Ustazah Asmah Harun merupakan pendakwah wanita yang cukup dikenali ramai. Ustazah Asma Harun mula dikenali ramai ketika memulakan sesikan soal jawap tentang agama daripada beliau. Perkongsian hari ini berkenaan ceramah yang disampaikan oleh beliau tentang besarkan kesyukuran.

“Jika kita berjaya menukar keluhan kepada DOA, InshaAllah banyak perubahan yang tidak disangka-sangka akan berlaku. Dengan mengeluh hanya akan menambah resah dan gelisah. Tetapi dengan BERDOA mampu membuka jalan yang sukar menjadi mudah”

Ustazah Asma Harun
syukur quote
sumber : instagram ustazahasmaharun
Besarkan Kesyukuran kepada Allah, Kurangkan keluhan kepada dunia

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu.”

(Surah Ibrahim: ayat7)

Sahabat yang budiman, Allah sendiri berkata bahawa jika hambanya bersyukur dengan apa jua nikmat yang Allah kurniakan, Dia akan menggandakan lagi nikmat tersebut.

Terdapat 3 jenis syukur yang dinyatakan didalam postingan Ustazah Asma Harun.

  • Syukur Allah masih memberikan kita nikmat meneruskan kehidupan. 
  • Syukur Allah masih memberikan nikmat berkasih sayang bersama keluarga walaupun mungkin jarak memisahkan. 
  • Syukur Allah terus memberikan kita kesihatan yang baik, sahabat yang saling mengajak kebaikan dan lain-lain. 

Jadi sudahkah pembaca sekalian melafazkan syukur dengan segala nikmat Allah ini?

Hari ini, ramai yang tenggelam dalam keluhan, kesusahan dan kesakitan, hingga terlepas kesempatan berharga untuk bersyukur atas nikmat masih lagi disambung nyawa dalam iman dan Islam. Itulah nikmat yang paling utama.

Sahabat, syukur itu adalah cara kita memandang nikmat yang Allah anugerahkan.

Manakala mengeluh adalah terjemahan fikiran kita yang memandang sesuatu dengan tidak baik.

Ustazah asma harun

Rasa syukur ini perlu dipupuk dan diajar dalam hati. Semua orang mampu melakukannya. Dengan sentiasa bersyukur dan bersederhana dalam kehidupan, hidup akan lebih tenang, damai dan bahagia.

Sekadar motivasi diri dan pembaca. Besarkan Kesyukuran daripada Ustazah Asma Harun.

Pengguna turut baca :

SUmber utama : facebook Ustazah Asma Harun, Besarkan Kesyukuran Ustazah Asma Harun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like