambah kebaikan solat sunat dan melakukan segala kebaikan kepada manusia lain juga menjadi tanda syukurnya kita dengan nikmat kehidupan yang diberikan oleh Allah.

Amalan bersedekah pula menjadi tanda kita mensyukuri nikmatNya serta berkongsi segala nikmat Allah bersama orang lain. Dengan bersedekah ini tidak akan sedekit pun mengurangkan nikmat pemberian Allah, malah Dia akan melipat gandakan pahala dan kurniaan tersebut.

Pengguna turut membaca :

kelebihan atau kekurangan, semua pasti ada hikmahnya
3 cara bersyukur kepada Allah
sumber gambar : al Haq Center Malaysia

Mengucapkan ‘ALHAMDULILLAH‘ merupakan perbuatan dan ungkapan yang paling ringkas untuk kitw menzahirkan rasa syukur kepada Allah.

Namun, sangat sedikit mereka yang boleh bersyukur dengan semua nikmat yang Allah berikan. Allah sendiri berkata didalam firmannye :

“Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur.”

As-Saba’ : 13

“Dan (sebaliknya) Allah memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (dengan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya).”

Ali-imran : 144

Didalam ayat diatas, bersyukur bukan sahaja diberi ganjaran pahala, malah, Allah menjanjikan pertambahan nikmat yang berlipat ganda jika mereka bersyukur dengan setiap pemberian dari-Nya.

Diantara kelebihan orang yang bersyukur ini, mereka akan diberikan :

  1. Allah akan mengampunkan dosa-dosanya
  2. Disayangai Allah pencipta alam semesta
  3. Dijanjikan dan mendapat ganjaran syurga, nikmat Allah paling besar
  4. Dapat meningkatkan tahap keimanan kepada Allah
  5. Mendapat kedamaian dan ketengan hati yang tiada bandingnya
  6. Mendapat pelbagai kebaikan yang tidak terjangkau daripada Allah SWT
  7. Seseorang yang rajin mengucapkan kalimah syukur, maka ia cenderung untuk kelihatan awet muda. Ini adalah refleksi kepada apa yang kita sentiasa lakukan iaitu kesan positif daripada perbuatan kita yang selalh bersyukur dengan apa sahaja yang diberikan
  8. Menjadikan pemikiran kita sentiasa optimis dan positif dengan setiap apa yang terjadi. Sekaligus memberi kesejahteraan dalam hidup seseorang
  9. Menimbulkan rasa bahagia dengan ucapan alhamdulillah
  10. Diberikan keberkatan hidup
  11. Terhindar daripada penyakit hati yang tidak baik dan berbahaya
Bagaimana pula apabila kita diuji dengan kemiskinan, penyakit, masaalah dan rintangan yang sentiasa mendatang?

Lalu hati kite perlu tetap bersabar dan bersyukur dan yakin pada setiap yamg berlaku pasti ada hikmah dari-Nya.

Mereka yang bersyukur pasti akan memuji-muji kebesaran Allah dan sentiasa mengucapkan syukur, menunaikan segala kewajipan yamg ditetapkan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Manakala mereka yang tidak bersyukur akan meninggalkan suruhan Allah, kufur dengan nikmat Allah dan sentiasa merasa tidak cukup.

Maka anda pilihlah untuk menjadi manusia yang bersyukur atau yang kufur dengan nikmatnya.

1001 kata-kata syukur buat penyejuk hati dan jiwa
Sumber gambar : wanita solehah
3 cara bersyukur kepada Allah

1. “Tidak ada penderitaan yang abadi, tidak ada kebahagiaan yang abadi. Kecuali bagi yang pandai bersyukur, selamanya ia akan merasakan kebahagiaan.”

2. “Ketika perjalanan hidup terasa membosankan, maka Allah menyuruh kita untuk banyak bersyukur.”

3. “Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat. Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga.”

4. “Orang yang bersyukur selalu menghiasi wajah mereka dengan senyuman.”

5. “Jangan berhenti berupaya ketika menemui kegagalan. Bersyukurlah karena kegagalan adalah cara Tuhan mengajari kita arti kesungguhan.”

6. “Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu. Karena itu memberimu kesempatan untuk belajar.”

7. “Kebahagiaan tidak akan pernah sampai kepada mereka yang gagal menghargai apa yang sudah mereka miliki.”

8. “Rahasia kebahagiaan itu ada dalam 3 hal: Bersabar, bersyukur, dan ikhlas.”

9. “Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” – HR. Ahmad

10. “Kesabaran itu pasti mengalahkan hari yang terberat sekalipun. Hanya yang kurang bersyukur yang kalah, hanya yang kurang mengerti yang putus asa.”

11. “Saat masalahmu jadi terlalu berat untuk ditangani, beristirahatlah dan hitung berkah yang sudah kau dapatkan.”

12. “Kalau selama ini hidupmu kurang menyenangkan, itu bukan berarti kamu nggak bahagia. Mungkin kamu hanya lupa untuk merasa cukup dan bersyukur.”

13. “Ketahuilah bahwa rasa syukur merupakan tingkatan tertinggi, dan ini lebih tinggi daripada kesabaran, ketakutan (khauf), dan keterpisahan dari dunia (zuhud).” – Imam Al-Ghazali

14. “Bersyukur bukan hanya sebatas ucapan Alhamdulillah. Bersyukur adalah sikap. Itu adalah gaya hidup. Itu adalah cara berpikir. Teruslah bersyukur.” – Nouman Ali Khan

15. “Ujianmu saat ini adalah tanda kasih sayang Allah kepadamu, tetaplah bersyukur dan jangan mengeluh.”

www.brilio.net

sumber rujukan : https://alhilal.or.id/laz-al-hilal-empat-cara-bersyukur-kepada-allah/, https://facebook.com/DPPMalaysia/posts/4-cara-syukursurah-ibrahim-ayat-7-allah-swt-berfirman-dan-ingatlah-ketika-tuhan-/3693139357369906/, 3 cara bersyukur kepada Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like