Didalam artikel kali ini adalah himpunan quotes syukur yang disatukan untuk manfaat dan dijadikan sebagai pembakar semangat. Syukur membawa maksud terima kasih. Dari segi istilahnya syukur membawa maksud menzahirkan rasa penghargaan atas sesuatu nikmat.

Syukur juga merupakan salah satu perasaan yang perlu ada pada semua hati manusia kerana ia mempu menghakis sifat negatif. Seperti sombong, depressed, iri hati, dengki dan sebagainya.

syukur quotes
Syukur Alhamdullilah dengan segala nikmat Allah
Himpunan syukur quotes dijadikan pembakar semangat – part 1

Himpunan syukur quote ini adalah disertakan dengan sumber yang dinyatakan. Semoga ia menjadi salah satu asbab untuk anda selalu berfikir untuk sentiasa bersyukur dengan apa juga bentuk nikmat kurniaan Allah.

3 bentuk syukur dalam diri manusia :

1. Syukur dengan hati. Iaitu hati sentiasa mengingati Allah dengan segala kurniaan nikmat-Nya.

2. Syukur dengan lidah. Dengan sentiasa berzikir memuji Allah.

3. Syukur dengan perbuatan. Iaitu dengan sentiasa bersedekah dan melakukan amal soleh.

sumber : pinteres.com

“Kita ini tidaklah sehebat mana. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nikmat kita.

Jadi, belajarlah bersyukur dengan setiap apa yang kita miliki”

“Lebih baik mensyukuri dengan apa yang kamu miliki sekarang daripada berharap sesuatu yang belum pasti”

denniszill.com

“Lets take a moment to say ALHAMDULILLAH for everthing we have!”

ALhamdulillah!

mymotivations.blogspot.com

“Hadapilah semua nikmat dengan rasa syukur. Terimalah semua musibah dengan rasa sabar.”

id.pinterest.com

“Paling best Allah hadirkan rasa syukur dan cukup.

Duit tidak banyak. Tetapi tidak pernah rasa tidak cukup. Bila guna tidak pernah rasa kehilangan.”

twitter.com @santapanminda

“Syukur dengan apa yang ada. Redha dengan apa yang tiada.”

sweetncozy.com.my

“Syukur dan sabar..

Adalah sesuatu yang mudah dibayangkan tetapi sulit untuk dilakukan. Semoga kita sentiasa tergolong dalam orang yang sentiasa bersyukur dan bersabar.”

yourquote.in

“Bersyukurlah dengan apa pun yang diberikan Allah. Kerana sedikit atau banyak hanyalah masaakah kata. Kurang atau lebih sebenarnya hanyalah masaalh seberapa besar kemampuan kita untuk mensyukuri semua rezeki-Nya.

Dan tiada kata yang paling indah selain “CUKUP”. Kerana dalam kata ‘cukup’ terkandung maksa keseimbangan, rasa syukur dan keikhlasan.”

doeniadevi.wordpress.com

“Jika hidup harus meminta. Mintalah untuk sentiasa bersabar dan bersyukur.”

facebook.com

“Jika kamu terus mengeluh dengan apa yang tidak kamu miliki, kamu tidak akan pernah merasa cukup dengan hidup ini. MAKA, syukuri apa yang kamu miliki!”

brilio.net
Himpunan syukur quotes dijadikan pembakar semangat – part 2

“Mengagumkan..

Bagi seseorang yang beriman..

Ketika dilimpahi kebaikan, Ia memuji Allah dan bersyukur, Ketika ditimpa musibah, Ia memuji Allah dan bersabar.”

syarif.id

“Ketika adanya rasa syukur, segala sesuatu yang kamu anggap kurang akan menjadi cukup.”

titikdua.net

BERSYUKUR

“Rasa syukur akan menambahkan nikmat yang sedikit, dan akan melipat gandakan sesuatu yang banyak.”

pinterest.com

“Apabila kita bangun daripada tidur, ucapkanlah ‘Alhamdulillah’ sebagai tanda syukurnya kita kepada Allah yang mengurniakan nikmat hidup. Kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup.”

deviantart.com

“Jika sabar dan syukur itu adalah dua kuda tunggangan, maka aku tidak pedulik aku harus mengendarai yang mana satu.”

Umar Ibnu Khattab

yourquote.in

“Perancangan Allah itu lebih baik berbanding perancangan kita sendiri. Apa pun yang terjadi, jangan lupa mengucap syukur tanda kita terima semua ketentuan-Nya.”

facebook.com @nakbebel

“Jangan dilepaskan daripada tangan barang yang sudah ada, kerana mengharapkan barang yang jauh. Seseorang mukmin mensyukuri nikmat yang telah ada di tangannya. Dan menerima dengan mensyukuri bilamana mendapat tambahan lagi.”

pinterest.com

ALHAMDULILLAH

“Bentuk rasa syukur dalam ucapan. Jangan sampai delay mengucapkannya ketika bahagia dan duka. Disebalik keduanya terdapat rencana Allah yang terbaik untukmu.” – Nina Robianti

yourquote.in

“Dengan bersyukur nikmat akan terikat dan bahkan akan bertambah banyak. Akan tetapi ketika syukur diganti dengan kufur, taat diganti dengan maksiat, maka nikmat akan berubah menjadi niqmat (bencana).”

arrisalah.net

SYUKUR DAN SABAR

“Setiap orang pasti akan merasakan kesenangan, juga merasakan kesusahan dan kesedihan.

Maka dari itu, jadikanlah kesenangan itu untuk bersyukur atas nikmat-Nya. Dan jadikanlah kesedihan sebagai penguat dalam menghadapi kesabaran.”

rajaplastik.com

“Kesabaran itu pasti mengalahkan hari yang terberat sekalipun. Hanya yang kurang bersyukur akan kalah. Hanya yang kurang mengerti akan berputus asa.”

posbagus.com

“Orang tidak mampu menghargai yang ‘sedikit’, maka iapun tidak akan mampu menghargai ketika yang ‘banyak’ tiba.”

id.pinterest.com

“Dapat naik keatas bukan untuk meninggikan diri, tetapi ianya untuk sebuah pencapaian. Memandang kebawah bukan untuk merendahkan yang lain, tetapi untuk terus belajar dan bersyukur.”

facebook.com

Pengguna turut membaca :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like