Haiwan yang paling setia : Seronokkan kalau ada haiwan peliharaan yang boleh manja-manja peluk-peluk dengan kita. Nah, haiwan bukan sahaja sangat setia kepada kelompoknya, bahkan mereka boleh menjadi sangat setia kepada tuan yang menjaganya.

Jom tengok 8 haiwan berikut yang mungkin menjadi pilihan anda untuk dipelihara.

1. Anjing
anjing peliharaan
Sumber :

Anjing menjadi haiwan nombor satu yang paling setia dengan manusia. Kebiasaannya, anjing yang dibela dengan baik akan selalu mengingat rumah yang ia duduki. Bahkan, mereka mampu untuk mencari jalan pulang sendiri.

Kesetiaan merupakan sifat semulajadi anjing. Anjing merupakan haiwan yang hidup dalam kelompok, bermaksud mereka adalah makhluk sosial yang lebih suka ditemani oleh kawanan atau makhluk lain. Anjing boleh juga survive hidup secara individu, tetapi jika mempunyai teman, mereka akan lebih bahagia. Sifat ini juga merupakan mekanisme yang membuatkan mereka bertahan lebih lama.

2. Itik
anak itik
Sumber :

Itik merupakan haiwan yang sangat mengagumkan.

Itik sangat penyayang kepada tuannya. Tetapi jika anda mahu mengubah haiwan ini menjadi jiank, anda perlu bela mereka sedari kecil. Jika itu berlaku, mereka akan senang mengikut anda kemana-mana sahaja.

Itik juga merupakan haiwan social yang hidup dalam kawanan mereka. Mereka sangat petah dan suka explore ditaman-taman dan belakang rumah. Kisah persahabatan antara monyet dan itik menjadi bukti bahawa haiwan ini sangat berkasih sayang.

3. Burung kakak tua
Burung kakak tua
sumber :

Burung kakak tua bukan sahaja haiwan yang paling setia dengan tuannya, malah ia antara haiwan yang sangat cerdas dan bijak

Lihat sahaja kelakuan mereka dalam petah berbicara meniru perlakuan manusia. Untuk menjadikan burung kakak tua anda belajar, anda memerlukn masa, tenaga dan umpan makanan kegemaran mereka.

Burung yang sudah lama duduk sebumbung dengan anda secara automatik akan dapat mengenal wajah anda. Contoh jika anda pulang dari sekolah atau kerja, burung kakak tua anda akan segera menyambut kepulangan anda kerana kerinduan.

Kebaikan lain jika bela burung kakak tua ialah ia mempunyai jangka hayat yang panjang. Sebagai contoh, burung kakak tua jenis Macaws yang berasal dari China boleh menjangkau sehingga usia 80 tahun.

4. Kucing
kucing pelik
sumber :

Zaman kini dimana-mana sahaja anda boleh menjumpai kucing. Menariknya, kucing juga boleh menjadi haiwan yang paling setia. Lihat sahaja kes dimana kucing setia menunggu tuannya ditanah perkuburan.

Sifat lain kucing lebih kepada ketidakbergantungan kepada makhluk lain. Mereka jarang bersocial kerana mereka lebih suka survive sendiri. Kucing juga agak liar dan nakal sifatnya berbanding anjing. Tetapi jika anda beri makan dan jaga dengan elok, mereka pasti akan menjadi yang paling setia dengan anda.

5. Tikus
hamster comel
sumber :

Jika sebut je tikus, pasti anda membayangkan tikus hitam yang selalu berlari-lari didapur rumah-rumah kampung. Sebenarnya tikus liar sebegini pun anda boleh jinakkan dengan syarat jaga mereka sedari kecil dan memberi makan.

Lain pula ceritanya dengan tikus comel, si hamster. Hamster ada banyak jenis dan species yang anda boleh bela. Hamster yang sudah mengenal tuannya boleh mengingat wajah anda dengan sangat lama.

Haiwan ini juga seperti burung yang anda boleh train untuk melakukan banyak trik. Hanya perlu umpan makanan dan latihan yang betul untuk mendidik mereka.

6. Gajah
Haiwan yang paling setia
Gajah : sumber : wikipedia.org

Ok. Haiwan yang ini memang anda tidak akan dapat beli dimana-mana. Tetapi tahukah anda gajah juga boleh penjadi haiwan peliharaan yang paling setia?

Gajah hidup didalam kumpulan kawanan mereka. Mereka sentiasa menjaga antara satu sama lain dan memastikan setiap satunya selamat daripada ancaman luar.

Bagaimana pula gajah yang hidup didalam zoo? Nah. Gajah merupakan antara haiwan yang mempunyai intelegent yang tinggi. Mereka boleh mengenal dan memilih pelatih kegemaran mereka. Lihat sahaja persembahan gajah yang melakukan pelbagai trik untuk penonton.

7. Serigala
Haiwan yang paling setia
serigala. Sumber : popmam.com

Bolehkah anda membela serigala? Terdapat serigala yang orang jadikan peliharaan dirumah. Tetapi tidak ramai yang berani menjaganya. Kecuali anda sudah membelanya sedari kecil.

Serigala merupakan haiwan kumpulan yang sangat setia kepada kawanannya. Kumpulan ini dikenali sebagai ‘wolfpacks’. Mereka akan bersama-sama berburu dan menjaga antara satu sama lain.

Serigala dikatakan haiwan yang sangat setia kepada kawanannya, kerana didalam setiap ‘wolfpack’ mereka mempunyai satu alpha iaitu ketua yang sangat kuat. Mereka sanggup mengorbankan diri sendiri semata-mata untuk menyelamatkan kawanan lain.

8. Ikan lumba-lumba
Haiwan yang paling setia
Ikan lumba-lumba

Jenis ikan lumba-lumba ini anda hanya boleh lihat dizoo sahaja ya. Melainkan anda sangat kaya mampu membeli dan memperoleh lesen untuk membela haiwan liar ini.

Ikan lumba-lumba merupakan ikan yang sangat pandai dan mereka hidup dalam kawanan mereka. Sebab itu ikan yang ada di zoo boleh dilatih melakukan banyak trik daripada pelatih yang berpengalaman.

Baca juga :

Rujukan : animalhow.com, hmetro.com, halodoc.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like